Nuffnang Ads

Thursday 13 March 2014

Tips: It's about the marriage not the wedding!

Ok..aku memang tengah dok bosan sorang2 kat cubicle tempat aku keje ni memandangkan aku keluar lunch awal sebab semua orang masih dalam meeting atau baru keluar meeting, maka aku pun merajinkan diri la nak buat entry baru..padahal otak tahap tepu lagi ni..dok pikir next cyle payroll aku..aiyaa..ahh..relax dulu!

Aku terbaca artikel ni kat fav website aku kat sini . Seperti biasa, aku pun terasa cam nak cover artikel ala2 question answer punya style la..again, it's  about marriage. Hey, I'm just 3 months happily married ok. Mood pun still tengah pengantin baru lagi..hihihi (Perasan!).



So, kepada bakal2 bride to be di luar sana..tanda 2 anda telah memikirkan tentang perkahwinan dan bukan tentang majlis perkahwinan adalah..

1- Baik buruk pasangan anda anda langsung tak kisah!

First of all..no one is perfect. Yang sempurna hanya Allah SWT sahaja. So, kalau ada kekurangan kat pasangan tu, kira kasi halal sudeh. Yelah..dah dok bercintan lama2 of course yang tak berapa nak perfect tu pun akan timbul satu hari nanti kan? Kita pun bukannya bagus sangat so apalah salahnya saling menerima dan melengkapi antara satu sama lain. Kan sweet? tak gitu?? (ecececece).

2- Pentingkan nilai perkahwinan dari dream wedding.

Yang ni aku 100% setuju banget. Wanita tak lari dari sentiasa berangan untuk jadi pengantin tercantik dan sempurna di hari bahagia sendiri. Benda ni memang normal. Even aku pun sebelum kahwin macam tu jugak. Tapi, hakikatnya kita harus berpijak di bumi yang nyata. Realiti. It's about the marriage not the wedding! Kalau kita sanggup berkorban semasa berkahwin dengan memakai pakaian pengantin yang bukan dari pereka terkenal, tahniah! korang memang dah layak untuk berkahwin. Tak perlu habiskan duit banyak2 untuk majlis satu hari tapi menderita bayar hutang bertahun2. Kalau mampu, lain cerita la. Kehidupan selepas berkahwin lebih penting . Aku nak tanya la..korang amik pakej kahwin buat pelamin indah bagai..nak duduk dalam satu jam je pun..pastu orang lain yang posing lebih. Apa kes?

3-Sedia berkompromi dan Berkongsi.

Dah kawin ni banyak kena tolak ansur suami isteri. Tak boleh pentingkan diri. Err..yang ni, maybe aku failed sket kot?? err..byk kot?? sebab aku ni memang mengada2 sket dengan encik hubby. Kitaorang memang selalu bergaduh..tapi cepat baik. Gaduh2 manja gitu. Ecececece. Tapi, even aku taknak bagi hubby aku interframe pun terpaksa kasi gak..tahap kesabaran dia melayan aku memang tinggi. Sebab aku ni keras kepala. Pernah dengar pepatah " In marriage you find one special person to disturb for the rest of your life" tak? HAHAHAHA.

4-Kewangan yang kukuh.

Maksud financial stability disini adalah sangat subjektif. Tak semestinya ko kena banyak duit..simpanan berjuta2..at least masing2 punya pekerjaan yang stabil dan ada duit masuk every month tu dah kira kewangan yang stabil. Kalau takde keje macam mana nak sara anak orang? Banyak kes penceraian yang berpunca dari masalah kewangan yg tak stabil.

5-Anak.

Sapa tak nak anak? ko tak nak?Aku nak. hakikatnya, salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk mendapatkan zuriat secara halal dan terjaga keturunannya. Anak adalah penyeri rumah tangga. Nak buat family planning? Boleh. Takde hal. Aku pun sekarang tgh buat family planning. Tunggu sampai husband aku habis belajar by next year. Tapi, kalau korang tak bersedia nak menimang anak lagi..maknanya tak sampai seru lagi la tu..


P/S: Pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar. Google.


No comments:

Post a Comment