Nuffnang Ads

Wednesday, 13 August 2014

For those who love online shopping !!

Sekarang ni kan macam2 style kalau nak bershopping. Tak payah dah susah2 nak pegi shopping mall apa sumer..pikir ada parking ke tak sebab alternatif lain kalau nak bershopping, kita beli online je la. Tak susah mana pun. Kuasa di hujung jari anda...chewah. Ahaks.

Personally, shopping online memang convenient. Dan satu lagi aku rasa barang yang dijual online lebih cantik, murah dan eksklusif berbanding kalau kita shopping kat shopping mall. Tapi, tengok jugak la online shopping tu macam mana. Aku dah berkecimpung (ecece..) dalam bab2 shopping online ni banyak kali dah. setakat ni so far tiada lagi pengalaman yang kurang menyenangkan except ada sekali tu barang aku sampai lambat. Poyo kemain online shop tu suruh aku masukkan duit hari tu jugak tapi dah dekat seminggu parcel aku tak sampai2. Bila check, ghupenya barang yang aku order takde stok. Aik, sebelum ni online shop tu cakap parcel aku akan dihantar keesokkan harinya (aku order hari jumaat, payment petang) hari Sabtu diorang akan hantar tup2 lain pulak jadi. Dah lah tu, customer service memang lahanat! Time payment memang cepat ko kan...bila dah bayar pulak buat2 tak tahu plak. Nak kena email, whatsapp banyak kali baru sampai! Cilanat sungguh! Nasib barang dapat, kalau tak memang aku "fire" je online shop tu...

Ok..panjang jugak aku membebel kan...takpe...kat bawah ni senarai online shop yang memang aku suka usha dan shopping...




Zalora memang online shop yang memang terbaik setakat ni. Apa yang aku cakap ni adalah based dari pengalaman aku sendiri, beberapa kali shopping online kat Zalora ni. They have lots of stuff available in range of clothes, shoes, bag, accesories,beauty stuffs, and also Muslimah wear. Antara brand popular seperti, Ezra by Zalora, Mango, Vincci, Nose, dan banyak lagi.  Aku memang selalu rambang mata dengan barang yang aku nak beli online kat Zalora ni. Nak2 pulak aku ni memang suka tengok baju Jovian Mandagie. Baju kurung moden dia..seriously memang eksklusif dan nampak elegan wei.. In fact harga pun berpatutan jugak. Delivery memang cepat, hari ni order, esok mesti dah sampai. Cara pembayaran pun sangat mudah dan no hassle. 



Actually kan, aku nak letak Fashionvalet.com ni no 1 tapi, bila mengenangkan aku ada masalah everytime bila aku nak bayar via credit card, so that's why online shop yang ni jatuh tempat kedua. But actually, compared to Zalora, Fashionvalet clothes memang lagi byk yang lawa2 dan cantik2..tapi..tu la..dah nama pun online shop untuk designer label, so harga pun memang "cantik" gak. You got to spend more but then the quality, design, memang berbaloi dengan apa yang dibayar. Cuma ye la,..takleh nak shopping sangat la kat online shop ni sebab barang dia agak mahal la jugak pada aku. Kalau korang memang "suckers" untuk branded stuffs mahupun designers label, this is the place. Designer such as Nurita Harith, Alia Bastamam, Rico Rinaldi..sumer ada. Tapi aku..shopping ikut kemampuan, sebab budget ciput.Ahaks.




Siapa tak kenal label ni memangla...aku suka gak shopping online kat Poplook ni. Even baju raya aku tahun ni pun aku beli kat sini jer. Harga yang sangat berpatutan, mampu milik dan kualiti memang best. Aku suka design maxi dress dan tudung yang ada kat Poplook ...memang sgt2 Poplook la ! XD



This is the most cheapest online shop yang aku tau setakat ni. Kalau ko ada RM50, ko dah boleh beli macam2 item. Serious, murah giler. But, honestly, kualiti kureng. Aku tak tahu pada orang lain, tapi, bila first time aku try beli barang hari tu...memang kualiti "out". Aksesories nampak macam pakai besi. Besi pun lawa lagi kot. Aku perasan ramai blogger dok gebang pasal Nile.com ni tapi..lain orang maybe lain kot pendapat dia...


p/s: Hanya shopping online di website yang dipercayai. Sumber gambar google.


No comments:

Post a Comment