Korang selalu simpan duit tak? Tak kisahlah byk ke sikit ke janji simpan. Mesti korang simpan kan..demi utk kesenangan dan kebahagian masa depan.
Kenapa aku tanya pasal simpanan atau dlm bahasa glamernya “Savings”? . Korang baca surat khabar tak ari ni? Again..psl wang hantaran..benda ni dah berlarutan lama dah..still, masih lagi menjadi isu. Tapi nk wat camner. Kahwin skrg ni kena ada duit. Takde duit tak kahwin la ko jwbnyer. Bercinta bagai nk rak pun kalau in the end nak kawin jadi isu takde maknenye..Mengabihkan boreh ler jwbnyer.
But most of us kebanyakannyer bergantung dgn pendapatan makan gaji. Termasuk aku. Yelah, bukan sumer org berbakat dan ada kemahuan, motivasi nk buat part time ni. Macam aku. Nk buat part time? *Shessh* Mintak Ampun. Sbb aku ni agak pemalas kalau nk wat pendapatan pasif ni. So, memandangkan aku dh tau peel diri aku ni camner, so aku lebih focus pada simpanan. Keje2 teruk2 wajib ada simpanan. That is most important. Tak byk pun,..sikit pun jadila..asal tak bile dah terdesak kita tak meminta2 dan tak menyusahkan org. Kita..walau macam mana malas sekalipun kena ingat masa depan.
Simpanan dpt menyelamatkan kita dlm keaadaan terdesak. Mengelakkan kita menjadi daif dan hina pada masyarakat sekeliling. Aku nak tanya la.. katakan kita dah lama menganggur pastu takde sumber pendapatan tetap, org akan sanjung kita tinggi2 ke? Takde. Jangan harap!. Yg selama ni membuatkan kita diterima masyarakat adalah disbbkan kita ada pendapatan, duit, pekerjaan yg menjamin hidup kita selama ni..or at least maintaining our daily life. Ni pandangan peribadi aku. Sbb aku pernah rasa sumer ni.
Masa aku memula grad..tanam anggur lebih kurang 6 bulan mcm tu, aku risau dgn hidup aku. Risau kalau2 sampai bila mak bpk aku nk sara hidup aku ni hah. Masa tu umur aku baru 22. Everyday kena leter. Siap di perli sampai diorg ckp aku masuk university pun tak guna. Bukannya leh dpt keje. Masalahnya, bukan aku tak carik keje..tp parents aku lebih suka kalau aku masuk govt. Pulak. Masa tu aku tak kisah keje apa pun janji aku boleh carik duit sendiri. Tapi mak ayah aku tak benarkan. Tak bagi aku keje swasta padahal entah brp byk resume kat Jobstreet yg aku dah hantar. Aku ni plak tak kisah keje kat mana2 pun, govt ke, swasta ke, tp, pada aku time tu kalau nk jadi competent, cari pengalaman, baik masuk swasta. Mana tau in the future ada rezeki masuk govt ke apa ke. Who knows right?
But then, my parents is not happy. AKu? Nak wat cam ner? Tahan je lah. Dan..disbbkan terlalu byk leteran sampai tak tahan dileter, aku cari keje lagi. This time, carik kabel. Apa lagi ..kawan la. Last2 dpt. Finally, walaupun Cuma pekerja contract dan gaji mmg ciput. Aku tak kisah. Janji time tu aku nk keje.
SO, lepas dpt keje tu, still lagi parents aku leter sbb gaji aku kecik. AKu buat dunno je lah..biasalah. Tak dpt nk tolong family sgt. Time tu aku agak kecewa la dgn sikap parents aku. Bukan apa..aku baru nk hidup berdikari, carik duit sendiri, tapi takde support dari family. Dari situ aku nk buktikan yg aku jgk boleh Berjaya dan bina hidup sendiri even aku makan gaji keje swasta.
Maybe berkat hard work dan kesabaran dgn izin Allah..aku bertapak kat company yg aku bekerja tu..sedikit demi sedikit, dari pekerja contract ke permanent staff. Dari Asst ke executive …dapat award..Syukur Alhamdulilah..Finally.
Then, dari situ, mungkin sbb mak bpk aku tgk aku makin lama makin stabil..etc..so, diorg senyap la. Dah boleh bagi duit apa sumer..diorg senyap la. Dari situ gak aku tau tahap dan penerimaan diorg kat aku mcm mana. Sendiri phm sudeh.
Hinggalah skrg ni..Alhamdulilah, masih sihat bekerja..so, diorg pun dah tak kisah, dan aku pun boleh bantu family lebih lagi. Senyap terus.
Truth hurts. Yes it is. Heh. ;)
See, tak pyh tgk layanan org luar la..tgk family sendiri layan ko macam mana pun dah cukup. Bila ko tak berduit, org tak pandang ko.Even mak bapak. Yg ni maybe subjektif la. Ikut gaya dan didikan keluarga masing-masing. Itu apa yg aku tempuhi selama ni. Org Malaysia ni skrg sumer materialistic. Selfish. Generally.
Kalau ada simpanan, setidak2nya kita dah sediakan paying sblm hujan. SImpanlah at 10% dari gaji kita kalau tak mampu. Kalau mampu simpanlah lebih sikit. Tak rugi pun. Tak luak pun. Untung lagi adalah.
Kalau aku plak, ni yg aku buat:
1- SImpan 10% dari duit gaji
2- Beli Insurans (Prudential)
3- Savings duit syilling
4- Main kutu (Baru je dpt..hehehe)
5- Petty cash – Sehari simpan dlm RM1 -10 )
6- EPF – Ni standard ar..sapa yg keje swasta wajib mencarum dlm EPF.
7- Melabur dlm ASB
Kalau nk ikutkan..EPF la, tempat paling senang nk simpan duit. Yela, ko keje je..automatik dipotong dan ada caruman tambahan dari majikan..tak ke best. Hehehe.. Staff 11% dan majikan 13% kalau gaji dibwah RM5000. Total sumer 24%. Tak ke untung tu. Nak lagi untung..jgn diusik duit EPF tu nak beli rumah ke apa ke..Maintainkan aje..so , kita boleh nk maksimumkan dividen EPF tu ha. Kalau nk beli rumah buat loan jer. Takyah usik duit ni sbb duit ni la yg penting nk cover kita masa kita dah tak larat nk keje. Nasib baik gak EPF takde kemudahan pengeluaran tuk kawin..kalau ada mesti dah berjela org mintak apply utk pengeluaran nak kawin ni..kih3..
Nak citer pasal savings ni, mmg tak pernah abis. Dah abis duit simpanan buat belanja kawin dan sbgnya, masuk balik bab macam mana nak kumpul savings plak lepas kawin. Lagi la pening dibuatnya. Nak beli rumah, atau kereta , nak kumpul asset, perbelanjaan sehari2. Dulu sorang kini berdua,pastu bertiga dan bekeluargalah setakat yg ko mampu.. Bila dah ada bini dgn anak2..perbelanjaan makin bertambah. Dgn belanja anak2, sekolah lagi..sumer tu perlukan D.U.I.T.
Tu belum lagi masuk ad hoc cases adik beradik, mak bapak nk pinjam duit..tambah plak kalau jenis parents yg tak boleh kata tidak. Segala kehendak diorg kena ikut kalau tak dicop anak derhaka. Yg si anak terkedu,..terdiam..tak tau nk wat apa. Yelah, nak kata tidak, susah plak kalau mak bpk merajuk.Takut di cop anak derhaka plak. Tapi, kalau kata ya, sendiri yg merana. SO..macam mana..
Sedih tapi benar. Itulah hakikatnya skrg.
Hidup mmg byk perlukan duit, tp jgn jadikan alasan nak carik duit utk abaikan apa yg penting dlm hidup kita. Duit mmg penting tapi kita tak boleh jadi hamba duit. Carilah kesederhanaan.
Ok..chow..
p/s: ini hanyalah pendapat peribadi penulis shj.
No comments:
Post a Comment