Nuffnang Ads

Sunday 27 April 2014

Review Gadget: Asus Fonepad Note 6

Hi hi...bertemu lagi di rancangan entry terbaru di blog comey ini iaitu..entry gadget terbaru!! Yippie!!

Ok..ok..fine..opening entry ala2 Di mana Joe Jambul pulak gamaknya. (Sapa budak2 80-an mesti tau dengan program show ni).

Anyway, aku cuma nak bagitau, kalau dalam entry lama2 aku, aku dok gebang pasal Nokia Lumia 520 aku tu. Ye la, itu adalah phone dalam kira2 9 bulan lepas yang aku dah beli dan aku dah bagi rating yang sangat memuaskan hati. But, having said that, 3 hari lepas aku beli jugak phone baru. Oopss! Ada ala2 khianat tak kat situ? Dak eh..mana ada khianat , saja gatal nak tukar phone lain...ecececece (Riak nampak??). 

Ceritnya macam ni, aku dok berkenan plak nak pakai phone gedabak besau. Kalau Lumia aku dulu 4 'inch punya screen, sekarang tamak haloba plak nak pakai yang 6 hingga 8'inch, rasa cam best la plak kalau ada screen lagi besau dan HD gamaknya. Dipendekkan citer, time aku tengah berdating dengan laki aku kat Jusco Wangsa Maju tempoh hari, aku pun dok main2 la Samsung Galaxy Tab 8'inch kat demo table kat sana. Main punya main..macam best pun ada benda alah ni. SO, aku bagitau husband nak beli yang macam ni, husband aku cakap ok tapi jangan beli kat situ. Dia akan carikkan lagi murah untuk aku. SO, aku pun oklah.

Keesokkan harinya, husband aku bagi aku try Samsung Galaxy Tab kawan dia, suruh try testing ok tak kalau nak beli tab ni. SO, aku pun happy la.. Tapi, ku sangkakan air ada hingga esok pagi, ada catuan air plak di malam hari...Pfft!! Terus, tak jadi nak beli Galaxy tab ni. Dahlah slow, pastu..biasa2 je la.. Main internet hang habis! Laju lagi Lumia aku, tak pun Sony Tablet aku tu ha..

So, aku cakap kat husband aku, taknak beli la galaxy tab ni..aku nak beli phone lain. Cari punya cari..terberhenti jap kat HTC One Mini, tapi harga bapak mahal. Dalam RM1000K++ So, husband aku tak approved. In the end, husband aku jugak yg dok carikan phone terbaik untuk isteri dia yang suka muncung macam budak2 tak dapat mainan. Aku tau..aku memang mengada, gedik dengan husband aku. Heh. 



And finally, husband aku cadangkan amik Asus fonepad Note 6. Sebab apa dia cadangkan Asus? 

   1- Asus adalah brand laptop yang power. Sumer laptop dia boleh dikatakan ada kelasnya yang tersendiri. 

   2- Handphone kalau pakai processor based on laptop/netbook  memang laju. Kalau nak kata cepat hang           tu, jarang la.

  3- Boleh main game HD gila2. So, bila balik keje je husband aku dengan selamba amik beg tgn aku carik          fon ni dan main game. Sabau je la..tengok? ada unsur2 sambil menyelam minum air tak kat situ?? Heh.

So, kat sini plak aku copy pastekan je specs Asus Fonepad Note 6 ni:



  • Operating System
    AndroidTM 4.2
  • Display
    6" LED Backlight Full HD (1920x1080) Screen
    Super IPS+
    10 finger multi-touch support
  • CPU
    Intel® Atom™ Z2580 Dual-Core, 2.0 GHz
  • Memory
    2GB
  • Storage
    16GB/32GB eMMC *1
    5GB Life Time ASUS Webstorage Space *2
  • Network Standard

    DC-HSPA+ UL:5.76 Mbps/DL:42 Mbps
    3G :
    WCDMA :
    850/900/1900/2100
    2G :
    EDGE/GSM : 850/900/1800/1900,
  • Wireless Data Network
    WLAN802.11 a/b/g/n
    Bluetooth V3.0+EDR
    Miracast support (does not support HDCP)
  • Camera
    1.2 MP Front Camera ( 720p Video Recording )
    8 MP Rear Camera with Auto focus( 1080p Video Recording )
  • Audio
    Stereo Speakers with SonicMaster technology
  • Interface
    1 × Audio Jack (Head Phone / Mic-in)
    2 × Stereo Dual front speakers
    1 × Digital Microphone
    1 × MicroSD(SDHC),supports up to 64GB of additional storage
    1 × Micro-USB(USB OTG support)
    1 x Micro SIM *4
  • Sensor
    Motion sensor
    G-sensor
    E-Compass
    Ambient Light
    Proximity
    Gyroscope
  • Battery
    7 hours; 15Wh Li-polymer Battery *3
  • Standby Time
    490 /334 hours(2G/3G)
  • Talk Time
    23 hours(2G)
  • Navigation
    GPS, GLONASS & AGPS
  • Dimensions
    164.8 x 88.8 x 10.3 mm (WxDxH)
  • Weight
    210 g


*Source - Asus .com


Actually, Fonepad Note 6 ni lebih kepada tablet dari Smartphone. But dont worry folks,korang still lagi boleh buat call sebab fonepad note ni adalah 2 in 1. But, bear in mind yang fonepad ni guna microSIM macam Lumia. Nasib baik aku memang guna microSIM. kalau takde microSIM ni, korang leh mintak SA tolong potongkan dan masukkan SIM card utk korang. So, everything is very much complete here.

Satu sebab kenapa aku setuju nak beli fonepad ni jugak adalah disebabkan aku nak kan something yang boleh comparable to Samsung Galaxy Note 3. In fact, berdasarkan apa yang aku baca before aku decide nak beli phone ni, Kalau budget korang tak byk untuk memiliki sebuah Handphone macam Samsung Galaxy Note 3, korang still lagi boleh dapat handphone dalam qualiti yang sama dalam Asus Fonepad Note 6.Sangat berbaloi. First of all, by the time aku try Samsung jer, dah tau, kami tidak compatible. Even aku pegi sana sini pun, masing2 dok hurung Samsung, takpun Iphone. Aduyai..punya la byk choice handphonde dalam Malaysia ni, dua ni jugak jadi pilihan..well, apa2 je la. Suka hati la korang nak pilih yang mana. 

Setakat beberapa hari aku pakai dan explore fonepad ni, aku boleh cakap yang aku sgt berpuas hati dengan fonepad ni. Gambar HD, game best2 boleh main tanpa lag, dan processor boleh run dengan smooth. Korang leh web surfing, dengar lagu sambil download game kat Play store. Takde masalah nak bukak 2 -3 keje sekaligus. Graphic HD, Sound speaker sedap, Kamera cun (8 megapixel) di samping korang leh edit gambar tu mengikut apa yang korang nak. Overall, I really enjoy and love using this phone. And, ada stylus di belakang fonepad ni yang korang boleh guna anytime andai korang nak tulis doodles ke, apa ke..tak kisah. 

Di pasaran, harga fone pad note 6 ni dalam RM1000k++...tapi, husband aku berjaya belikan dengan harga RM898. Not bad. Don't worry, even harga dia lagi murah, still fonepad ni original. Time aku beli, fonepad ni baru lagi sampai Malaysia. Dikeluarkan pada March 2014. So, kira barang baru lagi la. Asus fonepad ni cuma ada dua warna je, Hitam dan putih. Aku beli warna hitam.

So for those yang maybe wanted something new, or inginkan kelainan dalam gadget anda dan budget yang bersesuaian, why not try out this one...bak tagline Asus "In Search of Incredible"....affordable budget with powerful quality.

Till then peeps!!

P/S: Pendapat adalah luahan penulis semata. Sumber gambar Google.




No comments:

Post a Comment