Nuffnang Ads

Friday, 21 February 2014

Raikan Cinta - Majlis Pernikahan -1hb Disember 2013

Rasa macam semalam jer aku dah jadi isteri orang. Tau tau ..dah sah! Alhamdulilah semuanya berjalan lancar sepanjang majlis pernikahan aku dua bulan yang lepas... kami dinikahkan di masjid berdekatan area kawasan perumahan aku di Ipoh...Dengan sekali lafaz, aku bergelar isteri dan sah menjadi milik En.Xsan.

Kat bawah ni aku just nak spam gambar jer..actually ni kira first time jugak aku teeerrpaksa publishedkan jugak muka aku yang biasa2 ni ha..actually aku taknak letak gambar sebab..segan..! *eleh mengada2..pang sekali pompuan ni tau la*...apa pun..happy viewing ;)

The Bride

The Groom

Tengah dengar Tok kadi baca lafaz nikah

Time nak akad nikah

Mengaminkan doa selesai akad nikah


Finally...SAH!

Sesi menyarung Cincin

First time cium tangan suami..rasa sebak

Ciuman  suami buat isteri

Close up


Untuk majlis nikah ni aku cuma mengenakan busana kurung moden, tudung halfmoon shawl kosong berharga RM25, dan veil dari butik. Actually veil ni utk masa majlis resepsi aku lepas nikah, tapi, yang aku ni plak lupa time nikah aku pakai baju sendiri bukan dari butik..nasib baik sesuai..Baju kurung Moden ni, husband aku yang pilih..memula rasa macam tak sesuai tapi bila pakai memang kena pulak dengan aku. Not bad,boleh tahan gak taste laki aku nih... Hihihihi..Anyway, busana kitaorang pun sempoi jer. 

Theme time nikah? macam takde. Entah. Kitaorang tak meletakkan sebarang tema pun. Suka hati nak pakai macam mana pun janji menutup aurat dan kemas. :)





















Wedding Review - (1 Disember 2013) - Hantaran Perkahwinan

Baru-baru ni aku baru jer dapat album kahwin tempoh hari...rasa happy sangat sebab album gambar memang nice dan menepati kriteria serta citarasa aku..hehehehe..thank u so much to adap photog , member husband, yang memang pandai amik shots aku dan husband aku dok posing sebab kitaorang ni masing2 memang kayu la kalau bab2 posing tangkap gambar ni hah..dan hasilnya memang cantik! ..Ok, aku nak start recap  ni dgn upload gambar untuk hantaran dulu..

Hantaran lelaki utk perempuan:

                                                   
                                                  Cincin Nikah & Rantai & Mas Kahwin


                                                    Persalinan Baju Kurung & Purse


Beg Tangan & Kasut


                                                         Set Barangan Makeup & Perfume


                                                       Mini kek Fondant


Al Quran & Telekung


Sirih Junjung

Hantaran Perempuan untuk Lelaki:


Cincin Nikah


Kemeja


Set Penjagaan diri & Perfume



Belt & Purse


Kasut


Jam Tangan


Tart Cheese


Cup Cakes




p/s:First time xyah google.Heh.






Tuesday, 18 February 2014

Think: 9 Perkara yang diamalkan Yahudi yang patut kita renung renungkan..

Ok, Aku terbaca satu artikel ni dari blog ini. Artikel yang cukup menarik dan memang patut utk kita fikir fikirkan..As ussual, my point matters..Aku cuma akan ulas mengikut pendapat aku je la..:




1- Orang YAHUDI tidak merokok:

Seriously. Memang bangsa Yahudi tidak merokok, tapi diorang ni lah tauke2 kilang rokok yang terbesar di dunia. Sebab, Mahal. Satu kotak rokok di jual dgn harga USD12. Cuba ko buat foreign exchange jap.. Mahu dekat RM30 sekotak? So, kalau RM30 sekotak sapa nak beli? Kau mau kah?

Sebab diorang ni (Yahudi) tau yang merokok ni memang tak mendatangkan apa2 faedah, maka pasaran rokok tu dialihkan ke negara2 lain.Especially, Muslim countries. Nice move dude!. Sebab Orang Yahudi pandaila maka diorang ni tak merokok apa sumer, tapi, orang Islam kita (Dalam konteks ni, Orang Melayu), dok pi bangga,"wei aku merokok wei" Tak rock la kalau tak isap rokok". Pastu, pi buli budak yang tak isap rokok. Ceh. Apakah kebodohan ini? Ramai yang simpan duit nak beli stok rokok, tapi tak nak simpan duit menabung atau pelaburan contohnya. WTF?

2-Bahaya Vaksin dan Ubat Moden:

Seriously. Orang Yahudi jugak bijak pandai dalam buat2 ubat apa sumer ni. Tapi, diorang tak berubat pakai ubat moden mahupun vaksin maksin sumer nih, sebab diorang tau ubat2 moden ni banyak chemical yang membahayakan kesihatan. Diorang pakai natural medicine jer. Contoh, Habbatus Sauda. Tengok, punyalah ironi dan kita orang Islam tak malu ke? Orang Yahudi praktikkan sunnah Rasullah (SAW) dalam kehidupan sehari2. Tapi, yang kita dok berkejar nak makan pil bagai. Apa kes?

3-Hubungan Ibu dan Bayi dalam Kandungan:

Yang ni pulak terbaik. Saat wanita Yahudi mengandung, mereka akan mendengar suami membaca, menyanyi dan menyelesaikan masalah matematik. Supaya anak yang bakal dilahirkan bijak dan pintar. Pergh. Respek. Yang ni aku tak nk komen banyak. Pandai2 la nak pikir.

4-Mengganti Kafein  Berbahaya:

Orang Yahudi tahu akan bahaya kafein. Mcdonalds di Israel menggantikan kafein dengan teh yang mengandungi polyphenols. Polyphenols adalah antioksidan yang berupaya memperbaiki sel2 rosak dan mencegah kanser.Kita plak? Masih lagi terpedaya dan diperdayakan kafein. Termasuk aku. hahahaha.

5-Makan Buah sebagai pembuka selera:

Di Israel mereka mengamalkan makan buah sebagai makanan pembuka terlebih dahulu sebelum makanan utama. Mereka berpendapat sekiranya makan makanan utama seperti nasi atau roti boleh menyebabkan mengantuk, malas dan lemah. Kombinasi yang tidak produktif untuk bekerja dan belajar. Kita pulak, buah untuk desert. Tapi, pada aku la..kalau makan nasi byk memang mengantuk. So, kena pandai2 la agak. Nak makan nasi dan roti tu boleh, tapi, bersederhana.

6-Penggalian Masjid Al-Aqsa & Qubah Shahkrah

Israel menggali lubang bawah tanah sejak 50 tahun dahulu. Ini kerana Israel menginginkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah Shahkrah runtuh dengan sendirinya. I say....go digging your own grave!

7-Penipuan Fakta Sejarah Israel:

Israel memanipulasikan fakta dengan mengatakan negara2 Arab menyerang mereka terlebih dahulu, pada perang 1967, tapi sebenarnya diorang yang menyerang negara Arab terlebih dahulu dan merebut Kota Al-Quds dan Tebing Barat. reason? Demi mempertahankan diri. say whaaat??

8-Umat Islam dan Kristian Bersatu:

Tahukah anda umat Islam dan Kristian di Palestin bersatu menentang penjajahan Zionis? Sebab ini jugalah, orang Yahudi berbulu dan cuba nak memusnahkan kesatuan yang ada. Biasalah..nak cover line..

9-Wajib Militer:

Pelajar Israel wajib mengikuti latihan ketenteraan dan dilatih taktik peperangan seperti menembak dan memanah seawal 8 tahun. Pergh. Mantap! I say, we should at least implement this! Prepare for the worst!

Entry aku kali ni bukanlah nak mengagungkan bangsa Yahudi ni ke..apa ke..cuma, you know..ada benda yang Yahudi ni buat boleh kita jadikan contoh untuk diserap dan cuba dibuat untuk menjadi lebih baik dan bijak dari sekarang..who knows right?

chow..

p/s: Sumber gambar google.Pendapat hanya pendapat peribadi penulis semata2.




Friday, 14 February 2014

Wedding Review: CT Aisara Touch ^__^

   For all bride to be area Perak, Ipoh,..kalau masih lagi tengah tercari2 MUA yang sesuai, meh akak nak gebang pasal MUA masa akak nikah dan sanding 2 bulan lepas meh..

             CT Aisara Touch!! Seperti namanya..sentuhan makeup nyer pun magik gitu!! Kelas!! Jauh beza betul kalau aku yang make up sendiri. Ececece..Aku makeup sendiri ikut suka ati aku jer bantai macam mana pun haa... Actually dah lama nak gebang promote akak ni punya blog baru sekarang berkesempatan. So, kalau ada sesiapa yang masih tengah dok survey nak MUA yg macam mana..boleh calling2, what's app akak ni k! hehehe.



Korang boleh call/sms/whatsapp no telefon yang tertera dalam gambar di atas! Jgn risau..jgn segan, malu ke apa ke..sebab akak ni mmg sempoi dan sporting! Nak tau lebih lanjut, korang boleh pegi kat blog dia kat "sini"

Tak pun..korang boleh tengok hasil kerja dia kat facebook akak ni kat "sini"


Chow.

p/s: kalau masuk blog akak ni, cuba teka mana satu aku. Good luck! ;p






Sunday, 9 February 2014

Review filem: Kami histeria yang memang histeria!!

       Boleh kata dah lama jugak aku dah tak tengok apa-apa movie from our local scene sejak "Rumah sewa RM50". Movie yang boleh aku katakan total failure disebabkan jalan cerita yang sangat sengal!!

     

           Anyway, semalam aku berpeluang tonton "Kami Histeria" bersama dengan abang aku dan familynya..hehehe...ni kira first time jugak aku tgk wayang dengan diorg selepas almost 6 years jugak diorg kawin. Seronok tgk gelagat anak buah aku tutup muka dgn sweater tgk wyg sebab takut tgk skrin besar . So cute!!

         All I can tell, this movie rocks!!tak sia sia tgk sbb jalan cerita dia yg sememangnya fresh, unik dan feel dia lain bila menonton. Tak keterlaluan kalau aku cakap movie ni ala2 plot cerita mat salleh pun ada. Really interesting plot.

     Bercakap psl jalan cerita aku rasa tak pyh aku nak asyik repeat jalan cerita dia byk2 kali sbb korang pun boleh google sendiri. Cerita ni pada aku very colourful, dgn kebanyakan scene yg kalau korang tengok boleh rasa mood ceria dia..complete with a very loveable character, sebab each and every actress yang berlakon dalam movie ni ada energy dan kekuatan masing2.  Aku tak tau nk pilih yg mana sbb sumer girls dlm band ni ada kelebihan masing2.


           

       Laila(Diana Danielle) yg cool, Bad(Sara Ali) yg tough, Peanut (Nad Zainal) yg pendiam, Airin (Mila Jirin) yg girly dan Jojo (Umie..err..lupa) yg always positif , all of them mmg best. Tapi antara fav aku adalah Laila dgn Airin. Lawa dan smart giler aku tgk Diana Danielle. Suka cara dia ckp, style dia, mmg cool. Airin pulak edven org ckp dia ni ala2 gedik tp entah kenapa aku rasa dia ni cute sgt dlm movie ni. Hihihihi..

        Satu lagi, karakter Nur Fazura, Cik Lang. Ni fav aku. Langsuir gedik yg suka gossip. Trademark dia yg "ui ui ui ui uiiii.."  tu mmg kelakar dan gedik at the same time. I loike.... lagi satu aku suka tgk ekspresi dia.!Menjadi kot dgn jelingan mata yg mmg wow...first class aku ckp..

      Overall, movie ni mmg enjoyable. Movie genre komedi seram yg simple dan ringan dn mmg boleh layan la..paling best sbb dialog dia tak skema dan aku paling suka introductory movie ni. "Cerita ini mengarut".  Nampak je ayat tu aku dah gelak mcm org giler..sbb kreatif kot diorg guna ayat tu..other than that, lagu2 dlm movie ni mmg layan, catchy dan seronok didgr..plus, Diana  Danielle mmg boleh menyanyi. Penggunaan CGI mmg nmpk best dan tak plastik. Kira effect dia pun tak tipikal mcm certain local movies yg selalu kita tgk la..

       Cuma satu je la, penggunaan surah Yasin dlm movie ni mungkin lebih baik dibaca dari hanya ditekap kat rambut Cik Lang tu..kalau mcm niat nak buat mcm simbolik tu, tak tau la...

Rating 3.5 out of 5

p/s: sumber gambar google.
       

Thursday, 6 February 2014

Tips: Dekorasi bilik tidur Purple Theme!

Tadi tengah dok boring2 surfing internet sambil breakfast terbukaklah satu website ni yang informasi dan kandungan blog dia mmg best kat sini. Kebetulan masa tengah baca tu..ternampaklah satu artikel ni cerita pasal dekorasi bilik tidur. Yang paling best, artikel tu banyak tunjuk contoh macam mana nak menggunakan theme warna Purple untuk menghias bilik. Aku pun apa lagi..excited giler. Sebab..theme bilik aku pun memang pakai warna Purple. Tapi, warna ungu dia "Royal Purple". Theme bilik tido aku warna ungu jugak tapi warna dia lebih lighter.

Meh akak spam gambar theme mana yang aku berkenan dan boleh dijadikan ilham :



Design yang ni lawa kan. Nampak eksklusif giler wei!! 



Aku selalu nampak cadar ni time tgh sale kat Jusco ke..The Store ke... Rupenya lawa gak bila warna purple ek! Siap bunga2 gitu

Haa..yang ni pun lawa gak..cadar pun lawa. Nampak simple tapi kena dgn gaya!

Mak aii..lawanyer hah..siap cadar dgn langsir matching!

Boleh kata dalam banyak2 design, bilik tido aku hampir sama dengan yang ni la. Simple jer..hehehe


Kalau nak baca lebih lanjut, sila datang sini . So, credit goes to the website. Not me. 




p/s: Sumber gambar dari blog yang dilinkkan.

Wednesday, 5 February 2014

Review Filem: Robocop : Again? Why Muslims always be the bad guys??

 Last week I watch Robocop with a very high expectations in mind and it turns out really disappointing. I dunno..maybe because Robocop is one of my favourate hero during my childhood time and when they decided to go with a remake, i thought i should give it  a try but hey..hmm..maybe i should just ignore it the way it is..




Reason? Simple. from the beginning of the movie it was purely American propaganda. Everything is all about American citizens..the life of the American citizens is all that matters. They are the matter of the world. As if like the life of a mere Muslim child who's been shot cruelly by one of the Omnicorps robots just because the child is holding a knife in his hand in one of the scene in this movie is not important at all! *SIGH*. What I can see, that is just a plain horrible murderer by a stupid robots who thought that everyone with a weapon should be shoot to death! And then, they show a few bunch of terrorist trying to get their selves killed and again..shoot them till the death as well! Oh well..so murder now is now so called justice! Bravo!

It's not that I hate the movie, it's just that it's kinda irritating watching most movies keep labeling Muslims as a terrorist! Are we Muslims that bad? I don't think so. It's like everything  about Muslim people are always the negative ones. Come on man..let's just face the truth that we are not only facing the threats from the Muslims terrorist only!

I am ok with Robocop, because he is not bias to anyone. He knows his own justice and he fights criminals at his own country. I can live with that. But hey, even for the sake of remake, you don't have to twist the plot too much. I dunno. I am an amateur so my point would stand from personal opinion. You can take it or leave it. I am just saying what I want to say. This remake is way out from what I used to watch. I love the original version of Robocop. I think it's classy on its own way, original and damn cool (of course..during the 90's). Except that when you watch it again and you realize the difference between the special effects during that time and nowadays. Too big.

Now, when you have all the technology, the effects is better, the killing is even better, But...there is something missing. I just cant tell. Maybe because of the beggining of the movie is so not into my eyes probably. So, there goes the mood. When I watch something and then realize it sucks, I don't really pay attention to it already. Nah...*sighs again*

And for the actors, hmmm..ok lor..nothing much to be said because they are just so so. 50/50. The only thing which I really like with the remake is they make him black! Make him looks tactical! Nice!

Too bad the remake turns out to be not so enjoyable as how I watch the original Robocop. How disappointing. No offence.

Rating. 3 out of 5

p/s: Rating & entry hanyalah luahan penulis semata2. Sumber gambar.Google.