Korang pernah rasa down? rasa tak best? rasa sumer org benci korang? Rasa mcm xde siapa sayang korang? rasa keseorangan? Rasa nak bunuh diri? (Err..yg ni jgn ikut ke..dosa tau), atau rasa disisihkan? Well, i bet maybe ramai yg ada perasaan macam ni. Including me.
Well, terus terang aku ckp, memiliki self esteem yg rendah bukanlah sesuatu yg diimpikan semua org. Rata2 org lebih suka pada perhatian, rasa diperlukan, rasa popular dan rasa diingini oleh org lain. Tapi, like the quote always said,
"Nobody's perfect".
Yes. True enough. Kalau ye pun seseorg tu rasa dirinya dah terlalu perfect, dia patut pikirkan semula adakah dia mmg betul2 perfect. Think deep, only then you will see. Mungkin ada part yg dia mempunyai kelebihan, dan di satu sudut yg lain, dia ada kelemahan. Antara nampak atau tidak jer. Segalanya terpulang pada bagaimana individu tu berfikir dan cara dia menerima kelemahan dia seadanya. Dan apa pula yg dia harus buat bagi menebus kelemahan tersebut.
Contohnya, seorg girl ni ada sifat rendah diri,low self esteem, dia tak yakin pd diri dia sendiri. Padahal, di mata org lain, tidak ada apa yg kurang padanya. Nak kata dia tak lawa, dia ada rupa, nak kata dia bad fashion sense, tak jugak sbb dressing dia boleh tahan gak stylo. Tapi, entah kenapa, disbbkan dia kurang yakin pada diri dia sendiri, dia rasa diri dia tak spt org lain. Bila tgk girls lain pakai lagi stylo dari dia, mulalah emo tak tentu psl, terdetik di hati "pergh ..cantik giler pompuan tuh. stylo maut siut..aku ni..biasa2 jer. Nak stylo pun tak jadi". Pulak. Pada hal, apa yg dia pakai ok jer. Tak de apa yg kurang. Last2..tension sendiri. Apa daa...
Contoh di atas agak terkena dgn aku. Kadang2 aku pun tak tau kenapa. Aku mmg dari kecik ada masalah self esteem. Tapi, semakin usia meningkat, aku dah kikis sikit..demi sikit sifat ni. Even skrg pun masih bersisa lagi, tapi aku sentiasa akan ckp pada diri aku, ingat apa yg kau telah capai selama ni, apa beza kau dgn dia..biarpun berbeza fizikal, mungkin dia lebih cantik dari kau tapi, dia mungkin ada kelemahan yg kau tak tau. Sama jer konsep dia. Macam mana ko nk handle, itu yg ko kena paham.
Mungkin disbbkan itu jgk aku agak pendiam dan jarang bersosial. Tapi, yg aku pelik, biarpun aku tak bersosial, org tetap akan kenal aku. Aku tak ingat nama diorang, tapi diorg ingat nama aku, bila birthday aku facebook aku dah rupe artis plak berderet org dok wish selamat hari tua. See, disitu, baru aku perasan, org notice kehadiran aku biarpun aku ni pendiam dan hanya buat keje aku. So, soal sama ada aku ada masalah self esteem yg kronik tak timbul. Mungkin ada kelebihan yg aku tak sedar org lain perasan dan aku hanya cuma perlu sedikit masa untuk kenal siapa diri aku sbnrnya.
Hidup aku sejak kecil byk masalah. Aku tak ramai kawan dan tidak jugak pandai, spt abg mahupun adik lelaki aku. Aku disisihkan disekolah, jadi mangsa buli, dan tiada siapa nak kawan dgn aku. Aku pernah digelar hodoh oleh rakan sekolah yg sebaya dgn aku. Tapi, entah kenapa, berapa byk nista,hinaan yg org kata kat aku, aku tak pernah amik pot dan aku akan lupa tidak lama selepas tu.
Sama jugak di rumah, aku mempunyai keluarga yg baik tapi aku perasan ada byk sentimen pilih kasih dlm family aku. In conclusion, i'm the black sheep of the family. Bila aku baca novel HLOVATE, "Rooftop Rant" aku byk terkenang kisah zaman kanak2 aku.
Despite all of this, i've grown up normally with one goal. Lepas aku habis PMR dan dpt keputusan yg kurang memberangsangkan, aku buat keputusan utk membuat yg terbaik dlm SPM supaya aku boleh keluar dari rumah dan belajar di universiti. Bebas. Aku lebih rajin belajar masa di Tingkatan 4, keputusan pelajaran aku agak baik dan aku juga dilantik sbg pengawas sekolah. Dan syukur Alhamdulilah, berkat kesabaran, finally aku dpt jgk masuk universiti. Masuk UIA."Sheesh" sungguh tidak kusangka boleh masuk UIA. Padahal, bukan senang wei dulu nk masuk matrik dia. Even bila aku ckp dkt bekas2 cikgu aku pun diorg tak percaya, sbb result SPM aku biasa2 jer. Tu lah namanya rezeki. Dan tak kurang jgk cikgu yg cuba nk menjahanamkan self esteem aku;
"Anak sedara saya yg dpt 3A pun tak dapat masuk U, inikan pulak awak yg tak ada A langsung. Apa pun, elok2 la belajar kat UIA tu, sbb diorg kat sana belajar pakai Bahasa Inggeris".
Itu..antara kata2 pengetua sekolah aku dulu masa aku nk mintak signature pengesahan sijil dari dia. Kalau aku jumpa lagi pengetua ni, aku nk ckp terima kasih sgt kat dia psl kalau bukan sbb kata2 dia tu, maka aku tak akan jadi manusia macam skrg. Yes, apa yg dia ckp masa aku baru lepas sekolah tu agak sakit hati gak pun ada, tapi, bila dah lama tuh, biarlah org nk kata apa pun.
Even parents aku pun terkejut aku masuk universiti. Heh.
See, betapa ramai org pandang rendah kat aku selama ni. Memang diorg akan pandang rendah, sbb aku mmg takde self esteem. Tu ar. Dont judge a book by its cover.
Aku nk citer pjg lagi, tapi memandangkan aku cuma tulis blog time waktu lunch, aku cuma nk bagitau,
Jgn mengalah kalau kita tau kita ada self esteem yg rendah. Ada sbb mengapa dan kenapa kita mcm tu, earn form mistakes. Work hard and let people off guard with you. They dont know what you are capable of and let them be.
Low self esteem is not a disease, it is something that you need to fight for a better u.
p/s: gambar sumber dari google.