Yeah I know. Aku still lagi stuck kat tempat keje lama. What to do..time nak berhenti jer ada je halnya. Kadang-kadang aku rasa bos2 aku ni macam tau2 jer aku nak berhenti kerja mulalah dok offer special performance KPI la..apa la..bla2..but in the end, sama jer. Ye, betul. Memang gaji naik tapi rasanya sekarang tahap stress melampau giler. Tak mampu nak cope sangat dah.
Company makin besar yang buat keje untuk the whole company sorang jer. Bila request nak mintak hc (head count) baru ada je alasannya. Company takde budget la..tak nak orang ramai2 buat benda sama. Nanti takut aku yang takde keje apa sumer. Hmm..alasan cliche betul.
Anyway, rasanya memang dah sampai masanya kot aku berhenti dari company ni. Sebab:
1- Kerja dah terlalu banyak. Especially lepas banyak lauch system baru. System yang ada pun tak terbawak lagi ni ha. System yang masih belum stabil dan launching pun agak2 tergesa2. Keje aku double the work sebab perlu raise PO for the whole company dan utk semua HR business Partner, Mgr dan HOD. Masak..masak
2- Banyak yang diterminate/resign tanpa sebab. Pastu tak pernah tau pun orang tu resign. Padahal yang resign ni semuanya yang sgt berpengalaman, macam aset untuk company tapi tau2 dah takde. Hmm..Weird enough.
3- Susah nak buat payment sebab banyak sangat karenah system. Kalau suplier takde kena buat request, pastu kena tunggu dept in charge buat pastu kena raise PO dan tunggu approval dan bla..bla..Even submit on time pun belum tentu payment tu dibayar.
4- Ramai yang dah resign dari sini. Yang resign tu pulak sumer pernah jadi otai2 company. Now, hanya tinggal kenangan.
5- Environment yang serius sangat tak best. Masuk kerja as if kepala tu dihalakan pistol suruh buat kerja. Kerja bertimbun tapi masa tak mencukupi. Now its not about time management anymore.
6- Everybody is just taking care of their own ass. Actually, aku tak kisah pun tapi kat company aku ni menuding jari kepada orang lain tu adalah perkara biasa.
6- Selalu terlibat dalam kepentingan politik pejabat yang entah apa-apa. Padahal benda kecil je pun.
7- Tak de langsung sikap hormat mahupun percayakan team members yang lain. Dalam kes aku. ini yang paling ketara.
7- Disebabkan manager sumer bangsa "cha ya nun alif" sumernya bertutur dlm bahasa ibunda diorang. Kadang terbawak ke bangsa lain. Baik jenis ni mahupun jenis botol kicap. Nak cakap bahasa ibunda sendiri boleh tapi kalau kat pejabat ni tak payah nak cakap sangat la..kata international company.
8- Company asyik potong budget tak habis2.
9-Boss pun jarang bertegur sapa dengan staff sendiri. Asyik nak buat muka jer 24 jam. Kata orang lain tak profesional dia sendiri pun sama.
10- Stress bekerja dengan ramai hipokrit, Aku tau hipokrit ada kat mana2 tapi kat sini, mak aii..Depan baik ..once you off guard, memang kena tikam belakang la jawabnya...
Aku suka kerja aku. Itu sahaja yang membuatkan aku bertahan hingga sekarang, tapi aku rasa sekarang ni..banyak yang dah berubah dan perubahan tu tak mendatangkan kebaikan sangat. Memang masalah kerja tu ada dimana2 dan belum tentu kalau di tempat baru aku takkan mengalami perkara yang serupa tapi mungkin ada baiknya aku menukar kerjaya.
So..its time.
Kalau korang, korang macam mana pulak ek??
p/s : Pendapat hanya luahan peribadi semata2.
No comments:
Post a Comment