Nuffnang Ads

Saturday, 9 August 2014

Bencinta - Enough is Enough

Raya ke 13. Still lagi dalam mood hari raya. Tapi..disebabkan husband aku ada kelas maka aku dok lepak je kat rumah sementara nak tunggu husband aku balik gi open house. Aku ni tak tau la kenapa..excited sangat raya tahun ni nak gi segala bagai open house..dah ting tong agaknya..hyper terlebih sikit lepas dah jadi wife orang ni...hihihihi...



Entry yang ni berkenaan hari ni. Tak tau la korang tengok Astro Ria ke Prima pagi tadi dalam kul 9 pagi gitu..ada ulang tayang cerita "Bencinta". Ala...lakonan Nora Danish dan Farid Kamil tu hah. Actually aku memang nak tengok citer ni pun dulu tapi tak berkesempatan, so , since pagi tadi takde benda nak buat so aku pun layan la citer ni sambil makan Mee Goreng dan Coco Collagen. (Dei..perlu ke nak sebut semua yang ko buat?? -__-). Ahaha. 

Nampak dalam gazette macam best jer citer ni. Tapi tu la...kalau tengok previu gazette, yang tak best pun boleh jadi best. Yela, mesti diorang edit part mana yang best je kan. Maka , aku pun tertipu la gamaknya.

One word. Enough. Memang citer copy paste dari filem 'Enough" Lakonan Jennifer Lopez. Maybe bukan overall 100% yang pengarah dia "copy paste" dari filem Hollywood tu tapi aku boleh cakap dalam 80% citer ni menggarap line story dari filem original, "Enough". Aku tengok pun naik segan. Nak tau kenapa, sebab watak Jennifer Lopez dalam filem Enough tu pun Waitress jugak. Dan scene Farid kamil dok ngorat Nora Danish tu pun sebijik sama. Ish. Dan sorry to say la, nampak macam director malas nak berkarya.

Actually citer Bencinta ni takdelah not bad sangat, cuma bila diorang ni obviously "copy paste" sangat cuma "DiMalaysiakan" sahaja, seriously mood nak menonton tu dah jadi macam cepat boring. Ditambah pulak dengan jalan cerita yang boleh diagak dan  dialog adegan percintaan yang..err...lack of emotion dan semuanya ikut skrip! Ada beza kalau kita tgk citer "Pretty Woman" Lakonan Richard Gere & Julia Roberts. Full with emotions and we who watch the movie feels the mood. 

Tak pun citer "Never Been Kissed" lakonan Drew Barrymore. Aku suke giler citer ni. Mungkin tak ramai kot yang ingat citer2 lama yang lebih berkualiti dan evergreen. Ok. Enough about that. 






Dari segi lakonan, aku enjoy tengok Farid Kamil & Nora Danish ni jadi husband & wife. Ada chemistry. But the rest of the cast except that cute litte girl yang jadi anak Farid & Nora dalam citer ni semuanye tidak meninggalkan kesan. Ibarat kalau takde pun takpe kot. Nora Danish really can act & fight well. Kudos to her. Tak ramai artis perempuan Malaysia yang boleh bergasak, bertumbuk masa berlakon. Nampak tak kaku. Tapi favourate aku still Kak Yong...(Yana Shamsudin) XD.

Aku bukan nak condemn citer yang orang kita buat, tapi aku tak salahkan orang lain kenapa depa tak tengok Filem Melayu kalau kualiti lagu ni. Aku tengok pun sebab cuba nak sokong filem tempatan kita sendiri, takdelah orang asyik cakap kita asyik dok khayal tengok Drama Korea ke..tele novela ke..cerita cina ke...filem barat ke..sebab level dan mentaliti kita buat filem seriously stranded. Bukan untuk 'tontonan umum". If you understand what I'm saying....kalau nak buat filem, buatlah elok2, jangan biar orang terasa as if tangkap muat jer. Tak rock ar.. Kita ni dah masuk tahun ke berapa tapi filem kita..takat tu gak. Aisey. 

Aku personally like filem Enough. That's why bila aku tengok adaptasi macam ni aku rasa nak nangis jer. You have Farid Kamil & Nora Danish. Malaysia's A grade top actor & actress. Why ruining their capabilities with such stories? 

Bila aku tengok citer ni, I wish they put more twisted story line. Contoh, watak Nora Danish lebih bijak bila dapat tau husband dia main kayu tiga. Pura2 macam nothing happened dulu..pastu pasang strategi dalam diam. Show the audience how smart, patience & strong her character is, then she will become more lovable. I dunno...just my two cents.


Rating. 2 out of 5. 

p/s: Maybe blogger lain dah ada kot yang review pasal filem ni, tapi aku baru nak review. Ahahahaha.  Sumber gambar google




No comments:

Post a Comment