Nuffnang Ads

Monday, 20 October 2014

I want to touch a dog! You??

Baru2 ni ada satu event yang diadakan untuk mengatasi rasa takut pada anjing yang diadakan di satu pusat beli belah terkemuka. Well, mungkin ramai kot yang dah tahu pasal aktiviti ni. Program ni terbuka pada semua golongan, tidak kira bangsa dan agama. 




Honestly, what do you think about this program? ok ke tak ok? Setengah orang bersikap agak terbuka mengenai program ni dan setengah lagi berpendapat program ni agak keterlaluan dan menghina agama Islam. Well, you can debate about this round & round but think simple, perlu ke kempen sebegini diadakan? Dah jelas lagikan bersuluh, ia dikategorikan sebagai najis mughalazah jika disentuh, dan kita kena samak, tak kisahlah sama ada sentuh secara sengaja atau tak. Tapi, yang orang kita beria2 nak pegang jugak anjing ni kenapa? Nak tunjuk kita orang Islam pun fleksibel jugak? Nak tunjuk kita ni Islam liberal? Apa kes? 

Sometimes, aku tak paham dengan orang sekarang. Sebab aku orang zaman dulu kot. Orang zaman dulu pemikirannya tak komplikated macam orang sekarang. Yes, call me old fashioned, pemikiran kolot dan yang seangkatan dengannya, i dont give a damn. Orang zaman sekarang ni terlalu mengikut peredaran zaman sangat sampai benda2 yang melibatkan hukum macam ni boleh main tarik tali..tolak ansur macam tu jer? Apa istimewanya anjing tu? Sampai pada satu tahap nak main suka2 sentuh pulak? Nonsense.

Yes. Ayat aku nampak kasar kan. Tapi tak bermakna aku anti anjing. Aku tak baling dengan kayu, mahupun batu everytime aku nampak anjing kurap. Even dari kecik aku asyik kena kejar dengan anjing liar yang cuba nak mengigit aku masa jalan balik sekolah, aku tak simpan dendam pun kat makhluk Allah yang satu ni. Sebab..dia makhluk Allah jugak dan memang zahirnya sifatnya begitu.  Sebab aku masih ada hati perut, perasaan belas kasihan sebagai manusia. Aku takkan pegi sepak dia suka2. Ko nak buat apa? Even kalau ada orang suruh aku sentuh anjing sekalipun, aku takkan buat sebab, aku tak rasa ada keperluan nak buat macam tu. Dan experience aku dengan anjing sangat2 la teruk. Dan aku tau ada pemilik anjing "cha ya nun alif" ni yang sengaja biarkan anjingnya lepas macam tu jer. Kacau orang lalu lalang apa sumer, which is actually quite dangerous. Itu kita buat tak tau, Sekarang, nak suruh orang kita sentuh anjing pulak?

Pada aku..tak kisahlah nak buat kempen kesedaran ke..hape ke..tapi biarlah bertempat. Rasanya program sebegini akan lebih menimbulkan kekeliruan lagi dengan apa yang telah diajar dalam Islam. Especially..kanak2 yang masih kecil dan  tak tau apa2. Sepatutnya program sebegini patutnya dipantau dengan lebih ketat oleh pihak berwajib. Memetik pendapat Ustaz Fathul Bari, (petikan diambil dari website wanista):

 
Penjelasan @UstazFathulBari mengenai kempen “I Want to Touch a Dog”
YB @n_izzah, bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan. Namun, kempen “I Want to Touch a Dog” bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.
“Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu.” [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]
Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan. Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan “pets”, dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing.
“Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita.” (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:
1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu
Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat. Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorg Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing. Saya juga bersetuju diajarkan cara “sertu” menurut Islam. Namun,apa perlu “SENTUH ANJING” utk di “SERTU”. Itu persoalannya.
Soal tazkirah dlm program tersebut ,tidak menjadi masalah. Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan kepada YB perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu ‘support’ kempen seperti ini. Walaubagaimanapun,saya tidak bermaksud KESELURUHAN KEMPEN ino menyalahi ISLAM. Tp,apa yg saya maksudkan adalah “kenapa perlu adalan kempen menyentuh”? Sekadar nak ajar bersuci @ sertu silakan. Sebaliknya umat Islam perlu ‘support’ kempen “Ihsan” kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.
Adakah selepas ini akan ada program “I Want to Touch a Pig” ?
Allahua’lam


Aku cuma copy paste pendapat Ustaz Fathul Bari memandangkan aku juga mempunyai pendapat yang hampir sama dengannya.  Nak tahu lebih lanjut, boleh baca kat sini

Yes, I agreed, adakah selepas ni akan ada program "I want to touch a Pig"? 



Pikir-pikirkanlah.



p/s: pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar dari Wanista.








No comments:

Post a Comment