Aku tak tahu kebelakangan ni apa nak jadi dengan politik Malaysia. Lebih banyak berpolitik dari buat kerja. So, bila negara lain makin kehadapan jangan dok bangga dengan apa yang kita capai kata kita setanding dengan negara2 membangun yang lain. Sedarlah sebab Indonesia dah makin maju dari kita..sedarlah Vietnam..dah makin naik dari kita. Dan sentiasalah bukak mata melihat negara2 jiran kita yang lain, apa yang mereka capai dan apa yang kita makin ketinggalan.
Aku bukan orang politik. Cuma aku belajar pasal politik. Sebab tu aku cepat bengang dan rasa cam nak kasi pelempang free dengan orang2 yang suka cakap politik kedai kopi. Suka burukkan kerajaan. Suka lebihkan pembangkang. Berpihak hanya pada satu pihak. Cakap pakai emosi bukan akal fikiran. Memang kita negara demokrasi, tapi itu tak bermakna kita boleh sesuka hati buat apa yang kita rasa nak buat.
Negara kita ada undang2. Memang undang2 tak perfect dan sometimes ada loop hole tapi at least setidak2nya kita ada ukuran untuk menghentikan kita dari step out from the line. Ada batasan.
So inilah yang terjadi bila sometimes kita lupa apa tujuan asal kita berpolitik. Adakah berkhidmat untuk rakyat? sebab duit? nak hidup senang? atau untuk kepentingan agenda sendiri semata2? Aku cuma bercakap dari kaca mata seorang rakyat biasa yang miskin dan tiada apa2 kepentingan mahupun kuasa. Aku tidak menyebelahi mana2 pihak cuma hanya meluahkan pendapat sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara sendiri dan berharap negara kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Krisis kemelut menteri besar Selangor ni kadang kala aku rasakan ada agenda tersendiri dari orang2 tertentu. Dan mereka memerlukan "Black Sheep" untuk itu. Seseorang yang boleh dipersalahkan untuk kepentingan pihak2 tertentu.
Jangan kacau orang yang lebih banyak bekerja dari berpolitik! Sekarang ramai orang suka berpolitik tapi kerja tak buat. Sebab apa Sultan Selangor masih mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor? Sebab Khalid buat kerja dia.Rakyat Selangor tahu Khalid buat kerja dia. So krisis sapa yang patut dilantik jadi menteri besar ni patutnya tak perlu dipertikai pun. So why bother?
Baguslah Khalid dah jadi ADUN Bebas. Tak ada siapa akan control lagi. Pihak Istana dah bagi green light. Inilah untungnya kalau kita hidup di negara yang masih mengamalkan sistem monarki.
Berpolitik sangat pun kalau merugikan rakyat buat per?So bila dah jadi kemelut macam ni sapa sebenarnya yang paling rugi?
Rakyat.
Rakyat.
Rakyat.
Rakyat adalah pihak yang paling rugi sekiranya kemelut macam ni berterusan.
Kami sebagai rakyat tak mintak banyak pun. Cukuplah kalau segala hak dan kebajikan kami sebagai rakyat dijaga. Jangan jaga time nak pilihanraya jer. Tak ikhlas tu.
p/s: pendapat hanya luahan peribadi semata2.Sumber gambar dari facebook aku.
No comments:
Post a Comment