Nuffnang Ads

Wednesday 11 March 2015

Review: A day off with Asus Padfone S !!

Oops I did it again! Did what? Well try guessing peeps!

Aku akhirnya beli jugak phone baru. Selepas tak sampai setahun aku beli Asus Fonepad Note 6, dah beli handphone lain. Ala..brand Asus jugak.

Dah asyik dok pakai brand Asus ni lama2 macam attached jugak la dengan brand ni. Selain dari specs dia yang memang awesome , sebab lain jugak sebab brand Asus ni handphone dia yang power2 boleh dapat harga bawah RM1000. Tu penarik utama. Hehehe.

Sekarang, aku pakai Asus Padfone S. Handphone ni ada dia nyer tablet sekali tapi aku beli handphone dia jer sebab dah banyak sangat gadget kat umah nun..tak perlu tablet dah. Handphone ni kecik sikit dari previous phone aku, Asus Fonepad Note 6, dalam seinci macam tu la. But, rasanya lagi better kot pakai yang kecik sikit, senang nak simpan dalam purse.

Last week, aku amik cuti. Saja nak releasekan tension dan recharge diri jap lepas terlalu lama bekerja. Colleaque aku sumernya cuti, aku jer yg tak cuti2 so aku decide untuk refresh, relax apa yang patut. Sekali sekala dapat spend time dengan diri sendiri best jugak.

Cuti pun sehari jer, time keje. Dapatlah relax2 kat KLCC. Favourate place dari zaman universiti sampai dan berlaki. Hehhehe. Aku memang suka giler lepak dan shopping kat KLCC ni. 

Aku sampai kat KLCC dalam kul 9 lebih kot macam tu..gara2 terbangun lambat malam sebelumnya. Terus pegi breakfast kat Coffee & Spice Company. Selalu aku makan kat situ jer sebab servis cepat dan makanan pun boleh tahan. Makan la lambat2 macam tuan puteri , enjoying my Mee Siam with Fish Cracker & Teh Tarik, Ahhh.. bestnyer. Selalu aku kalau keje breakfast 5 minute je..beli..makan..jalan. Seronok sekali sekala makan lambat2 macam ni. Dan...seronok tgk org lain rush  pegi keje..ahahahahaha...ceh..gelak macam la ko pun tak pernah alami situasi macam tu. Dua kali lima ko ni..XD

Habis breakfast, aku terus naik level 3, sebab dah almost pukul 10 pagi, ingat nak tengok wayang. Apa citer best? Hmmm..tgk punya tgk..finally aku decide nak tgk Jupiter Ascending la. Takkan nak tgk Kingsman lagi? Tu dah tgk dengan husband aku. 




So, lepas jer  beli tiket, aku jenjalan jap kat area level 3, tgk Starbucks kosong, beli jap dia nyer Hazelnut Machiatto, pastu lepak dekat dua tiga jam sambil dengar lagu dan play around dengan camera Asus ni. Pixel kamera ni 13 megapixel untuk kamera utama dan 2 megapixel untuk kamera depan. Ada Flash.

Miniature theme


Asus padfone S ni best sebab bila dgr music, boleh kata almost tak sedar langsung dengan voice disturbance sekeliling kita sebab handphone ni ada function noise cancellation. Something yang memang  fav aku kalau nak dengar lagu. In fact sound dia sedap dan boleh dibuat kesesuaian dengan function Equalizer yang ada.


Sambil layan2 lagu..sampai tak sedar masa berlalu begitu cepat. Aik..dah kul 12. It's movie time. Sebab show aku pukul 12.15

Pegi balik masuk wayang, sambil tunggu sambil amik selfie dengan Asus Padfone S. Say cheese!! XD

Tgn pendek sebab tu senget!! XD



Actually tgk wayg time keje memang best sebab tak banyak orang dan tak bising sangat. Sebab aku cukup menyampah tgk wyg dengan orang yg tak beradap. Ingat dia sorang je ke bayar tiket wayang? Bawak2 la behave, vibratekan phone ke..tak yah nak cakap kuat, kalau yang bawak anak kecik tu bawak2 la control anak masing2, ni memekak jer . Pastu paling biadap kalau orang belakang dok letak kaki dia kat seat kita pastu dok goyang2 kaki dia tu.Tu belum masuk bab kaki berbau. Ish. Amboi ..anak sapa la ni..cantik benau perangai. Huh.


Habis wayang, perut aku pun dah menyanyi lagu dondang sayang, so let's eat! Aku lepak makan kat Le Cucur, area ground floor. Tapi sebelum tu masuk Kinokuniya jap beli magazine. Nak lepak baca time makan, 

Nasi lemak +Milo Ais


Habis makan , jenjalan jap area ground floor tu, and last stop kat H & M. Favourate place. Aku boleh spend time kat sini berjam2 lamanya. Ahahaha. Tapi..takdela shopping apa sangat. Aku just beli kasut keje pasal dah buat shopping spree dengan husband aku previously kat The Curve. So, tgk barang pun macam biasa2 je la.


kasut cari rezeki!!



So..berakhir sudah sesi mereleasekan tension. Dalam pukul 5 lebih macam tu, aku amik tren la..sebab husband aku habis kerja pukul 5. 30.  Even takdela banyak sangat aktiviti, still, these are some of the activities which I always do when I went out alone, accompanied by my handphone. Kalau takde handphone Asus ni, maunya kebosanan jugak aku dibuatnya. Sebab aku ni kan pathetic sikit..bukan takde kawan, semua kawan aku xnk keluar dengan aku time keje..AHAHAHAHA.


Till later peeps ! 


p/s; Mesti korang confuse kan ni entry pasal phone ke atau pasal aktiviti aku yang entah apa2 ni hoh.. nanti aku buat review betul2 untuk Asus Padfone S ni alrite! XD










No comments:

Post a Comment