Nuffnang Ads

Wednesday, 29 January 2014

Game ON : Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)

Hari Ahad hari tu aku berkesempatan menonton AJL yang ke 28, dan aku tak nafikan yang persembahan masing2 memang hebat, ada kelas dan semestinya havoc..hehehe...overall rasa memang tak boring tgk persembahan semua contestant..especially HyperAct, yg lagu dia Hanya Aku tu memang berhantu bagi aku...yang lain2 macam Stacy, Hazama & Penglipurlara, Black..vokal masing2 memang mantap.



Kat bawah ni aku senaraikan keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke -28

Juara Lagu ke -28 - Hafiz (Bahagiamu Deritaku)

Runner UP -Hyper Act (Hanya Aku)

3rd Place - Altimet & Awi Rafael ( Kalau Aku Kaya)

Best Performance- Jaclyn Victor (Ikut Rentakku)


So far, keputusan masih sama mcm tahun lepas. Hafiz sekali lagi mempertahankan kejuaraan dia. Well, based on vocal, presentation apa sumer boleh kata layak la dia menang tapi maybe juri2 patut pertimbangkan untuk juara bergilir setiap tahun kot. Apa kata letak Hyper Act jadi juara tahun ni dan amik Hafiz jadi persembahan terbaik, but again, this is just my personal opinion. Just my two cents.

Persembahan Stacy mmg best sbb aku sgt amazed dgn dia ni yang boleh menyanyi dan menari at the same time! Still vocal mantap dan tarian dia mmg energetic. Bawak Zombie skali menari kot..hahaha

Hazama & Penglipur lara yg pada aku sgt menepati tema malam tu. Sgt kreatif I tell you. Tapi maybe kalau kat overseas if you see W-inds concert, gimik mcm tu dah biasa diorg buat. But anyway, very interesting.

Black pulak terlalu sempoi tapi vocal dia mmg power sentiasa! takpe cuba lagi!

Dan Najwa latif..biasa jer.Heh

Chow.

p/s: sumber gambar google.



Saturday, 11 January 2014

Erul - AF9 Contestant Rocks KPOP Star Hunt Season 2!!

Helo..hai..hai..hai..ok..aku takkan tanya korang dah makan ke belum. Aku zip mulut aku. HAHAHA. Dah..m**** ke? Mengada2.Lempang kang baru tau. *DUH*.



Anyway..masih ingatkah korang pasal seorang remaja ni..hehehe..aisey apsal aku punya ayat skema sungguh plak ni? Ok..Ala..mamat sorang ni yg pernah masuk AF9 dulu? Akademi tak berapa nak fantasia sangat tu ha..Dulu aku layan gak AF ni..tp sampai AF3 je la..pastu dah maleh nak layan sangat dah..

Anyway, Erul atau nama sebenarnya Khairul Najmuddin Abu Samah (Amboi panjangnya nama..) adalah salah seorang peserta AF9. But, luck might not be in his side bila langkah dia tak panjang dalam AF tu. Aku rasa ramai kot yang dah tau pasal dia berjaya masuk KPOP Star Hunt Season 2  dan berjaya menjadi Naib Juara dalam pertandingan tuh. Siap orang Korea puji suara dia lagi. Perrgh..respek aku kat mamat ni. Dia ni baru jer awal 20 an tapi bakat dan usaha yang dipertalentkan memang bagus! A great job well done i should say! Lepas abis jer contest ni tetiba jer nama Erul makin popular dan makin dikenali.

Aku bukan nak cakap pasal dia masuk contest Kpop Star Hunt tu sebab ramai yang dah tau. It's just that tergerak hati nak bercakap pasal benda ni sebab Erul adalah contoh terbaik yang boleh dikatakan sebagai role model. Kalau tak berjaya dalam sesuatu pertandingan, don't give up and keep looking for chances. Kuncinya senang jer. Jangan putus asa. Tak kisahlah pertandingan macam mana pun. Dalam kes Erul, Maybe bila masuk AF9,talent dia tak berapa nak terserlah atau mungkin jugak sebab tak kena gaya. Komen2 yg diberikan oleh juri2 AF tu kengkadang bukannya boleh pakai sgt..mengarut je kengkadang aku tengok. Yang bagi komen tu pun bukannya purely sings a song or bla..bla..bla..komen entah apa2. SO, tak payah nak amik pot sangat.

I think Erul knows his own potential and deserves a better chance. Sebab tu dia cuba untuk mencari potensi diri yang lebih di luar negara. And he likes Kpop. See, kalau kita minat sesuatu, susah macam mana pun kita sanggup buat. Sama la jugak mcm nak ngorat awek atau balak ye tak? bersusah payah gitu. Dan aku tengok latihan dan mission dalam Kpop Star Hunt tu mmg tough dan only the best jer yang boleh tahan sumer tuh. Bukan senang kot nak berada kat negara orang, berlatih dengan contestant lain yang purely international. I work with international people and I know how hard it is! Aku suka style dia menyanyi dan he sounds like a real Korean people. Err..maybe even better.

Despite I'm saying so, judges utk Kpop Star Hunt ni pun agak tak leh pakai jugak pun ada. Bila time Erul ada je yang tak kena. Jgn lebih2 adlib la.. takleh nak buat gaya sendiri nyanyi lagu orang lain la..tapi..bila pompuan yang nyanyi.bukan main "miang". Suke saja. Hahhaha. Bila time Erul wat persembahan jer buat muka. What the f***?. Agak sarkastik kat situ. Sometimes, bila diorang komen tentang Erul cakap tak serupa bikin, komen pasal seorg lagi girl contestant yang buat benda yang sama bole plak? Tak paham aku. Well, whatever it is, most viewer yang tgk Kpop Star Hunt ni dah tau sapa the real winner. Kriteria apa yang diorang nak utk Kpop Star Hunt ni? Tak semestinya yang menang tu terbaik. Nasib baik jer. Heh.

Erul mengingatkan aku pada seorang artis dari Korea know as K. Dia orang korea tapi dia lebih popular di Jepun. Despite epik songs such as "Only Human" dan "Over" (Both is a soundtrack song from a drama), K lebih menyerlah dan diterima di Jepun dari negara asalnya sendiri. In fact K sendiri pernah menyatakan yang dia agak kecewa dengan penerimaan orang2 dari negara asalnya sendiri dan sebab tulah dia mencipta nama di Jepun.

Kadang kadang orang kat negara sendiri pun confuse what is talent. I guess. Sebab tu kalau artis dari program realiti ni, not all but some of them tak leh pakai sangat. Ye la..yang undi dia pun..sedara mara dia jugak..Heh. Tak laku...jadila dj radio..Oops..tak pun personaliti Astro.


Chow.

p/s: sumber gambar from Google.
Pendapat hanya luahan peribadi penulis semata-mata.






Monday, 6 January 2014

Review Movie: Rumah Sewa RM50 yang sucks!!

Hai..hai..Buat per? Tito? makan? Aku rasa everytime aku buat entry mesti tanya soalan yang sama kan? Hahhaha. Sorry kalau korang sumer boring..



Anyway, dah lama tak buat review filem even banyak gak filem sepanjang tahun 2013 yang aku tengok. Antaranya Carrie..KL Gangster 2, The Hunger Games - Catching Fire, The Hobbit - Desolation of Smaug, PAKU dan yang paling latest..Rumah Sewa RM50.

Dalam banyak2 filem yang aku tengok ni..sumernya aku taknak komplen ke, review ke apa ke sebab memang orang kata berbaloi la spend duit dan tengok movie ni. Tapi, malam sabtu lepas memang aku sangat frust dan rasa cukup menjengkelkan bila aku dan husband aku tengok movie "Rumah Sewa RM50". 

Aku ni bukannya suka sangat tengok citer hantu ke apa ke..sebab aku ni penakut tapi seriously dan first of all..movie ni cukup memalukan dan what a disgrace I tell you!!. Aku cakap memalukan sebab efek murahan dan cerita pun tak paham apa yang nak diceritakan dan "disgrace" adalah disebabkan nama jer rumah sewa RM50 berdasarkan cerita rumah hantu yang cukup popular kat Shah Alam, Seksyen 2 tuh tapi..bila tengok..tersangatla lari dari tajuk!

Dengan barisan pelakon yang entah apa2..skrip yang cukup lemah..suka ulang-ulang dialog yang sama..sikit2 hantu nak interframe lebih..siap ada undangan istimewa"Hantu Kak Limah" Dey..ada aku kisah ko panggil hantu kak limah sekalipun? Semua ni memang menjadikan movie Rumah Sewa RM50 ini sebuah movie membazir duit aku jer tengok kat wayang! Nak mengutuk lagi ada la!

The reason kenapa aku macam bengang betul dengan movie ni sebab aku dah tengok yang version drama, "Banglo Seksyen 2" awal bulan Disember tahun lepas dan story dalam drama tu memang sangat memberi impak ngeri dan takut pada penonton. In fact aku pun memang follow citer tu dan kira  Dan aku paham apa yang diceritakan. Semua aktor/Aktress yang  berlakon dalam drama tu memang tip top dari segi lakonan dan tidak kaku. Apa yang diceritakan dalam drama tu sebijik macam apa yang kita baca dalam internet masa time cerita Banglo tu tgh hot. So..memang aku tabik giler kat pengarah drama tu. That's why nak try cuba tengok versi movie plak. Tapi, bila tengok..apa la ke lahanatnyer diubah cerite ni dah jadi macam Zoo hantu2 pulak aku tengok. Kejap hantu bawah katil muncul..kejap hantu kat luar..kejap hantu kak limah mengilai macam orang bodoh..pulezzlah!

Walau apa pun view yang cuba disampaikan oleh pengarah M.Jamil untuk cerita ni..tolonglah jangan dirojak ataupun dimomokkan cerita ni! Habis hilang takut dan originaliti. Agak2 katakanlah kalau ni memang adalah kisah benar pernah berlaku apalah perasan budak2 yang pernah tinggal/menyewa kat Banglo Seksyen 2 ek? apa agaknya reaksi diorg? I dunno. In fact, kalau ye pun nak cut cost..cari la pelakon yang semenggah sikit bole? Sakit mata wei tengok!

Despite all that..part yang aku rasa paling lawak bila sorang kawan diorg berbangsa India bertubuh gempal kena rasuk. Jadi lah ChandraMukhi  ketuk2 tumit kaki pakai gelang...HAHAHAHAHAHAHA. Part ni satu wayang kot gelak macam orang giler..siap si M.Jamil ni speaking Tamil lagi..Kahkahkaha...sengal!

Aku rasa dari dia (Pengarah) nak buat movie Rumah Sewa RM50 baik dia tukar tajuk jadi "Semalam di Zoo Berhantu".. lagi sesuai kot.

Chow.

p/s: Gambar sumber Google.