Nuffnang Ads

Sunday, 27 April 2014

Review Gadget: Asus Fonepad Note 6

Hi hi...bertemu lagi di rancangan entry terbaru di blog comey ini iaitu..entry gadget terbaru!! Yippie!!

Ok..ok..fine..opening entry ala2 Di mana Joe Jambul pulak gamaknya. (Sapa budak2 80-an mesti tau dengan program show ni).

Anyway, aku cuma nak bagitau, kalau dalam entry lama2 aku, aku dok gebang pasal Nokia Lumia 520 aku tu. Ye la, itu adalah phone dalam kira2 9 bulan lepas yang aku dah beli dan aku dah bagi rating yang sangat memuaskan hati. But, having said that, 3 hari lepas aku beli jugak phone baru. Oopss! Ada ala2 khianat tak kat situ? Dak eh..mana ada khianat , saja gatal nak tukar phone lain...ecececece (Riak nampak??). 

Ceritnya macam ni, aku dok berkenan plak nak pakai phone gedabak besau. Kalau Lumia aku dulu 4 'inch punya screen, sekarang tamak haloba plak nak pakai yang 6 hingga 8'inch, rasa cam best la plak kalau ada screen lagi besau dan HD gamaknya. Dipendekkan citer, time aku tengah berdating dengan laki aku kat Jusco Wangsa Maju tempoh hari, aku pun dok main2 la Samsung Galaxy Tab 8'inch kat demo table kat sana. Main punya main..macam best pun ada benda alah ni. SO, aku bagitau husband nak beli yang macam ni, husband aku cakap ok tapi jangan beli kat situ. Dia akan carikkan lagi murah untuk aku. SO, aku pun oklah.

Keesokkan harinya, husband aku bagi aku try Samsung Galaxy Tab kawan dia, suruh try testing ok tak kalau nak beli tab ni. SO, aku pun happy la.. Tapi, ku sangkakan air ada hingga esok pagi, ada catuan air plak di malam hari...Pfft!! Terus, tak jadi nak beli Galaxy tab ni. Dahlah slow, pastu..biasa2 je la.. Main internet hang habis! Laju lagi Lumia aku, tak pun Sony Tablet aku tu ha..

So, aku cakap kat husband aku, taknak beli la galaxy tab ni..aku nak beli phone lain. Cari punya cari..terberhenti jap kat HTC One Mini, tapi harga bapak mahal. Dalam RM1000K++ So, husband aku tak approved. In the end, husband aku jugak yg dok carikan phone terbaik untuk isteri dia yang suka muncung macam budak2 tak dapat mainan. Aku tau..aku memang mengada, gedik dengan husband aku. Heh. 



And finally, husband aku cadangkan amik Asus fonepad Note 6. Sebab apa dia cadangkan Asus? 

   1- Asus adalah brand laptop yang power. Sumer laptop dia boleh dikatakan ada kelasnya yang tersendiri. 

   2- Handphone kalau pakai processor based on laptop/netbook  memang laju. Kalau nak kata cepat hang           tu, jarang la.

  3- Boleh main game HD gila2. So, bila balik keje je husband aku dengan selamba amik beg tgn aku carik          fon ni dan main game. Sabau je la..tengok? ada unsur2 sambil menyelam minum air tak kat situ?? Heh.

So, kat sini plak aku copy pastekan je specs Asus Fonepad Note 6 ni:



  • Operating System
    AndroidTM 4.2
  • Display
    6" LED Backlight Full HD (1920x1080) Screen
    Super IPS+
    10 finger multi-touch support
  • CPU
    Intel® Atom™ Z2580 Dual-Core, 2.0 GHz
  • Memory
    2GB
  • Storage
    16GB/32GB eMMC *1
    5GB Life Time ASUS Webstorage Space *2
  • Network Standard

    DC-HSPA+ UL:5.76 Mbps/DL:42 Mbps
    3G :
    WCDMA :
    850/900/1900/2100
    2G :
    EDGE/GSM : 850/900/1800/1900,
  • Wireless Data Network
    WLAN802.11 a/b/g/n
    Bluetooth V3.0+EDR
    Miracast support (does not support HDCP)
  • Camera
    1.2 MP Front Camera ( 720p Video Recording )
    8 MP Rear Camera with Auto focus( 1080p Video Recording )
  • Audio
    Stereo Speakers with SonicMaster technology
  • Interface
    1 × Audio Jack (Head Phone / Mic-in)
    2 × Stereo Dual front speakers
    1 × Digital Microphone
    1 × MicroSD(SDHC),supports up to 64GB of additional storage
    1 × Micro-USB(USB OTG support)
    1 x Micro SIM *4
  • Sensor
    Motion sensor
    G-sensor
    E-Compass
    Ambient Light
    Proximity
    Gyroscope
  • Battery
    7 hours; 15Wh Li-polymer Battery *3
  • Standby Time
    490 /334 hours(2G/3G)
  • Talk Time
    23 hours(2G)
  • Navigation
    GPS, GLONASS & AGPS
  • Dimensions
    164.8 x 88.8 x 10.3 mm (WxDxH)
  • Weight
    210 g


*Source - Asus .com


Actually, Fonepad Note 6 ni lebih kepada tablet dari Smartphone. But dont worry folks,korang still lagi boleh buat call sebab fonepad note ni adalah 2 in 1. But, bear in mind yang fonepad ni guna microSIM macam Lumia. Nasib baik aku memang guna microSIM. kalau takde microSIM ni, korang leh mintak SA tolong potongkan dan masukkan SIM card utk korang. So, everything is very much complete here.

Satu sebab kenapa aku setuju nak beli fonepad ni jugak adalah disebabkan aku nak kan something yang boleh comparable to Samsung Galaxy Note 3. In fact, berdasarkan apa yang aku baca before aku decide nak beli phone ni, Kalau budget korang tak byk untuk memiliki sebuah Handphone macam Samsung Galaxy Note 3, korang still lagi boleh dapat handphone dalam qualiti yang sama dalam Asus Fonepad Note 6.Sangat berbaloi. First of all, by the time aku try Samsung jer, dah tau, kami tidak compatible. Even aku pegi sana sini pun, masing2 dok hurung Samsung, takpun Iphone. Aduyai..punya la byk choice handphonde dalam Malaysia ni, dua ni jugak jadi pilihan..well, apa2 je la. Suka hati la korang nak pilih yang mana. 

Setakat beberapa hari aku pakai dan explore fonepad ni, aku boleh cakap yang aku sgt berpuas hati dengan fonepad ni. Gambar HD, game best2 boleh main tanpa lag, dan processor boleh run dengan smooth. Korang leh web surfing, dengar lagu sambil download game kat Play store. Takde masalah nak bukak 2 -3 keje sekaligus. Graphic HD, Sound speaker sedap, Kamera cun (8 megapixel) di samping korang leh edit gambar tu mengikut apa yang korang nak. Overall, I really enjoy and love using this phone. And, ada stylus di belakang fonepad ni yang korang boleh guna anytime andai korang nak tulis doodles ke, apa ke..tak kisah. 

Di pasaran, harga fone pad note 6 ni dalam RM1000k++...tapi, husband aku berjaya belikan dengan harga RM898. Not bad. Don't worry, even harga dia lagi murah, still fonepad ni original. Time aku beli, fonepad ni baru lagi sampai Malaysia. Dikeluarkan pada March 2014. So, kira barang baru lagi la. Asus fonepad ni cuma ada dua warna je, Hitam dan putih. Aku beli warna hitam.

So for those yang maybe wanted something new, or inginkan kelainan dalam gadget anda dan budget yang bersesuaian, why not try out this one...bak tagline Asus "In Search of Incredible"....affordable budget with powerful quality.

Till then peeps!!

P/S: Pendapat adalah luahan penulis semata. Sumber gambar Google.




Sunday, 20 April 2014

Hipokrit VS Diri Sendiri

Korang pernah rasa lemas tak kengkadang cuba asyik nak jaga hati orang lain, cuba nak puaskan hati orang lain semata2 taknak diorang sumer ni terasa mahupun sakit hati? Kalau tak banyak, maybe sekali sekala mesti terasa jugak kan? Seriously tiring kalau semuanya dibuat demi orang lain, tapi hati sendiri makan hati berulam jantung..tension kan?



Majoriti kebanyakan orang akan lebih bersikap hipokrit dan mengiakan jika sesuatu perkara itu tidak menepati kehendak mereka. Nak buat macam mana, realiti kehidupan memang macam tu maa, nak komplen? Aku boleh bet diorang akan cakap macam ni;

"Biasalah..ni lah realiti kehidupan sekarang!

"Nak hidup..kenalah hipokrit sket.."

See? Ini adalah a few examples of feedback yang pasti aku akan dapat kalau aku bertanya pada orang. *rolls eyes*

But, salahkah jawapan macam tu? What do you think?

To me, i don't blame them. Hakikatnya memang itu yang berlaku. Aku pun sometimes terpaksa jadi hipokrit. But, kalau ye pun terpaksa hipokrit, jangan hipokrit terus. At least, maintaining some of your dignity & pride is more important. Tak perlu nak ikut sgt dengan orang lain, jadi diri sendiri sudeh.

Contoh paling senang, andai korang dah bekerja, things like this will always haunt you. Especially kalau bekerja tempat yang suka main politik. Dirty office politics!. Too bad I am working in such organization where you have to lick someone else shoes & everyone is just plain hypocrite! Including me. Oops, not all of me, just part of me. I hate being hypocrite, but there are times where you just need to be hypocrite like everyone else. Reason? If you love your job then being a hypocrite might be essential a little. Could save your damn ass some time, right? You have to be wise and at the same time maintaining your personality is very important!. Sometimes you have to choose sides? What you should do? Pada hal dua2 side tak boleh pakai. So, to be in a safe side, I usually act as neutral. Dan lebih baik mendiamkan diri.

Sometimes, being  a little hypocrite is ok. Tak semua orang boleh terima kita seadanya. Kawan pun kengkadang bermuka2. Depan baik pastu tikam belakang. Things like this happened to me all the time so aku bukan senang nak percayakan orang. Talk about experience.experience. Heh.

Nak jadi diri sendiri..banyak cabarannya..antara tahan tak tahan je la..so, which one are you?

p/s: Pendapat adalah luahan penulis semata2. Sumber gambar google.




Friday, 11 April 2014

My Pick: Top 10 blogger pilihan!!

I believe everyone yang suka berblog atau terjebak dalam dunia blogging ni mesti ada pencetusnya. Samaada korang memang minat menulis dan open a blog on your own (like me), tak pun terpengaruh dengan some of the well known bloggers in Malaysia. Biar apa pun alasan korang, blogging sekarang ni dah jadi macam medium tersendiri untuk kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih luas di alam maya. Kecanggihan teknologi internet sekarang ni tiada batasan. Ada internet, berblogginglah korang kat mana2 jer. Yang penting ada tools. Ala..korang nyer Iphone, Ipad, Sony tablet, windows phone ..smart phone tu sumer hah. Berblogginglah anda di mana2. Janji, time nak menulis dalam blog, behave. Kang tak pasal2 ada yang kena tahan dok bagi komen emosi. Nah..just kidding. Sekarang ni kan ada blog adalah lifestyle. Yela..mana tau kalau blog best leh jadi cam the next Hanis Zalikha ke, Maria Elena ke, Yuyu Zulaikha ke, Mr K ke..who knows right? Glamer wei, siap jadi cover majalah, model, personaliti tv dan etc..janji muka kena lawa..

Dalam banyak2 blog kat Malaysia ni, aku rasa korang mesti ada fav blogger jugak kan? Tipu la kalau ko cakap tak ada. Takkan la tak pernah walk blogging nama2 besau dalam dunia blog ni. It's good at least kita walk blogging all these big names in blogging arena in Malaysia, setidak2nya kita tau kenapa diorang ni banyak followers. And, these are my top 10 bloggers yang ussually aku akan walk blogging..stalking their blogs...and the list goes..


Honestly. Aku dulu cuma suka walk blogging. But things change when I stumble upon his blog. Seriously, sempoi giler dan spontan. Lawak giler dok baca Mr K ni ngutuk gegirls but at the same time praise them cute. Not just that, entry dia tentang politik, agama, culture, Orang Melayu, Gadget dan macam2 lagi la menunjukkan dia ni memang otai bab2 blogging nih. Tag blog Mr K ni sempoi tapi memang lekat dalam kepala aku " Honestly? This blog will make you hate & love me at the same time". Totally correct. kalau korang baca entry dalam blog dia seriously samada korang akan tersengih2 sengsorang macam kerang busuk ataupun korang end up rasa nak kasi pelempang sekali kat Mr K ni. Kira blog aku ni sebenarnya agak dipengaruhi oleh style ala2 Mr K. But, slowly, aku cuba untuk adapt style aku sendiri. ye la, mana boleh lawan otai ma...blog aku kecik dan biasa2 jer. Kira syukur la ada orang gak datang baca. Identiti Mr K ni remain as mystery sebab dia tak pernah post gambar diri sendiri. Kengkadang aku nak tau jugak Mr K ni macam mana orangnya. Heh. Tapi, blog mamat ni dah lama tak berupdate..biasalah..remaja nak membesau...;p

Senyum sokmo!

Hah...blog dia ni aku suka baca masa time aku muda2 dulu dok sibuk google macam mana nak uruskan cash flow. So, baca blog ni pun secara tak sengaja jugak. Tapi tak dinafikan even blog Pakdi ni lebih kepada investment dan financial planning, style penulisan Pakdi  sangat santai, senang difahami  dan boleh dikaitkan dengan isu2 semasa. Tapi, dalam dok puji2 of course la dia pun buat sale gak situ. Kalau korang nak belajar tentang cashflow contohnya, boleh download e-book dia yang berharga RM30+. Ye la..sambil menyelam, minum air. Heh.

Iklan Colgate !

Ariff Shah ni hensem orangnya. Tapi..tak sehensem husband aku. Hahhaha. Blog mamat ni boleh tahan gak la entry dia. But sometimes aku terasa ayat yang dia selalu guna ada sedikit "skema" di dalamnya, but still, boleh layan la. Entry fav aku bila time dia kahwin. Sempoi giler majlis dia. Maybe sebab blogger lelaki ni tak suka nak letak gambar kahwin banyak2 sangat (cuba blogger pompuan..sumer nak letak..macam aku) so, gambar dalam blog dia pun takde la banyak mana, tapi, biarpun gambar tak byk tapi sweet sgt a few pictures yang dipost dalam entry tuh. Papepun, kira aku leh layan gak la entry mamat nih.



Actually aku tak kenal sapa admin blog ni. Yang aku tau, entry dia memang best dan sangat berinformasi. Banyak kisah2 yang aku rasa sangat best untuk dibaca yang berkaitan agama, politik dan jugak pengetahuan am. Antara entry yang menarik seperti Konspirasi MH370, kebijaksanaan Dr Mahathir, informasi tentang Dajjal dan banyak lagi. nak tau lebih lanjut..sila terjah website ni alrite?

Bukan Sekadar Rupa! Ko hader??


Compared to the rest of the blog above, blog ni paling santai. Ussually kalau aku maleh nak baca benda2 yang terlalu berat ataupun nak baca something yang lebih santai. Aku suka walk blgging blog ni. Entry dia macam2. Variety la katakan. Informasi ada, hiburan ada, santai pun ada juga. Kalau otak aku tengah jam mahupun tension, aku terus usha blog ni.


Beauty with brain!


Honestly...dulu aku anti giler sket dengan keknis ni. Biasalah..tak kenal maka tak cinta. Dulu aku pikir kalau orang lawa of course la ramai orang suka follow kan. But actually it's not true. She's a real beauty with brain. First time aku terjah blog dia dan baca post2 dia yang lama2, aku semakin tertarik dengan gaya penulisan dan personaliti Hanis Zalikha ni. Entry dia memang buat aku macam rasa gini.."Wow..camner dia leh ada idea nak tulis macam ni ek?". Kira ada wow factor la kan..dan..sampai sekarang..aku suka follow blog dia.. :p.

An apple a day makes your day! 



Kalau korang suka makan epal korang mesti kenal dengan blogger yang lebih dikenali sebagai Cik Epal. Blog cik Epal ni ala2 blog Mr K la jugak. lawak yang amat. Tak tahan dia dok canang dalam blog dia.."tang celah hazebedah mana" yang sekarang aku suka dok quote jugak berkali2 depan husband aku. Entry dalam blog dia ni lebih berunsurkan promosi kepada sesuatu produk mahupun event. But, uniknya blog Cik Epal ni adalah cara dia sampaikan mesej dan info tentang sesuatu produk tu. Funny, but at the same informative. Plus..she's an ex-UIA student. Heh.


Kembar Lisa Surihani! 


Antara nama besar jugak dalam dunia blog. Lawa orangnya. Manis pulak tu. Sekali tengok ala2 Lisa Surihani pun ada.. Entry dalam blog dia ni kebanyakannya berkisar tentang kehidupan dia, dari zaman dia kahwin, ada husband dan dah ada anak. It's kinda enjoy baca pengalaman wanita2 yang dah kawin ni ha. Ye la..aku pun dah berkahwin, dan bersuami ..tinggal nak dapat baby je ha..(Insya Allah). So, bila baca tentang semua pengalaman ni, agak teruja dan enjoy jugak la baca sambil relaks2 tak buat hapo bondo pun...Plus, she's an ex-UIA student. Heh.


Muslimah next top model!

Blogger kecik molek dari Langkawi ni sweet sungguh orangnya. Masa aku tengok video kahwin dia, lembut je orangnya. Cakap pun lembut tak macam aku yang kalau cakap kuat bebenor hoh. Bak kata husband, bingit telinga dibuatnye. Aisey, you're so sweet bebeh. Pape pun biarpun orangnyer kecik molek, blognyer boleh tahan besau followers nye. Entry dia pun kira aku leh layan la. Same like Namee Roslan, entry lebih banyak berkisar tentang everyday's life dan juga aktiviti tuan empunya diri sendiri yang juga seorang model.Kelas kau! Plus..she's an ex -UIA student.

Fashion is my "STYLE"

Like the rest, you guys sure knows this stylo lady who just got married recently and her wedding were on air a few weeks back on Astro, in Raikan Cinta. Anyway, dalam kesemua blog yang aku nyatakan, hanya blog dia sahaja yang berbahasa Inggeris sepenuhnya. Tak macam blog aku yang rojak sana sini ok. First time aku baca blog dia, hati aku terdetik, untungnya minah ni sebab melalui blog dia, i know she got $$$$$ and have a good family. Ye la, kalau korang sempat tgk Raikan Cinta tempoh hari, betapa grand giler wedding minah ni. And, if you read her blog, she will story in detail tentang every single moment on her wedding journey. And, aku notice jugak minah ni ada haters. Entahlah..But to me, in my humble opinion, she should keep some privacy and not telling people every single things about it. I mean come on,  even blog tu adalah blog kita sendiri tapi tak bermaksud kita boleh terlalu open dengan life sendiri. These  crazy world we are living, anything could happen, don't you think? Kalau dia terbaca blog aku ni (maybe not), no offence ok..just my two cents...

Dan...jeng jeng jeng..apakah persamaan aku di antara 5 blogger wanita di atas?? We are all UIA student!

Till then peeps!

P/s: Pendapat hanya luahan peribadi penulis semata-mata. Sumber gambar google. Utk Mr K & Blog Bisu.com..gambar tidak dapat dikesan XD!

Monday, 7 April 2014

Andai suami jauh lebih muda..

Yeah baby..lama gak aku tak mengupdate blog buruk dan kecilku ini ya? Busy dengan kerja dan personal life melayan suami.. ..pfft! Ok, enough about that.

Entry yang ni actually dah lama aku nak post, tapi disebabkan time nak buat entry ni jer, aku dok cover topik lain..tup2 lupa. So, memandangkan otak tengah agak tepu nak buat entry apa, so, aku pikir eloklah habis entry yang dah lama tersadai ni haa...

Seperti topik diatas, korang kisah tak andai suami lebih muda dari korang? kisah tak? kisah tak? Kisah? tell me why? Kalau tak kisah, tell me about it as well...heh. Well, if you ask me, I dont mind at all. Sebab, husband aku 7 tahun lebih muda dari aku and his wisdom... makes him more older than me. Masuk tahun ni aku dah 30 tahun. Sudah jadi 3 series maa..(haiya..) I dunno. Entah, everytime kitaorang keluar, orang mesti cakap aku lagi muda dari dia, padahal aku lagi tua dari dia.Maybe sebab husband aku ni muda2 lagi dah ada uban kot (abg syg..jgn mare ek..wink..wink). Tu pasal orang selalu salah sangka. Even dia muda sekalipun, aku tak pernah kisah tergugat ke apa ke..sebab, lelaki ni kalau tua ke..muda ke..tetap lelaki, tetap ketua keluarga. Kita still lagi kena dengar cakap dia. Even dia muda pun, banyak benda yang dia lebih tahu dari aku. Plus, even gaji dan jawatan aku lagi tinggi dari dia..balik rumah, he's still my boss that I need to serve. Although sometimes tu ada gaduh2 manja, garang jugak la..sebab aku ni kan pemarah orangnya. Tapi, gaduh pun tak lama..selalu aku jugak yang kena pujuk balik. HAHAHAHA.

Having said that, ada setengah orang (refer to gegirls) yang preferences dia tak suka lelaki muda. Tak kisahlah. Maybe ada yang anggap kalau lelaki lebih muda, sebaya jika dijadikan suami tak matang lagi. But, yang ini subjektif la wei. Tengok orang jugak. Even kalau orang tu lagi muda dari kita tapi lebih bijak dan berpengalaman, aku still lagi consider dia tua dari aku. Sebab, compared to age & knowledge, knowledge is older than age, don't you think? Age is just numbers, so why making it such a big deal? Ada jugak umur dah nak masuk pertengahan 30-an, tapi, tak matured langsung! self confident rendah dan pemalu tak bertempat, pastu asyik suruh isteri jer yang buat keje atau settlekan something. Baik tukar jantina la ek lepas tu. Sangat tak macho ok. I have dated guys which is older than me, same age with me and a little younger than me. And guess what, nothing good happens. Chemistry is not there. And, I know they don't accept me the way I am.

From my experience, husband aku adalah orang keempat dan yang terakhir. Officially, and yes, aku ni bukannya baik sangat pun, biasala..zaman muda2  banyak benda bodoh2 yang pernah aku buat dan bila sampai di tahap ni dan berkahwin, bila aku imbas balik zaman jahiliyah dulu2..rasa kelakar pun ada. But then..it's our way of life..i did make mistake and stupid decision but then ...belajar dari pengalaman. So far, aku happy sgt lepas berkahwin. Hidup lebih terurus dan bersyukur dapat seorang husband yang terima aku seadanya dan sangat memahami. :)

Muda ke tua ke, terpulang pada diri sendiri. Kalau dah suka nak buat macam mana. Yang tua pun nampak lawa cam Song Hye Gyo..takpun cam Emma Maembong. Cute ape..Ahaks. Again, age is just numbers. Yang penting adakah dia terima kita seikhlas hati. Tu yang paling penting.

Yang bestnyer dapat suami muda ni..jiwa sentiasa muda gitu..hahaha. I dunno about other people but sometimes its fun sekali sekala ikut jiwa orang2 muda ni ha..nak berekreasi ke, beriadah ke, buat lawak ke,...ada je benda2 lawak yang best yang kita leh layan. Heh.

Last but not least, kalau suami muda, so long dia adalah ketua keluarga, hormatlah. Yela,...sometimes maybe ada benda yang dia buat kita tak leh nak terima due to kita lebih dulu makan garam, but then try support him in the other way around. Lagi satu, suami sukakan isteri yang boleh beri pendapat dan matang dalam membuat keputusan. Even aku ni pun jenis yang gedik jugak kengkadang bak kata husband aku..mengada2, (eleh..dia pun sama), still, when the time comes which I need to be serious & matured, I will be. Biasalah..dgn husband tercinta je la kita leh dok mengada2 ni kan...Heh.

Me, My Aishiteru & my niece
Till then peeps! Ciao!


p/s: pendapat hanya luahan penulis semata2.