Nuffnang Ads

Tuesday, 20 October 2015

Berhenti atau bertahan??

Yeah I know. Aku still lagi stuck kat tempat keje lama. What to do..time nak berhenti jer ada je halnya. Kadang-kadang aku rasa bos2 aku ni  macam tau2 jer aku nak berhenti kerja mulalah dok offer special performance KPI la..apa la..bla2..but in the end, sama jer. Ye, betul. Memang gaji naik tapi rasanya sekarang tahap stress melampau giler. Tak mampu nak cope sangat dah. 



Company makin besar yang buat keje untuk the whole company sorang jer. Bila request nak mintak hc (head count) baru ada je alasannya. Company takde budget la..tak nak orang ramai2 buat benda sama. Nanti takut aku yang takde keje apa sumer. Hmm..alasan cliche betul.

Anyway, rasanya memang dah sampai masanya kot aku berhenti dari company ni. Sebab:


1- Kerja dah terlalu banyak. Especially lepas banyak lauch system baru. System yang ada pun tak terbawak lagi ni ha. System yang masih belum stabil dan launching pun agak2 tergesa2. Keje aku double the work sebab perlu raise PO for the whole company dan utk semua HR business Partner, Mgr dan HOD. Masak..masak


2- Banyak yang diterminate/resign tanpa sebab. Pastu tak pernah tau pun orang tu resign. Padahal yang resign ni semuanya yang sgt berpengalaman, macam aset untuk company tapi tau2 dah takde. Hmm..Weird enough.

3- Susah nak buat payment sebab banyak sangat karenah system. Kalau suplier takde kena buat request, pastu kena tunggu dept in charge buat pastu kena raise PO dan tunggu approval dan bla..bla..Even submit on time pun belum tentu payment tu dibayar.

4- Ramai yang dah resign dari sini. Yang resign tu pulak sumer pernah jadi otai2 company. Now, hanya tinggal kenangan.

5- Environment yang serius sangat tak best. Masuk kerja as if kepala tu dihalakan pistol suruh buat kerja. Kerja bertimbun tapi masa tak mencukupi. Now its not about time management anymore.

6- Everybody is just taking care of their own ass. Actually, aku tak kisah pun tapi kat company aku ni menuding jari kepada orang lain tu adalah perkara biasa.

6- Selalu terlibat dalam kepentingan politik pejabat yang entah apa-apa. Padahal benda kecil je pun.


7- Tak de langsung sikap hormat mahupun percayakan team members yang lain. Dalam kes aku. ini yang paling ketara. 

7- Disebabkan manager sumer bangsa "cha ya nun  alif" sumernya bertutur dlm bahasa ibunda diorang. Kadang terbawak ke bangsa lain. Baik jenis ni mahupun jenis botol kicap. Nak cakap bahasa ibunda sendiri boleh tapi kalau kat pejabat ni tak payah nak cakap sangat la..kata international company.

8- Company asyik potong budget tak habis2.

9-Boss pun jarang bertegur sapa dengan staff sendiri. Asyik nak buat muka jer 24 jam. Kata orang lain tak profesional dia sendiri pun sama.

10- Stress bekerja dengan ramai hipokrit, Aku tau hipokrit ada kat mana2 tapi kat sini, mak aii..Depan baik ..once you off guard, memang kena tikam belakang la jawabnya...


Aku suka kerja aku. Itu sahaja yang membuatkan aku bertahan hingga sekarang, tapi aku rasa sekarang ni..banyak yang dah berubah dan perubahan tu tak mendatangkan kebaikan sangat. Memang masalah kerja tu ada dimana2 dan belum tentu kalau di tempat baru aku takkan mengalami perkara yang serupa tapi mungkin ada baiknya aku menukar kerjaya. 

So..its time.

Kalau korang, korang macam mana pulak ek??

p/s : Pendapat hanya luahan peribadi semata2.






Tuesday, 13 October 2015

Lagi lagi Yadah...!

As promised..more on Yadah products which I have bought and tried XD

Here goes my review: 

Source from Google


Yadah Auto Lip Crayon- Cotton Candy

Lip crayon pertama yg pernah aku try. And, I'm loving it. Betul. Masa memula pakai aku tak reti sgt nk apply sbb ianya crayon, so bila aku pakai warna dia nmpk mcm merekah sikit, maybe sbb bibir aku ni jenis cepat kering. Tapi, lepas aku try pakai sekali dengan lip gloss, color dia memang nampak menyerlah, nmpk sangat natural. So bila aku nk pakai lip crayon ni, just dab2 sikit kat bhgn tgh bibir, pastu ratakan dgn jari dn sapu lip gloss sikit. And..wallah, you're ready girl. Ada lima pilihan warna menarik, Cotton candy, Rose Coral,Pink Candy, Tangerine Orange dan Dazzling Red. 

Source from Google


Yadah Lovely Lip Tint  Lipstick- Cherry Punch

Sama jer application/cara nak pakai. Tapi mungkin aku lebih sesuai pakai Lip tint ni dari Lip Crayon. Warna lipstick ni pun memang cantik. Nampak natural. Sebab aku ni jenis tak berapa suka nak mekap tebal sangat2. Kalau aku maleh nak pakai blusher, aku pakai lip tint ni jer sebab warna dia pun memang dah menyerlah. So, tak yah nak letak banyak sgt color kat muka.hua3. Lip tint ni pun ada 5 pilihan warna jugak, Vanilla Latte, Peach Slush,Strawberry Smoothie, Orange Ade dan Cherry Punch.

Source from Google

Yadah BB Concealer for Sensitive Skin

Concealer yang cukup lembut pada kulit. Sebab kalau concealer tu tak sesuai kat muka aku, confirm lepas tu break out. Sebab ianya based from natural based ingredients dan aku memang terus attracted kat concealer ni. Aku jarang pakai BB cream but this one really does the magic.

Satu je la, BB concealer ni medium coverage je la pada aku. Aku still kena touch up pakai Yadah Air Compact powder.

But, still a good concealer to try. Worth it.


P/S: Honestly speaking, I am officially Yadah's product lover now..HUA3

Monday, 12 October 2015

Yadah Air Powder Pact Review

Selalu dengar pasal produk Yadah ni. Apa benda Yadah ni? Jenama apa? Dari mana? Yadah? Apa tu Yadah? Apa ke jadah?

In the end, aku pun terpengaruh gak nak pakai Yadah ni. Ni semua gara2 terbaca entry 
Namee Roslan. Good entry anyway...tu pasal terpengaruh.. Hihihi.. Baru la dok kenal produk Yadah ni haa.. 

Sumber gambar google


Rasanya, mungkin aku ni dah ketinggalan zaman sikit kot bab2 produk Korea ni. Ini first time baru nak cuba try produk makeup dan kecantikan dari Korea. Dulu masa zaman2 Hansaegee famous, takdela tergerak hati sangat nak try makeup2 k-pop ni tapi entah kenapa aku tergerak hati pulak nak try produk ni.

Yadah ni produk dia memang natural based ingredients. Dan kebetulan pulak aku ni tengah cuba nak cari alternatif produk yang aku pakai sekarang, sebab kebanyakannya mengandungi Paraben. So, kalau boleh , cuba nak elakkan produk yang macam ni. That's why aku decide nak try produk Yadah ni.

Dan, Yadah Air Powder Pact ni antara produk yang memula aku cuba try. Here goes my review:

1- Best. Make up nampak natural. Daya ketahanan menahan minyak kat muka aku ni boleh kata agak lama jugak. Even after lunch time, still tak payah nak touch up sangat.

2-Didatangkan dalam packaging yang sangat comel. Kiut jer muka budak rambut merah Yadah ni..Eii..rasa cam nak cubit2..

3-Sponge yang serius lembut dan sangat hygiene sebab ada tempat letak sponge sekali. Again, no break out or anything.

4- Harga standard la. A little bit expensive than Ronasutra but worth it. 

5- Suka sebab bila touch bedak tak nampak bercapuk. Aku pilih rona natural beige.


Con's untuk Air Powder Pact Yadah:


1- Medium coverage. Better pakai dengan any foundation/BB/CC/Concealer untuk impak yang lebih cantik.

2-Hmm..tu je kot. 


Overall, aku sangat berpuas hati dengan Air Compact Powder ni. Kalau aku maleh skit nak makeup lebih2 letak bb cream pastu touch up dengan produk ni pun dah ok. Settle.  

Korang boleh beli kat website ni Hermo.MY . Aku beli masa MYCYBER sale baru2 ni so memang jimat sangat2.

Try it ladies, worth it. :)
Yadah BB cream for Sensitive skin+Air Compact Powder+Auto Lip Crayon


Selain dari Compact powder ni, aku jugak beli dia punya Yadah Auto Lip Crayon (Warna cotton candy), Yadah Lip Tint & jugak BB Concealer for Sensitive skin. Insya Allah aku akan review next time.


P/S: Entry berdasarkan pengalaman penulis sahaja. Just sharing. Bukan entry berbayar.






Monday, 5 October 2015

Mr Gunpla Cafe...

Hari sabtu last week pegi lepak tempat baru. Tempat ni kira recommendation from one of my husband's friend. Mr Gunpla cafe. Tempat untuk semua pencinta Gundam..termasuk husband aku.

Gambar cafe ni aku google kat internet jer. Sebab tak sempat nak tangkap gambar kedai dia hari tu.
So, kepada sumer yang minat Gundam Seed, Wing, Destiny..bla..bla..hah bolehlah korang melepak di kedai ni. 

Add caption

Masuk2 jer..survey dulu. Pandang kiri kanan atas bawah dulu...nak bagi first impression kata ko. Overall..cool giler tempat ni. Tgk laki aku...asyik tertoleh2 jer kejenya..

Kat cafe ni aku nk tegur satu je la. Idea, konsep cafe memang dah menarik, tapi, maybe boleh improved lagi kot. Sebab tak terasa welcoming sangat. Masuk pun..takde orang cakap welcome ke..apa ke..rasa cam lonely jap...hua3.

Pastu, order makan. Serius akak yang amik order kitaorang ari tu bawak2 la senyum sikit. Kitaorang pun segan nak order makanan. Dah lah first time datang cafe ni. Bagi la impression friendly sikit. Tapi, abang2 kat cafe ni memang sempoi. Sumer friendly habis woo...

Sementara nak tggu makanan sampai..laki aku dok survey2 dulu cafe ni..




Ni gambar yang husband aku ambil kat tingkat 1 cafe ni..Banyak giler ko gundam ni.

Semua ori. Bandai. Macam2 size kotak dia 

Kotak lagi...ada beza2 skala..

Akatsuki...abaikan jer penjelmaan di belakang tuh...

Akatsuki lagi.....

Pergh..banyak giler...


Lama gak la husband aku dok pusing cafe ni. Aku jer yang tak tau nak buat apa sebab aku bukannya minat sangat ngn Gundam..Minat pun gitu2 je la...

Then..makanan dah sampai..

Ice Lemon Tea & Caramel Machiatto

Chicken Chop Grill style

Cheese Cake!



Makanan kat sini memang sedap! Semua menu dia adalah western food. Sebab memang sedap. Chicken chop grill dia memang licin aku habiskan. Dahlah tengah kebulur kan. Apa lagi..sental la..
Tak pernah lagi aku jumpa restaurant ke..cafe ke masak chicken chop pastu letak sayur bersalut tepung. Selalu kita jumpa seafood je kan..tapi menu dia kreatif. Sebab mesti diorang tahu kalau sayur je orang taknak makan. Tu yang diorang masak ala salut tepung ni...bijak..bijak..


Dan cheese cake dia memang winner pada aku...manis lemak dia memang sesedap rasa...XD

Habis je makan...laki aku pun dah puas dok usha fav Gundam dia..so kitaorang pun nak beransur balik la dari cafe ni... Sempat tangkap lagi dua tiga gambar posing kat cafe ni..


Peace tu harus ada...

Perangnya rambut ko bang oii!! Jeles akak..

Muka excited dapat pergi lalala land dia ler tu...XD


Overall aku boleh bagi rating 8/10 la kat cafe ni. Kena improved dari segi welcoming side, pastu..kalau boleh pasang la lagu anime Gundam ni..Baru la gempak. Baru rasa macam kat Shinjuku Kat Jepun tuh...Tiru cara Starbucks.Muka jumpa customer haruslah senyum. Ni, time aku bayar bill, akak tu cakap datang lagi tapi muka serious jer. Ni nak suruh datang lagi ke halau aku? Confuse aku hah! Confirm cafe ni lagi meletops!!

Despite all that, tempat ni memang cool dan kreatif. Keep it up!! 

Dah baca ni, korang nak pegi tak???

P/S: Pendapat hanyalah pengalaman penulis semata2.










Saturday, 3 October 2015

Make up Forever Skin Equalizer Primer

Kulit aku jenis berminyak. Sebab tu kalau aku pakai make up sekali pun, ussually aku just pakai tipis2 jer. Kasi nampak muka cam ada seri sikit. Tu je la. Tapi, even aku make up simple je pun, time pagi memang nampak flawless apa sumer, by the time masuk tengah hari..haa...mula la muka dah naik minyak...

Sampai la aku tahu pasal benda ni...kalau kita kulit berminyak digalakkan la pakai primer. Dulu aku tak tau gak apa kebendanya primer ni, tapi..sebab dah rasa cam kulit berminyak ni agak annoying jugak, so, aku try la search primer apa yang sesuai..

Dan tada...finally aku beranikan diri cuba primer ni.. 



Makeup Forever Skin Equalizer Primer ..ada effect mattifying gitu. 

Dulu masa aku pakai Ronasutra powder mineral foundation, kalau tak pakai dengan mosturizer memang habis bercapuk kalau time nak touch up make up. Tapi lepas dah try primer ni, muka aku kurang berminyak. Takdela..by the time masuk tengah hari je..muka dah start bagi effect bersinar-sinar yang greasy gitu. Lepas apply primer ni..boleh kata tahan lama gak la muka aku maintain. Nak kata tak berminyak langsung tu..tak la, tapi boleh dikawal. Tak shiny sangat muka aku macam dulu.

Lagi satu, aku ni cepat berpeluh..kalau dah make up lawa2 pastu buat keje sikit mula la muka rasa cam berpeluh jer..tapi, lepas dah pakai primer ni, even muka berpeluh sekalipun, still make up aku ok. Tak cair kata ko...mih3.

Apa kelebihan  primer ni:

1- Didatangkan dalam tiub. So, sangat hygiene. 

2- Senang di applykan ke wajah. Pakai calit2 sikit je kat muka. Kalau first time pakai akan rasa macam kita apply gam kat muka, tapi..kalau dah lama pakai, ok jer.

3- Teksturnya agak creamy. Tapi bila apply kat muka rasa macam tak pakai apa2.

4- Even first time try, no break out at all. Aku paling takut kalau cuba brand baru muka break out habis. Tapi untuk yang ni..thumbs up!! 

5-Tidak mengandungi Dimenthicone. Sejenis bahan kimia yang sering digunakan dalam make up, Kalau muka tak sesuai dengan Dimenthicone ni, takut muka tak tahan dan akan ada break out. Nak tau ada break out ke tak..akan rasa gatal2 dan pedih2 sikit gitu. Be careful ya darlings out there. 

Keburukan:

1- Harga mahal giler. Setiub tu harga RM170. Beli kat Sephora. Tapi..rasanya, kalau berhemah sikit pakai..boleh tahan hampir setahun..ok la..


So, kepada korang yang still mencari2 primer yang sesuai, boleh la try cuba yang ni..

Anyway, kalau ada primer lain yang bagi effect meletups dan lebih purse friendly jugak..boleh la share2 kat sini. Ada tak?


Happy reading! 

P/S: Pendapat hanya berdasarkan pengalaman penulis sendiri, Sumber gambar Google.


Tuesday, 15 September 2015

Cari kerja pakai kabel

Aku grade dari universiti tahun 2007. Padahal start masuk matrik UIA dari tahun 2000. See? Berapa lama masa yang aku habiskan hanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Almost 7 years. Actually aku pun tak pernah expect dapat masuk universiti. Sebab semua orang cakap result SPM aku so so aje. 50 -50. Even masa nak mintak CTC (Certificate True Copy) kat sekolah, siap ex-headmistress aku perli lagi. 

"Anak saudara saya yang dapat 3A pun tak dapat masuk U, awak ni yang takde A langsung dapat masuk!"

Actually, time tu aku jenis tak reti nak melawan mahupun membalas secara sarkastik, so aku diam je la. Tapi aku tau ex- pengetua aku tu pandang rendah kat aku. Siap pesan lagi;

"Kat UIA tu semua course dalam Bahasa Inggeris, bukan semua orang boleh bawak" 

Me? So what? Ok jer sepanjang aku kat UIA tu. Hidup jer. Dah grade dah pun.

Biasalah..bila kita selalu dipandang sebelah mata, by the time dapat rezeki yang tak disangka2, semua orang dok pikir negatif, macam mana la aku yang tak berapa pandai dan berbakat ni dapat masuk U. 

Even family aku pun terkejut bila aku dapat offer masuk universiti. Hmmm.. 




But then, tu kisah berapa tahun lepas. Aku pun dah tak berapa nak ingat sangat dah. Now, let's face the real world.

Degree aku dalam Political Science. Honestly, bila dah grade, baru kita tau apakah degree kita tu berguna masa nak cari kerja. To be honest, my degree? I just don't know how to "sell" it. Seriously.Sebab time aku masa tu, zaman orang still lagi pandang pada degree budak law, accounting, doktor, engineer dan sebagainya. Setakat Political Science ni apalah sangat. Orang tak pandang pun.

Nilah dilema aku bila aku officially grad awal tahun 2007. Boleh kata berapa banyak resume yang aku dah hantar, gov,..ke..tak gov ke..swasta ke..management trainee apa sumer, sumerlah aku campak resume banyak2. In the end, langsung tak dapat apa. 

So, aku cakap tak boleh jadi ni. Ditambah pulak dengan mentaliti parents aku yang lebih suka aku apply keje govt, lagi la susah nak cari keje. Haduyai..tension makcik. >__<

Masuk bulan keenam aku menganggur, aku dah tak tahan. Aku try contact kengkawan yang boleh dipercayai. Terpaksa, desperate punya pasal. Dah tak tahan dah asyik kena bebel dgn parents sebab ada degree pun susah nak dapat kerja. Baik keje kilang jer. Kalau 7 tahun lepas aku keje kilang mungkin aku dah mampu beli rumah terus dah time tu.


Alhamdulilah, kawan aku cakap ada keje kosong. Tapi contract je la. Aku cakap aku ok jer, janji, at least aku dapat pengalaman. Kasi cantek sikit resume. Kalau tak, takdela resume aku lemau dgn experience keje kat legal firm yang dapat bos gatal giler nak mampus, asyik nak berpoligami je kejenya, pastu gaji tak dibayar. Hurmph...


Tapi, just because of this one small step, syukur Alhamdulilah. Biarpun aku tak kaya, biasa2 jer, aku dah ada kerjaya, berkahwin, ada kereta dan dalam proses pembelian rumah. Banyak yang aku lalui, hidup susah, pernah merasa tak cukup makan, hidup kat kota besar dalam KL ni tanpa bantuan parents. Aku ada adik beradik kat KL ni, Abang aku dan adik lelaki aku yang masih belajar kat U masa tu, tapi aku opt untuk tidak mintak bantuan diorang sebab aku tau diorang pun ada tanggungjawab masing2.

Kalau orang cakap belakang, hina korang guna kabel masa nak carik keje, pi lantak diorang la. Sebab bukan diorang yang akan bagi kita makan pakai apa sumer. In fact sedara pun tak mengaku sedara. Sebab bila kita dah dewasa, dah boleh berdikari, makan pakai semuanya automatik self support. 

Tunggu je la bila korang dah berduit sikit, tetiba ada yang mengaku sedara. Masa time susah tunjuk muka pun payah.

Surprisingly bila dah besar ni, bila melawat balik rumah sedara mara, masa aku kecik, diorang tak peduli langsung, tapi bila dah besar ni, sedara mara yang tak pernah jenguk kitaorang tetiba pandai pulak nak call nak mintak tolong carik kerja. 

Nak tolong boleh, tapi, biarlah kena pada caranya dan tak boleh harap kalau pakai kabel ni confirm dapat. Tu dah salah mind set tu.







Wednesday, 9 September 2015

Kenapa dah lama tak buat entry baru?

Rasanya blog suam2 kuku aku ni  dah lemau xde entry baru. Naper? Mengapa? 



1- Busy. Hectic life. Work & Personal. Since dari bulan puasa lagi.


2- Actually busy pun sebab aku tengah dalam proses membeli rumah. Insya Allah bila semua dah settle nanti aku story kat blog.

2- Husband yang dulunya abang sado...jarang sakit..jatuh demam teruk...Ish2..hanya Allah jer yang tau betapa risaunya aku tengok dia ni sakit. Orang kalau dah jarang sakit, demam, sekali demam memang ambil masa nak baik. Dekat seminggu jugak la husband aku ni demam. 

Alhamdulilah..berkat isteri yang baik dan solehah  macam aku ni, dah makin beransur pulih. Tu pun nak kena garang2 manja dulu..baru rajin nak makan ubat. Husband aku ni memang maleh sikit nak makan ubat. Jumpa doktor...pergi hospital..apatah lagi..hai.. Laki sape? Laki mak jugak..sabar je la.. ;P


3- Kerja yang menimbun dan tak habis2 kat ofis. Settle satu, masuk lagi 5. Standard .Choi!!


4- Banyak berjalan, pergi negeri sana..pegi negeri sini..pergi rumah orang kawin and at the same time melancong sekali. Dah alang2 Ringgit kite pun tak berapa nak kuat kalau nak pegi overseas. Malaysia pun banyak tempat best apa?  Kena pandai survey ler..


5- Malas. Malas. Malas. Sometimes ada idea nak buat entry apa. Tapi bila masuk blogger ni, puff..idea hilang tah ke mana. Salahkan jugak diri sendiri sebab aku ni kaki tgk tv sikit..Haish..buruk perangai mak cik sorang ni..Alahai..