Nuffnang Ads

Saturday, 9 August 2014

Bencinta - Enough is Enough

Raya ke 13. Still lagi dalam mood hari raya. Tapi..disebabkan husband aku ada kelas maka aku dok lepak je kat rumah sementara nak tunggu husband aku balik gi open house. Aku ni tak tau la kenapa..excited sangat raya tahun ni nak gi segala bagai open house..dah ting tong agaknya..hyper terlebih sikit lepas dah jadi wife orang ni...hihihihi...



Entry yang ni berkenaan hari ni. Tak tau la korang tengok Astro Ria ke Prima pagi tadi dalam kul 9 pagi gitu..ada ulang tayang cerita "Bencinta". Ala...lakonan Nora Danish dan Farid Kamil tu hah. Actually aku memang nak tengok citer ni pun dulu tapi tak berkesempatan, so , since pagi tadi takde benda nak buat so aku pun layan la citer ni sambil makan Mee Goreng dan Coco Collagen. (Dei..perlu ke nak sebut semua yang ko buat?? -__-). Ahaha. 

Nampak dalam gazette macam best jer citer ni. Tapi tu la...kalau tengok previu gazette, yang tak best pun boleh jadi best. Yela, mesti diorang edit part mana yang best je kan. Maka , aku pun tertipu la gamaknya.

One word. Enough. Memang citer copy paste dari filem 'Enough" Lakonan Jennifer Lopez. Maybe bukan overall 100% yang pengarah dia "copy paste" dari filem Hollywood tu tapi aku boleh cakap dalam 80% citer ni menggarap line story dari filem original, "Enough". Aku tengok pun naik segan. Nak tau kenapa, sebab watak Jennifer Lopez dalam filem Enough tu pun Waitress jugak. Dan scene Farid kamil dok ngorat Nora Danish tu pun sebijik sama. Ish. Dan sorry to say la, nampak macam director malas nak berkarya.

Actually citer Bencinta ni takdelah not bad sangat, cuma bila diorang ni obviously "copy paste" sangat cuma "DiMalaysiakan" sahaja, seriously mood nak menonton tu dah jadi macam cepat boring. Ditambah pulak dengan jalan cerita yang boleh diagak dan  dialog adegan percintaan yang..err...lack of emotion dan semuanya ikut skrip! Ada beza kalau kita tgk citer "Pretty Woman" Lakonan Richard Gere & Julia Roberts. Full with emotions and we who watch the movie feels the mood. 

Tak pun citer "Never Been Kissed" lakonan Drew Barrymore. Aku suke giler citer ni. Mungkin tak ramai kot yang ingat citer2 lama yang lebih berkualiti dan evergreen. Ok. Enough about that. 






Dari segi lakonan, aku enjoy tengok Farid Kamil & Nora Danish ni jadi husband & wife. Ada chemistry. But the rest of the cast except that cute litte girl yang jadi anak Farid & Nora dalam citer ni semuanye tidak meninggalkan kesan. Ibarat kalau takde pun takpe kot. Nora Danish really can act & fight well. Kudos to her. Tak ramai artis perempuan Malaysia yang boleh bergasak, bertumbuk masa berlakon. Nampak tak kaku. Tapi favourate aku still Kak Yong...(Yana Shamsudin) XD.

Aku bukan nak condemn citer yang orang kita buat, tapi aku tak salahkan orang lain kenapa depa tak tengok Filem Melayu kalau kualiti lagu ni. Aku tengok pun sebab cuba nak sokong filem tempatan kita sendiri, takdelah orang asyik cakap kita asyik dok khayal tengok Drama Korea ke..tele novela ke..cerita cina ke...filem barat ke..sebab level dan mentaliti kita buat filem seriously stranded. Bukan untuk 'tontonan umum". If you understand what I'm saying....kalau nak buat filem, buatlah elok2, jangan biar orang terasa as if tangkap muat jer. Tak rock ar.. Kita ni dah masuk tahun ke berapa tapi filem kita..takat tu gak. Aisey. 

Aku personally like filem Enough. That's why bila aku tengok adaptasi macam ni aku rasa nak nangis jer. You have Farid Kamil & Nora Danish. Malaysia's A grade top actor & actress. Why ruining their capabilities with such stories? 

Bila aku tengok citer ni, I wish they put more twisted story line. Contoh, watak Nora Danish lebih bijak bila dapat tau husband dia main kayu tiga. Pura2 macam nothing happened dulu..pastu pasang strategi dalam diam. Show the audience how smart, patience & strong her character is, then she will become more lovable. I dunno...just my two cents.


Rating. 2 out of 5. 

p/s: Maybe blogger lain dah ada kot yang review pasal filem ni, tapi aku baru nak review. Ahahahaha.  Sumber gambar google




Tuesday, 5 August 2014

First Raya as a Wife..

Pergh berhabuk blog kecik dan tak famous aku ni ha...almaklumlah pemilik blog ni still lagi dalam mood raya yang ke-9 ...hinggalah tamat Syawal yang mulia ni...-_-.  Still lagi tengah berhempas pulas kat ofis menyettlekan apa patut. Keje berlambak2 takde orang nak tolong buat atau offer untuk buatkan sebab keje aku sangat complicated. Heh.

So, dikesempatan ni aku curik2 jugak buat entry baru time lunch hour. HAHAHA. 

Tahun ni..aku dah tak raya sengsorang lagi. Balik kampung pun bukan seorang, sebab sekarang dah berdua..ada teman nak balik kampung raya...mih3. Sapa lagi kalau bukan hero filem tamil aku yang sorang ni...husband aku daa!!! 

Pape pun raya tahun ni boleh kata banyak pembaharuan  jugak la dalam erti Raya seumur hidup aku. Tak pernah tempoh jem every time balik raya, tahun ni...amik ko! 8 jam redah jem semata2 nak balik kampung aku yang selalunya amik masa 2 jam je nak sampai. Ipoh je pun. Bukannya balik Kelantan ke...Terengganu ke... Siap husband aku leh cuci dashboard lagi.. Tengok! Punya la dasyat jem tahun ni...




Kesian aku tgk husband aku bawak kete dengan puasa dia..penat dia...tak sihat lagi...aku nak tolong tak dapat sebab aku ni bukan reti bawak kete pun. Entah. Aku memang takut bawak kereta. Tak tau kenapa. Dahlah dia puasa aku pulak...hihihi...tak pose! (biasalah...time bulan2 kan). Sian je aku tengok.. Siap sampai husband aku leh cuci dashboard lagi time tengah jem tu. 

Rasa best Raya tahun ni beraya ada orang tersayang. Rajin husband aku dok kemas rumah bapak mertua dia yang comey ni hah. Tu yang teroverdose Raya pertama demam..tak sihat. Pastu kena beraya jauh plak tu sampai ke Tanjung Malim sana haa..Seronok dapat husband berdikari macam ni. XD

Time pagi Raya plak...lain pulak ceritanya, kitaorang dok gaduh2 manja pulak. Alkisahnya husband aku nak pakai sampin, masalahnya aku ni bodoh biang tak pernah nak pakaikan sampin untuk lelaki ni ha. Adik beradik lelaki termasuk ayah aku mana nak pakai sampin sangat, panas katanya. So, yang husband aku ni lak, rajin dok pakai serba lengkap time raya. Dah aku ni tak reti nak buat macam mana. Nasib baik gak adik laki aku yang ajar, so, bila dah tau ni senang je la aku nak menyiapkan husband aku. Takdelah susah mana nak pakaikan sampin husband ni ha. So, bila kita dah kawin ni sebenarnya banyak benda jugak kena amik tau ek? Aku bab2 pakai sampin, pakaikan tie untuk lelaki sumer out. Sian husband aku dapat wife yang ex-tomboy lagu ni. Takpe...tak tau boleh belajar kome.


Time nak mintak maaf di pagi Hari Raya plak, aku takde nyer nak cakap:

'Abang...maafkan ayang dari hujung rambut sampai hujung kaki, halalkan makan minum ayang apa sumer..bla..bla..."

Ni yang aku cakap:

'Abang..ayang mintak maaf kalau ada buat silap, mengada2, suka marah2, suka gedik2 dengan abang setakat kita kawin ni, sebab maybe lepas ni ayang buat lagi..hihihi.. selamat hari raya abang"


Takyah nak kosong2 sangat. Sebab memang tipikal, kita time raya la nak mintak ampun maaf semua. Pastu..buat balik. Baik tak yah. Yang kosong2 tu apa ke bendanya? Ingat main badminton ke nak 0-0? Choy!

Pape pun...Selamat Hari Raya! Enjoy gi Open house lepas ni  alrite!!! 






P/s: Baju Raya tahun ni sebab malas beli kat Poplook  je. Cantik jugak. Baju Melayu Husband aku, hantaran kawin last year. XD






Thursday, 24 July 2014

Kau rasa kau suka tak kerja kau sekarang??

Aku terbaca pasal ni kat blog mantot. Seriously, apa yang mamat Mantot ni cakap memang banyak yang terkena kat aku. Sebab apa? Apa yang aku rasa dan lalui sekarang lebih kurang macam apa yang dia cakap kat blog dia. Technically speaking I am fed up, tired dan rasa menyampah nak teruskan kat tempat kerja sekarang. Tetiap pagi bangun pagi rasa cam malas jer...rasa cam nak tidur balik..nak MC pun ada. Tapi, bila difikirkan dengan otak yang waras..tak guna gak aku buat semua tu. Masalah, tetap masalah. Tak boleh nak asyik nak mengelak. Kena face the problem jugak!. Selagi tak selesai selagi tulah muke toya  jer..-_- 



Sebab apa aku rasa fed up, tired, menyampah dengan tempat kerja sekarang?

1. Bila masuk ofis rasa macam rumah hantu. sunyi gila si** . Pastu sumer dok mengadap laptop jer. Nak bukak radio pun tak boleh! Ala biasa la kita kalau taknak boring keje suka dengar radio takpun lagu kengkadang, ye tak? Boss aku cakap tak professional kalau client dengar. Gila kentang punya rules! what the F***!

2.Rakan sekerja yang overly sensitif! Tegur sikit dalam email mulalah nak emosi. Padahal, claim yang dihantar dah sah2 salah dan tak ikut policy. Pastu nak marah kita balik. Kata kenapa mesti pakai paper la..apa la...dah policy kata nak hardcopy untuk submit claim, bagi je la. So..aku dengan selambanya cakap,
"Hey..I'm just doing my job!".

3.Environment kerja yang tak begitu mesra alam. Semua orang duduk dalam klik masing2 dan hanya bergaul dengan rakan sekerja dalam satu team. Bila buat aktiviti, sumer macam kekok giler nak bergaul!Aku? I prefer to be Lone Ranger.

4-Ofis politik yang memang tak boleh belah teruknya! Ada satu insiden boss aku suruh aku process claim HOD kawan dia yang sepatutnya diberi sebelum cut off date tapi cara dia bagi dan suruh aku buat macam gangster! Siap datang kat tempat kerja aku dan "paksa" aku proses claim tu.

5. Boss berat sebelah. Pilih kasih. Kat company kitaorang takde racist ok. Lagi teruk daripada tu, melawan jer..taknak buat benda yang bukan sepatutnya kita kena buat dah dicop pekerja bermasalah. Masuk dalam black book boss! Including me!

6.Staff kat sini sumer hipokrit. Depan baik belakang..tikam kita dari belakang. Lahanat punya perangai!Memandangkan dah sumer orang hipokrit so aku pun terpaksalah jadi hipokrit gak even hakikatnya aku menyampah giler nak buat cam tu!


Ok. Enough is enough. Dah..dah ...tak yah citer panjang la. Contoh di atas antara apa yang pernah dan selalu terjadi kat aku. Bila dah selalu kena rasa cam kebal dan lali dengan semua ni. Dah malas nak bertekak dengan orang yang memang tak reti bahasa. Kalau argue sekali pun, boss aku takkan dengar pendapat aku. Dia takkan backup aku sekalipun. So, buat per nak keje mati-matian untuk boss macam ni? 

Aku suka kerja aku. Cuma aku hanya tak berkenan dengan environment tempat kerja dan office politik yang suka tikam orang dari belakang. Serius tak cool ok! 

Mungkin ini jugak petanda yang aku dah terlalu lama kat company ni dan aku rasa kerja aku tak berkembang. Boss aku masa mula2 masuk memang manis mulut...kata nak promotedkan aku la..apa la..tapi after 3 years...Haram! Hampeh segala yang dijanjikan tu gula-gulakan aku jer semata2. Aku pun salah gak. Dok percaya dan menaruh harapan. Sekarang tengok? pelamin anganku musnah la jawabnya. Tidaaaaaaak!!!!!!!!!!!

Dah sampai masanya untuk aku pikir tentang diri sendiri.It's time.

Sampai bila nak asyik ikut bontot orang lain.?? Buat keje separuh mati, semata-mata nak siapkan untuk boss pun mana boss pernah peduli? kesilapan aku jugak dia nak highlight lebih2. Poorah!

So, moral of the story, suka dengan kerja, boleh. Nak excel dalam kerja? Lagi bagus. 

Tapi nak sayang company lebih2...tak dapek nak janji la bai...

Chow.

p/s: Sumber gambar google.


\

Monday, 21 July 2014

MH17 - Bagaikan jatuh ditimpa tangga..

Belum pun MH370 dijumpai, semalam pesawat MAS MH17 dilaporkan terhempas selepas pesawat  tersebut ditembak jatuh di Ukraine. Pesawat yang  membawa seramai 280 penumpang dan 15 kru maut di tempat kejadian. 



Aku taknak komen banyak la pasal insiden ngeri ni. Definitely korang boleh google sendiri kat internet dan aku pun taknak cakap benda yang sama berulang kali. Aku pun tak nak komen pasal segala teori konspirasi yang memang akan wujud everytime benda macam ni terjadi. Entry ni cuma hanya pendapat peribadi yang aku fikir dan rasa mengikut pemahaman aku and that's it.

Memang orang sekarang tengah heboh dan kecoh pasal tragedi hitam MH17 ni. Apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak dijangka dan ucapan takziah  kepada semua keluarga mangsa yang terlibat. Bila dah jadi benda-benda macam ni, rasa macam seriau nak naik kapal terbang tu pun ada. Terus aku cancelkan segala plan percutian untuk sementara. Bukan apa, atas dasar keselamatan jugak. 

Dan bawak-bawak kurangkanlah dok bergossip dan buat andaian sendiri pasal MH17 ni. Biar pihak berwajib dan yang berkenaan buat kerja diorang. Siapa kita nak mempertikaikan? Tak salah nak berkonspirasi tapi biar kena dengan fakta. Sebab zaman sekarang ni banyak fakta akan jadi auta. Ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri yang suka habiskan waktu dekat area-area menunggu macam tren LRT, etc..orang sumer bercakap benda yang sama dan mulalah masing-masing start jadi CSI (Crime Scene Investigation). Siap boleh citer dari awal sampai pasal MH17 ni dan disertakan sekali dengan teori konspirasinya. Masalahnya kalau teori tu boleh diterima pakai takpela jugak, ini diblamekan kerajaan, tak pasal-pasal Pak Najib pun terkena tempiasnya jugak. Sebab apa aku cakap macam ni, sebab dah memang diorang ni sembang kuat nak mampus. Satu stesen LRT boleh dengar kot. 

Nak buat macam mana, kita ni memang dah terbiasa dengan sembang kedai kopi takpun politik kedai kopi. Cakap berdegak-degak tapi takde apa - apa tindakan. Cakap ikut sedap mulut tapi memang apa yang dicakapnya takde point. So, its a meaningless conversation. Nak cakap ke nak argue ke boleh, takde apa masalah pun sebenarnya. Cuma biarlah arguement tu masuk akal dan tidak emosi. 

MAS dah bagaikan jatuh ditimpa tangga. Belum kes MH370 selesai, kes MH17 pulak jadi tumpuan.

Ni belum citer lagi pasal askar Sulu nak serang balas tawan Sabah. Banyak betul dugaan bulan puasa ni kan? 

P/S: Sumber gambar google


Tuesday, 15 July 2014

Kenapa Orang Kita Suka sangat layan K- POP ?

    Hi..



Aku suka giler layan Running Man. Boleh kata every week memang aku dan husband bersengkang mata semata-mata nak tengok telatah 7 ahli Running Man ni di samping artis-artis jemputan yang diorang invite. Serious kelakar giler. Diorang ni serius takde nak cover macho ke..cover ayu sangat ke apa. Semua jadi diri sendiri jer. Lawak tengok Jong Kook, Kwang So, Jae Suk, Gary, Seok Jin, Haha dan Ji Hyo . Lawak yang sangat spontan dengan artis jemputan yang tersangatlah sporting giler, memang cool habis. Pastu gelak macam langsuir malam-malam buta. Siap ayah mertua aku istighfar ingatkan ada hantu malam-malam. Part tu bila mak mertua aku bagitau kat husband aku, memang tak boleh belah. Aku ni kalau gelak tak ingat dunia gamaknya. Hahahha...

Bukan setakat layan Running Man, segala drama dan lagu K-Pop pun aku layan gak. Kenapa? Entah? Paham sangatkah part diorang nyanyi segala bagai tu? Tak jugak. Tapi..entah..kira rasa cam leh masuk la dengan K-pop wave nih...

Mungkin apa yang aku cakap ni tidak hanya berlaku kat aku jer, aku taklah hardcore sangat minat K-pop, sekadar hiburan yang memang aku minat. Tu jer...Takde lah pulak sampai segala bagai sticker, key chain, Uchiha artis K-pop yang diminati nak dikumpul. Not to that extreme lagi la setakat ni. 

Kat bawah ni aku senaraikan beberapa possibilities..ataupun sebab kenapa orang kita layan sangat dengan Korean Wave ni..

1- Sebab artis diorang memang hensem. Dan cantik-cantik. Tengok Running Man, mesti nak tengok Ji Hyo. Mulus giler kulit minah sorang ni. Geram je tengok. Dari segi fizikal, memang comel-comel belaka. Tapi, bukan semua cantik asli. Rata2 artis K-pop ni suka buat plastic surgery. Tu yang muka perfect semacam tuh.




2-Artis K-pop kalau yang lelaki mesti tinggi lampai, gentleman giler. Pastu dalam drama pun..sweet habis. Hahahha. Contoh, drama Doctor Stranger, Lee Jong Suk punya karekter memang aku like sangat. Gila-gila tapi bila bab bedah orang..pergh, cool bebeh. 



3- Jalan cerita yang memang boleh dilayan walaupun kita sedar sometimes plot yang dibawa tu tak masuk akal pun. Contoh, drama My love from the Star, ada pulak alien hensem suka kat manusia. Tapi, layan je.Dah nama pun drama.Hahaha. 



4- Lagu-lagu K-pop yang catchy dan ada identiti tersendiri. Plus, tarian yang memang modern dan nampak cool. Macam lagu BEAST, On Rainy Days..aku boleh dengar lagu ni ulang2 banyak kali tak bosan. Heh.

5-Artis K-pop sangat menghargai peminat. That's why bila diorang buat konsert, diorang akan entertain sehabis mungkin atas dasar menghargai peminat yang datang ke konsert diorang,

Nak cakap apalagi ek? Hmm..ni antara some of the point yang aku nampak la. Tak tau nak tulis apa lagi..

Till then peeps.

p/s: Sumber gambar dan link sources kredit dari Google.

Friday, 11 July 2014

Brazil tewas pada German dan Serangan Israel di Gaza

Aku memang kureng kalau pasal bab bola ni. Kalau korang tanya aku cara-cara atau tips bermain bola...boleh. Tapi kalau kalah teruk..jangan carik aku haaa...mih3. 



Semalam masa tengah sahur..dah takde cerita nak tengok aku pun terpaksa la layan tengok bola. Tapi kira boleh layan jugak la. Sebab masa aku nak turun sahur tu dah dekat pukul 5 pagi...dah 5 gol German bagi sebijik2 kat Brazil. Aku pun macam walawei...gila ar German nih. Husband aku plak cam excited giler sebab dah 5 gol German belasah cash pada Brazil. Well...sometimes setiap competition tu ada miracle nya yang tersendiri. Kita jangka macam ni, sebaliknya pula yang berlaku. Apa pun kalah menang tu adat pertandingan. Yang penting macam mana kita nak adapt dari kekalahan dan accept it. Bukan rezeki Brazil tahun ni. Cuba lagi 4 tahun akan datang.

Ini pulak aku nak cakap sikit pasal serangan Israel di Gaza. Seriously kekejaman zionis ni dah makin melampau. Dalam bulan Ramadhan..Membunuh like nobody business, merampok, memukul tanpa mengira usia, lelaki ke..wanita ke..budak kecik ke..tidak terkecuali. Sekarang ni bersepah kat facebook video dan cerita pasal kekejaman Israel. Aku tengok pun sakit hati. Hanya orang yang tak normal jer yang membenarkan kekejaman sebegini berlaku. Pihak berwajib pulak asyik nak dok disscuss..bincang..bincang. By the time korang nak bermesyuarat semua tu berapa ramai lagi nyawa yang harus dikorbankan? 




Kat sini..aku cakap pasal dua point yang berbeza tapi situasinya lebih kurang sama. Kenapa bila Brazil kalah dengan German kita boleh mogok sampai beberapa hari? update status kat Facebook pakai jersey Brazil, cakap takde mood sebab Brazil kalah. lagi best ada yang menangis.Heh. Orang buta bola macam aku ni memang  takkan paham. Alah kalah bola je pun. Tu pun nak bising?

Tapi bila penduduk Palestin dibedil dengan peluru berpandu, dibunuh dengan kejam, tak ada orang yang kata apa2. Berapa kerat sangat yang cakap pasal serangan Israel di Gaza? Rata2 lebih suka cakap pasal Brazil kalah. Alah. Pleaselah.

Dan oh...compared to Messi..aku sokong Ronaldo. At least dia ni walaupun bukan saudara seagama dia masih ada peri kemanusiaan. Tak gitu? Nak baca lebih lanjut pasal kisah Ronaldo sokong Palestine ni, klik sini.



Till then peeps.


P/S : Pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar Google.

Tuesday, 1 July 2014

Online Shopping: Poplook vs Nile.com

Hi..

Salam Ramadhan dan selamat berpuasa... :) Lama jugak aku tak buat entry baru kebelakangan ni..so much of work! Kerja yang takkan habis! So, masa untuk diri sendiri tu dah agak kureng la..so, disebabkan stress yang melampau maka aku pun cuba nak releasekan stress ni sikit...so apa lagi, gatal tangan nak shopping pulak...mih3.

So, aku pun browse la google nak carik other alternatives rather than Zalora.com.my . Bukan apa..dah selalu sangat shopping kat Zalora ni hah. Saja gatal tangan nak buang duit kat website online shopping lain pulak..hehehe..tapi, takdela buat duit sangat..Ikut kemampuan je la..

Dah puas google, maka aku decide nak beli few items kat 2 online shopping store nih. Satu kat Poplook.com & satu lagi kat Nile.com.my . Mesti ramai yang tau dua online shopping website yang popular ni hah. Disebabkan kepopularan tersebut, maka aku pun terpengaruh sekali nak beli. Hihihihi...(Ayat skema duh). 

Kat Poplook.com, aku beli satu maxi dress. Actually, ni kira trial and error jugak la time beli dress ni. So, kalau kualiti bagus, aku akan beli kat sini jer. Kat Nile.com pulak, aku beli quite an items pasal murah giler doh barang kat Nile.com  ni. Rasa ringan je tangan aku nak klik..klik setiap barang kat situ..dahlah "macam" lawa jer... macam cantik jer. Heh.

So, semalam, parcel aku dari Nile.com ...yang Poplook punya gambar mana tah aku letak...tak jumpa..so tak dapat nak upload...

Parcel ajaib


Ni dress dari Poplook.com. Aku beli yang ni sebab dress ni nampak smart giler. Sesuai dipakai time casual keluar dating dengan husband...heh.

Dress - RM69.90

Poplook brand!


Ni pulak barang2 dari Nile.com

Top - RM15.50

Handbag - RM26.90

Miscellaneous - Headband -RM1.90. Necklace -RM6.90, Bracelets -RM2.90

Jaket - RM22.00



So, based on my experience, ini yang aku boleh summarizekan untuk dua online shopping ni:

Poplook.com - Barang memang best. Kualiti memang baik dan dress yang aku beli, jahitannya kemas dan tak nampak murah. Kualiti baik punya. Servis pulak memang bagus. Order hari Jumaat minggu lepas dapat semalam. Kira fast & easy la ni. Yang bestnya Poplook ni sebab free shipping. XD

Nile.com. - Delivery same like Poplook. Very Good. Order jugak hari Jumaat dapat parcel semalam. Cuma dari segi kualiti barang tak sama macam Poplook. Sebab barang kebanyakannya made from China dan memang nampak "murah". Semurah harga yang dijual. Kualiti jaket yang aku beli tak seperti yang aku harapkan. Dengan benang terlebih..jahitan nampak kurang kemas, even macam tu pun jaket tu still kira masih boleh tahan la..Aksesori yang aku beli pun ..boleh kata biasa2 je la.. Digalakkan untuk scroll dan pilih betul2 barang yang nak dibeli sebab maybe barang yang sebenar macam aku cakap, dalam kategori average je la..

Ni jaket yang aku beli..nampak tak benang terlebih dia...

Sampai terkeluar benang2 tuh!



So, aku boleh kata barangan yang made in Malaysia ni lebih berkualiti. Aku bukan nak bandingkan apa pun, sekadar pendapat aku je la.. nak terima boleh, taknak terima pun wa tak kisah maa..I'm just saying.


Papepun..after this, I might be shopping more with Poplook.com than Nile.com...I guess..

P/S: Pendapat hanya luahan peribadi penulis sahaja.