Nuffnang Ads

Sunday 15 March 2015

MATTA FAIR 2015

Hari jumaat lepas aku cuti. Cuti sebab nak pegi MATTA Fair. Kalau nak rancang percutian yang best dan tidak terlalu merabakkan purse aku so wajib pegi event yang memang selalu buat jalan jem ni. Dan kalau korang masih lagi belum pergi event ni, digalakkan pergi jika ada masa. Bukan apa sebab hari ni adalah last day event untuk MATTA Fair ni. Mana tau kot2 terjumpa pakej vacation yang kena dengan budget dan mood korang.

Aku datang dengan husband. Dia pun cuti gak semata2 nak dtg event ni.Even kitaorang sampai dalam pukul 11.30 macam tu, pergh susahnya nak carik parking. Pusing2 dalam pukul 12 lebih jugak la nak masuk dalam event ni hoh. Last2 husband aku parking je kat area hotel berdekatan. Settle.

Even kitaorang datang hari Jumaat, still ramai giler orang kat sini. Meriah betul. Actually, ni kira first time la jugak aku dengan husband datang MATTA Fair ni. Dulu, kitaorang tak amik pot pun pasal event ni tapi lepas dah kawin ni, mood nak berjalan tu memang la tersangat tinggi.. XD. 

Tiket! Tiket!
Nak masuk tiket macam biasa, RM4 sekali masuk. Masuk2 jer, macam2 orang serbu kitaorang. Dok promote pakej yang diorang ada sumer. Kitaorang yang tak tau apa2 ni main dok gamble jer masuk buat2 macam paham je la. Nasib baik jugak sebab sebelum pergi event ni kitaorang tanya kengkawan yang biasa pegi MATTA Fair  macam mana nak deal apa sumer, dan aku ada buat research sikit dulu sebelum pergi, so takdela nampak macam aku ni loser tak tau tanya soalan apa...   -__-

Actually, kitaorang target nak travel dalam area Asia Tenggara dulu la..bukan apa, aku dengan husband tak pernah lagi travel overseas so better kitaorang take it easy je dulu. Although niat di hati aku nak terus je booked  flight pegi Jepun terus! Aisey, tak la sampai macam tu. So, husband aku decide, kita tempat untuk vacation. Satu local dan satu overseas. Local maybe dekat2 je la..yang ni anytime boleh settle so takde masalah. Then, kitaorang fokus lebih untuk overseas punya trip.

Honestly, aku datang event ni sebab kitaorang aim nak naik cruise. Macam Superstar Libra Cruise tu. Dah merasa naik flight, ni nak merasa naik kapal pulak..ececece..Sebab, kitaorang buat dua pilihan, samaada nak ke Bali for honeymoon ataupun cari cruise package yang buy 1 free 1 tu. 

Hasil main amik jer pamplet

beg yang penuh dengan pamplet yang kitaorang pun tak habis tengok lagi!
Dan Alhamdulilah, survey punya servey, dapat jugak carik. Cruise trip untuk buy 1 free 1, total dalam RM1700 jer. 4 hari 3 malam ke Phuket + Krabi. Naik cruise kat Penang. Tapi, transport ke Penang tu self sponsored la. Tu baru tiket, kalau korang dah confirm nak amik, ada taxes charges dalam RM204 per person. So total expenses dalam RM2100++ Kira good deal la. Sebab kitaorang budget untuk first trip ni dalam bawah RM3000.  Nak lagi best, 1 cabin hanya  untuk 2 orang. Sebab sesetengah cruise package yang kitaorg carik kat situ memang ada offer untuk buy 1 free 1, tapi destinasi mungkin berbeza, dan naik kapal berbeza. Dan kabin kena kongsi dengan orang lain. Dan by the time korang survey2 tu, kalau boleh carik la travel agent dari kalangan orang kita. Senang sikit nak deal. Tapi, kalau ada SA dari kalangan  cina2 tu yang tegur korang dan promote diorang punya package , pun ok jer,sebab sekarang ni cruise ni dah banyak orang kita travel, Makanan halal pun dah senang nak dapat.  Cuma, bila diorang explain kat korang , korang kena bagitau specifically apa yang  korang nak . Make sure tanya betul2 sampai korang puas hati. Sebab seriously, aku dengan husband aku serius rambang mata kat event ni. Banyak sangat event yg pergh..murah dan macam2. 


Cara payment dia pulak ok sangat. bila kitaorang dah confirmkan tarikh nak belayar tu, terus agent tu confirm dan kitaorang letak deposit dalam RM200. Baki selebihnya boleh dibayar sebelum 45 hari dari tarikh kitaorang belayar. Sempat la kalau nak kumpul duit apa sekalipun. 


Overall, memang puas hati datang Matta Fair ni. Service memang best dan banyak  travel agent yang friendly layan customer yang datang. Siap bagi tips lagi. Seronok haku. Dan paling best sebab ada rezeki kitaorang naik cruise tahun ni. Alhamdulilah.

Pasni of course la kena buat passport. Sebab aku takde passport lagi. Busy for preparation pulak.

Selfie kegembiraan lepas balik dari MATTA Fair!

Lagi Selfie kegembiraan !!


p/s: just sharing the thoughts.. XD









No comments:

Post a Comment