Nuffnang Ads

Thursday, 13 March 2014

Tips: It's about the marriage not the wedding!

Ok..aku memang tengah dok bosan sorang2 kat cubicle tempat aku keje ni memandangkan aku keluar lunch awal sebab semua orang masih dalam meeting atau baru keluar meeting, maka aku pun merajinkan diri la nak buat entry baru..padahal otak tahap tepu lagi ni..dok pikir next cyle payroll aku..aiyaa..ahh..relax dulu!

Aku terbaca artikel ni kat fav website aku kat sini . Seperti biasa, aku pun terasa cam nak cover artikel ala2 question answer punya style la..again, it's  about marriage. Hey, I'm just 3 months happily married ok. Mood pun still tengah pengantin baru lagi..hihihi (Perasan!).



So, kepada bakal2 bride to be di luar sana..tanda 2 anda telah memikirkan tentang perkahwinan dan bukan tentang majlis perkahwinan adalah..

1- Baik buruk pasangan anda anda langsung tak kisah!

First of all..no one is perfect. Yang sempurna hanya Allah SWT sahaja. So, kalau ada kekurangan kat pasangan tu, kira kasi halal sudeh. Yelah..dah dok bercintan lama2 of course yang tak berapa nak perfect tu pun akan timbul satu hari nanti kan? Kita pun bukannya bagus sangat so apalah salahnya saling menerima dan melengkapi antara satu sama lain. Kan sweet? tak gitu?? (ecececece).

2- Pentingkan nilai perkahwinan dari dream wedding.

Yang ni aku 100% setuju banget. Wanita tak lari dari sentiasa berangan untuk jadi pengantin tercantik dan sempurna di hari bahagia sendiri. Benda ni memang normal. Even aku pun sebelum kahwin macam tu jugak. Tapi, hakikatnya kita harus berpijak di bumi yang nyata. Realiti. It's about the marriage not the wedding! Kalau kita sanggup berkorban semasa berkahwin dengan memakai pakaian pengantin yang bukan dari pereka terkenal, tahniah! korang memang dah layak untuk berkahwin. Tak perlu habiskan duit banyak2 untuk majlis satu hari tapi menderita bayar hutang bertahun2. Kalau mampu, lain cerita la. Kehidupan selepas berkahwin lebih penting . Aku nak tanya la..korang amik pakej kahwin buat pelamin indah bagai..nak duduk dalam satu jam je pun..pastu orang lain yang posing lebih. Apa kes?

3-Sedia berkompromi dan Berkongsi.

Dah kawin ni banyak kena tolak ansur suami isteri. Tak boleh pentingkan diri. Err..yang ni, maybe aku failed sket kot?? err..byk kot?? sebab aku ni memang mengada2 sket dengan encik hubby. Kitaorang memang selalu bergaduh..tapi cepat baik. Gaduh2 manja gitu. Ecececece. Tapi, even aku taknak bagi hubby aku interframe pun terpaksa kasi gak..tahap kesabaran dia melayan aku memang tinggi. Sebab aku ni keras kepala. Pernah dengar pepatah " In marriage you find one special person to disturb for the rest of your life" tak? HAHAHAHA.

4-Kewangan yang kukuh.

Maksud financial stability disini adalah sangat subjektif. Tak semestinya ko kena banyak duit..simpanan berjuta2..at least masing2 punya pekerjaan yang stabil dan ada duit masuk every month tu dah kira kewangan yang stabil. Kalau takde keje macam mana nak sara anak orang? Banyak kes penceraian yang berpunca dari masalah kewangan yg tak stabil.

5-Anak.

Sapa tak nak anak? ko tak nak?Aku nak. hakikatnya, salah satu tujuan perkahwinan adalah untuk mendapatkan zuriat secara halal dan terjaga keturunannya. Anak adalah penyeri rumah tangga. Nak buat family planning? Boleh. Takde hal. Aku pun sekarang tgh buat family planning. Tunggu sampai husband aku habis belajar by next year. Tapi, kalau korang tak bersedia nak menimang anak lagi..maknanya tak sampai seru lagi la tu..


P/S: Pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar. Google.


Tuesday, 11 March 2014

Heart Ramblings..v 2.0

Ok..entry ni maybe aku akan tulis sesimple yang boleh..pengalaman walk blogging beribu blog dalam internet ni memberikan aku banyak aspek dan penerimaan dan kata hati yang mungkin orang akan cakap aku ni jelous ke..cemburu ke apa ke..but actually it's not. It's just how I felt and what makes I think that way..

Stop showing off! Showing off kat sini bermaksud I know you have plenty of money but please be considerate will you? With all those pictures..full with branded stuffs..your Datin's mak tin'S friends..These are something which we might not able to relate with most of the people out there, which is biasa2 jer. Some blogs that I went they love to show this kinda stuffs..I know you are pretty, having a $$$$ husband or even your good selves family is $$$$$$$$, but to be frank..it's kinda attitude to be modest but yet it is not! Aku rasa macam tak boleh blah kalau ada blogger cakap melangsungkan perkahwinan secara besederhana tapi, buat kat hotel, kek 5 tingkat, Pelamin anganku megah..say what???

You might be lucky you have all that..but there is so much way of showing off your wedding without being so stuck up with all the wealth that you have. certain readers might find it nice, cool, elegant, bla..bla..bla..but to some, they don't share the same feelings. And, really, they don't!

I love blogs which we can relate with our normal daily life..they seems simple, pure & friendly. Not to mentioned, these people does have $$$$ & glamour as well, but they don't pretend to show off.


P/s: Raikan Cinta pun asyik cover majlis orang kaya2 jer. Sucks!

Saturday, 8 March 2014

Review Produk: Nivea In-Shower Body Lotion Skin Conditioner

Aku sekarang ni banyak sgt entry dok review produk..Hahaha....takpelah..review produk pun entry juga, ye dak?? *wink* wink*. Ada barang bagus harus dipromote so orang lain pun leh pakai. Sharing is caring what? Heh.

Korang ada masalah kulit kering tak? Aku ada. Especially bila kita keje ni duduk dalam air-cond memanjang, pastu pulak kalau keluar, kena cahaya matahari..lagila kering gamaknya kulit kita ni ha..So, not a good sign for me. Sebab bila kulit kita kering , mudah gatal2 dan mengelupas. Actually aku ni pemalas sket kalau nak letak mosturizer kat badan. sebab pada aku la..mosturizer ko letak la branded mahal apa sekalipun, L'occitane ke, Mark & Spencer ke..apa ke..tak jalannyer kat badan aku ni ha. Kering juga. As an alternatif, since aku tau krim mmg tak leh jalan kat badan aku ni, so aku guna Bio-Oil. So far, aku suka sgt guna Bio Oil. Sebab kulit tgn aku tak kering dan entah..kulit nampak glowing dan muda kot..entah! But, the price is actually quite expensive. Even satu botol kecil tu pun dan RM30++. So, dah kawin ni kan byk sgt nak pakai duit..so terpaksalah aku carik alternatif lain yang tahap power gaban dia serupa Bio Oil ni dan Money friendly..Heh.

So, aku pun ternampak la satu barang baik ni kat TV. Nivea In-Shower Body Lotion Skin Conditioner. First time aku nampak iklan dia dok ulang2 kat Astro aku agak amazed actually dan Nivea memang sangat kreatif dalam pengeluaran produk dia. Mosturizer in shower? Macam best jer benda ni. Mulalah aku ni terkinja2 gedik merengek kat husband aku suh bawak ke Watson berdekatan cari benda alah ni.



Seperti gambar yang tertera, mosturizer In-Shower ni ada dua jenis. Satu utk kulit kering dan satu lagi untuk kulit normal. Aku pakai yang botol biru punya. Sebab dah sah2 memang kulit aku obvious kot kekeringannya. Harga? Harga? Price? Murah sangat beb. RM11.90 jer. Ni harga yang aku beli kat SACC Mall, Shah Alam tempoh hari.

So, balik jer rumah, kebetulan beli lepas keje so aku pun terus try benda ni time mandi. Dari segi tekstur, nampak light warna putih susu, sedikit cair(macam shower gel) , bau dia pun best. Wangi. So, bila sapu kat badan, lepas pakai shower gel dan bilas, rasa dia macam kita pakai losyen biasa jugak, tapi lepas bilas rasa syok jer. Licin dan badan bau wangi. Best sangat.

Tgh posing ;p


So, apa tunggu lagi..silalah dapatkan sebotol utk anda sekarang. :)

Ok, I admit. Ayat aku kat atas tu memang tak boleh blah. Skema duh..! Well, anyway. Tak rugi korang cuba In-shower lotion ni, memang best!.

Till then..Ciao!! 

p/s: Lagi satu, lepas mandi make sure lantai tak licin, sebab lepas bilas kita akan rasa lantai  licin/slippery.
Kat belakang botol ada dinyatakan. So, make sure be careful ya, kang badan licin pun tak guna kalau terpaksa menikmati kelicinan tubuh badan di hospital..;p. (Ok..ok..aku buat lawak! fine! -_-)


Thursday, 27 February 2014

Review Produk : Naturactor Cover Face

Hai..hai..buat apa tu? Tengah makan? minum Cocoa collagen? Kalau dah makan baguslah, kalau belum..sila makan sekarang k..*poyo je minah ni*. -_-

Ok, semalam parcel yang aku order dari  Naturactor Collections , Naturactor Cover Series selamat sampai kat ofis aku semalam. Hehehehe...yeyeyeyeyeye...suke..suke.. :) . Actually sekarang ni aku mencari satu produk untuk light makeup yang power dan rasanya macam dah berjaya kot. Sebab Naturactor Cover Face ni memang terbaik!  Before aku order benda ni, aku pakai BB cream Elite Models, Tapi, mungkin sebab tak compatible dengan kulit maka muka aku mulalah tunjuk tak suke dengan produk tu. Gatal2 merah2 tu memang biasa...biasa ni...nakal ni kulit aku ni *duh*..tapi takpe sebab aku tau BB cream tu tak sesuai buat aku.

Dan Alhamdulilah, jumpa produk ni..dan aku beli dari akak Zunita dari blog diatas yang memang friendly dan service dia memang tiptop! Thank you! Sangat berpuas hati dengan produk Naturactor ni.




Naturactor Cover Face ini adalah produk Meiko, dari Jepun yang memang tip top! Very the top Quality dan Murah! Dan paling best, natural ingredients is the heroin! Yeay! Antara kandungan dalam Naturactor Cover Face ni adalah Jojoba Oil (Minyak Jojoba) dan...Rice! Iyer,, aku tau. Beras...ala beras yang kita suka makan sampai gemuk tuh! Heh.

Kenapa korang patut beli Naturactor Cover Face:

1-Minyak Jojoba yang bertindak sebagai pelembap. Membantu menghidratkan kulit,  menjadikan kulit lembut dan cantik berseri.

2-Menyerap minyak berlebihan, since ianya rice based powder. Menyeimbangkan kelembapan kulit agar tidak berminyak, so bebas radang dan jerawat.

3-Terkenal sebagai "Moist Powder Foundation" , bertindak sebagai bedak asas dan pelembap. Juga boleh dijadikan sebagai foundation.

4- Suka pakai Sun Block? Jangan risau kerana Naturactor Cover Face juga bertindak sebagai sun block bagi melindungi kulit dari sinar UV.

5-Tekstur yang ringan, tidak melekit dan tidak bertompok2 apabila dipakai.


Aku tak tau la kalau ada orang lain yang pernah beli benda ni tau yang Cover Face ni ada dua jenis. Satu dari Jepun dan satu lagi made in China!  Sebab, kalau yang made in China version, range tone color dia ada banyak. Tapi, kalau beli packaging dari Jepun, hanya ada 5 tone warna je.  Aku beli yang made in Japan punya. * Tak main la barang2 China ni*. Tapi, jangan risau, even kalau korang ada yang dah terbeli yang made in China punya pun tak ada masalah. Sebab company yang buat tetap sama.

5 tone color dari Naturactor Cover Face made in Japan, Tone 130, 140, 141 & 151. Aku beli tona color 141. Tone 141 untuk Fair skin. Nak tau tone mana yang sesuai korang boleh masuk blog yang aku dah linkkan tu.




Disebabkan Naturactor ni memang hot item, the next "in" thing in the market, maka mulalah, aktiviti mengklon produk beramai2 berlaku. Seriously aku tak paham dengan leeches (lintah) macam ni. Tau nak cari untung tanpa memikirkan keselamatan pengguna!. So, kalau nak tau benda tu ori ke tidak, belakang bekas bulat Naturactor ada macam kod, seperti gambar di atas. Yang kod ni hanya utk packaging dari Jepun. Kalau dari China, mesti ada hologram. Nak tau hologram asli, try google kat website Meiko China.

Aku dah try produk ni. Dan, aku sangat berpuas hati sebab muka aku takde apa2 iritasi, muka lepas pakai macam tak pakai make up tapi flawless. Rasa macam tak pakai make up pun ada. Husband aku pun cakap macam tak pakai makeup! Nampak natural wei..dan paling best..yeyeyeye..muka aku tak nmpk berkilat sgt. so aku tau, Cover Face ni long lasting! itu yang paling penting.

Harga sekotak Cover Face ni RM41, sebab aku beli dengan kak Zurita yang memang jadi agent produk ni. The best thing why I bought from her because she bought directly from Meiko booth di Jepun. So, produk original dijamin! Nak tau lebih lanjut pasal Cover Face ni, boleh cari kat blog Kak Zurita yang aku linkkan kat atas!


Nanti aku tepek gambar aku pakai benda alah ni...till then peeps!

Chow.

p/s: Gambar dari handphone Nokia Lumia 520 aku.Heh.

Wednesday, 26 February 2014

BR1M: Adakah benar benar diagihkan kepada yang memerlukan?

Dalam aku dok walk blogging kat satu website yang aku suka baca kat sini, aku tebaca satu artikel mengenai BR1M dan jugak mengenai seorang kanak-kanak bernama Zahka. Seriously, aku yang suka buat hal sendiri, suka cakap diri ini serba kekurangan sepatutnya bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Terkedu aku baca artikel tu dan terkejut jugak bila dapat tahu mengenai realiti kemiskinan kat Malaysia ni yang sebenarnya.



Dalam kebanyakan kawan Facebook kita asyik tanya BR1M dah masuk ke belum, kau dapat apa? berapa banyak , dapat duit BR1M nak beli apa, dan sebagainya, cuba kita tanya diri kita adakah kita benar2 perlukan wang BR1M tersebut dari orang yang lebih memerlukan? Jika kita masih mempunyai pekerjaan dan tempat tinggal yang boleh dikatakan selesa, mahupun tinggal dengan ibu bapa, apakah kita masih lagi berharap pada duit kerajaan? BR1M ni? Kengkadang aku terpikir macam mana pembahagian BR1M ni dibuat sedangkan yang dapat tu, ada kereta besar, rumah 2 tingkat tapi layak dapat BR1M. Pelik tapi benar, itulah hakikatnya sekarang. Yang sepatutnya dapat, tak dapat. Apa kes?

Ok, berbalik pada cerita kanak2 bernama Zahka ni, dia tinggal bersama keluarga angkatnya di kawasan setinggan Air Panas, di Setapak, Kuala Lumpur. Zahka tidak bersekolah, dan hanya tahu bercakap bahasa Tamil, serta sedikit Bahasa Malaysia. Cerita tentang Zahka ni actually bermula bila seorang pelajar tahun akhir, yang mengambil jurusan reka bentuk grafik, Chia Hong, mendokumentarikan dalam bentuk esei foto dan hasil kerja beliau telah dipamerkan di Art & Design Graduation Show di New Era College, Kajang, yang menarik perhatian ramai orang.


Kehidupan kanak2 ini dihabiskan dengan mencari  barang2 terpakai di tempat pembuangan sampah, dan ini merupakan sumber pencarian utama buat Zahka dan keluarga angkatnya. Lebih sayu bila melihat kanak2 ini memakai selipar yang diperbuat daripada tali & botol sebagai kasut. Aduyai, tak pernah terpikir masih ada lagi rakyat Malaysia yang sedaif ini. Sedih kan?

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah kanak2 bernama Zahka ni, korang boleh pergi ke site ini, Saya Anak Bangsa Malaysia , takpun, versi Bahasa Malaysia boleh dibaca di link di atas ataupun kat tepi blog aku ada website dia, Wanista.com.


p/s: Kredit gambar - Chia Hong- Portal Saya Anak Bangsa Malaysia
Pendapat adalah luahan penulis semata-mata.


Monday, 24 February 2014

Tips: Adakah Blog Anda Blog Yang Baik?

Seriously? I don't think my blog is good enough *-__-* . I think? I guess? Kau rasa?

Ok, entahlah, ni pendapat aku je la..Iyer aku tau blog aku ni *Zero* follower, tak market pun sebenarnya tapi bila tgk posting, not bad la..at least aku tau ada orang jugak yang termasuk dan terbaca blog kecik aku ni hah...nak dibandingkan aku dengan orang yang dah lama blogging, memang jauh beza. Hehehehe. Aku lebih suka blog walking dari dok promote blog sendiri..Kalau dah pemalas tu, memang pemalas jugak la.*duh*. Tapi, kebelakangan ni traffic aku kira agak cepat gak naik even tak mencapai beribu2 views tu tak kisahlah, it's fine. So, happy la sket. *blush*.



Ok, aku terbaca artikel ni kat blog sini. Tapi, aku bukan nak copy paste, just nak share dan cuba nak buat comparison blog aku ni ok ke ko. *Ahaks* Ada ala2 masuk bakul angkat sendiri tak? :

1- Berinformasi:

Kalau korang nak tau blog korang OK ke KO? blog korang kenalah mempunyai isi kandungan berunsur maklumat ataupun pengetahuan am. Contohnya, berkongsi masalah, menyelesaikan masalah tak pun share information dengan readers.

Hmm..yang ni..aku pass kot rasanya. Ada jugaklah informasi even tak seberapa seperti review filem, produk , pengetahuan Am dan juga personal opinion. Heh.

2-Tak Banyak berbual:

As the above subject. Straight goes to the point. Ini penting. Sebab maybe some blogs bila contohnya letak video. Video kahwin la contohnya. Pastu mesti ramai yang puji memuji mula lah dah ke laut. Pastu orang baca pun naik serabut jugak! Adeh. So, blog ditinggalkan begitu sahaja. Kan rugi!

Since aku takde sesapa pun nak diajak berbual..blog kera sumbang, maka part ni bukanlah utk aku. Lagi satu, maleh nak upload video. Lambat. Loading nanti lagi slow macam siput.

3-Dekorasi yang sesuai:

Pernah tak masuk blog yang serabut? bukak2 keluar lagu entah apa2. Konon feeling bagus la tu. EMO lagi adalah. Pastu dengan segala bunga, salji jatuh masa nak baca blog, ada riben sana sini, gambar bertepek tak bertempat..aku kalau nampak blog mcm ni, conform maleh nak baca tak pun tutup terus.

Sebenarnya, tak kisah la korang nak decorate macam mana pun blog korang, hak korang, tapi perlu diingatkan readers masuk blog nak membaca bukan bagi impression "blog lawa tapi slow dan info kureng".

Simplicity is the best module. Apply on it.

Blog, aku decoration, macam takde, except ads Nuffnang kat atas tu jer. Strictly used Blogger template only. Hmm..pass kot.

4-Followers:

Yang ni bab yang paling menyedihkan buat aku "Zero". Telur Ayam.

Bukan taknak ada followers tapi segan wei nak add korang yang market nih. Boleh add kita tak? "cedey".
Aku ni..pemalu orang nyer. Sobsobsob.

Even followers memainkan peranan jugak andai korang nak traffic yang bagus, itu tidak semestinya. Kalau page views ko dah beribu tahap gaban ko masih lagi boleh berbangga dengan blog sendiri. Sebab, bukan semua followers akan baca blog ko, unless ko adalah blogger popular cam Hanis Zalikha, tak pun Mr K.


Yang ni,,,korang leh condemn aku banyak2. Aku redha. *cedey*.

5-Bersopan:

Pernah tak masuk certain blog dan sumer perkataannya adalah always about me?. Well, even aku pun masa memula buat blog banyak meluahkan perasaan dalam blog sendiri, which bila aku baca balik, "wei apasal aku punya entry ni b**** semacam jer? Rasa menyampah kat blog sendiri pun ada jugak kan?

So, rasanya, kalau ada benda yang nak dimaki tu, cuba kontrol emosi dan jangan buat online. Yelah, dah asyik maki hamun conform segala perkataan tak baik pun keluar sekali. Even memang korang nak meletup skalipun cuba channel benda tu kat something yang lebih privacy. Macam aku, aku simpan satu work document utk aku luahkan segala yang aku tak suka. Ko nak maki hamun macam mana sekalipun, suka atilah janji  lepaskan perasaan marah..But make sure, no one knows. It's private.

Yang ni..dulu aku buat..sekarang dah insaf sikit2. *Ye ke?*

6-Gambar Menarik:

Aku suka letak gambar tapi ussually gambar yang aku letak tidaklah menarik mana pun. Kebanyakannya courtesy dari en.google jer. Sebab, aku lebih kepada penulisan dari gambar. Tapi, moving forward aku akan cuba untuk letak gambar yang lebih menarik. Insya Allah..Maksud aku menarik tu, tak semestinya korang kena letak gambar seksi ke hapo ek. Bahaya. Kang tak pasal2 kena mark.

7-Cara penulisan:

Kalau korang baca penulisan blog2 otai macam Mr K, Ariff Shah, Pak Di (Lebih kepada investment), Hanis Zalika dan sebagainya, diorang ada personaliti dan identiti tersendiri. That's why ramai orang suka baca entry diorang. Termasuk aku.

So, moral of the story, be original. be yourself. Setiap manusia ada karekter dia. Find and utilize it. If you do have a blog.

Aku? tulis blog dengan etika, hentam sajalah labu. Heh.

8-Buat Research/revision:

Jika ada entry post kita yang berunsurkan fakta, rajin2 lah buat research dan revision. Walk blogging, google, sumer tu membantu menyokong entry kita sendiri. Kalau main hentam je letak, nampak sangat korang ni blogger wannabe, followers nak banyak tapi entry, apa daa..dan readers akan tau korang tak serius dengan post sendiri.

Let's say korang interested nak buat opinion gak tentang entry yang blogger lain dah cover, make it like your own article dan pikir dari pemahaman korang sendiri. so orang tau ko refer dari satu artikel dan di terjemahkan dalam pemahaman ko sendiri.

9-Mesra Alam:

Mesra ALam? Adakah aku mesra alam juga? macam tak. Ahahaha. Maksud mesra alam di sini adalah komunikasi dua hala, jangan syok sendiri. Kalau yang takde follower macam aku ni ha..imagine korang cuba nak bagitau something kat someone. At least the readers know you are writing for them. Takde feedback pun, buat2 je macam ada. Hihihihi..

P/S: Sumber artikel dari blog ini.

Gambar dari google.


Saturday, 22 February 2014

Raikan Cinta: Majlis Bertandang - 8hb Disember 2013

    Seminggu selepas majlis nikah dan resepsi belah aku...minggu seterusnya adalah majlis bertandang untuk pihak lelaki pulak..bertempat di Shah Alam..

Disebabkan gambar terlalu banyak maka aku pun agak mengambil gambar sikit nak upload kat blog buruk aku ni hah..actually aku ingatkan frame yang diambil adalah limited based on budget tapi sebenarnya diorang tangkap dalam 1000++ frames jugak lah! Tu yang lama bebenau pilih! ahaks!

Happy viewing! ^__^


Seronok dok landing kat bahu husband ni..

Dah macam citer hindustan plak posing mcm ni

Oh dinda..belah hati kanda dengan keris ni!

Abang pandang mana tu??

Aisey..hensem plak laki aku nih


We are married!!


Sukenyer die..


Abang..nantuk,,nak tito dulu ek !

Posing...jgn tak posing!

Senyum sokmo!

Ayang nak abang peluk?

Say Cheese!!


Sumer gambar aku letak kat sini adalah gambar masa photoshoot outdoor session kat Putrajaya..

p/s: Dialog caption adalah rekaan penulis semata2.