Wah...sekarang ni memang aku ni pemalas giler nak update blog. Bukan apa, busy dengan keje dan tengah memantau rapi masa hadapan.. Nah..just joking. Memang terlalu busy sekarang ni. Busy keje dan personal life. Ada je yang nak dibuat dan perlu disettlekan. Tu yang kengkadang terlupa aku ada blog kecik comey yg famous ni. HEH.
Dalam entry aku yang lepas aku ada story pasal betapa daebaknya SKII kan, Yes, memang SKII terbaik dalam regim penjagaan wajah tapi disebabkan produknya memang edisi kopak purse nak membelinya, so..aku terpikir dari aku menghabiskan duit beratus2 semata2 nak nampak kiut miut depan husband aku (almaklum dah terasa tua) baik aku cari alternatif lain yang boleh memberikan impak serupa ala2 SKII ni.
Dan tada.... HADA LABO Lotion is here come to the rescue. Aku pakai yang botol hijau tu.. Yes!! alternatif mudah lagi murah!! (Mcm Iklan tak?)
Hada labo ni memang produk hit kiranya la jugak kat Jepun. Bukan setakat hit..produk ni boleh dikatakan terjual lebih 4 botol setiap berapa saat tah. Aku dah lupa. Tapi, for those yang maybe tengah tercari2 alternatif produk wajah yang sesuai dan harga agak berpatutan, Hada Labo is a good choice.
Rasanya aku takkan cerita Hada Labo ni dirumus dari formula apa ke hape ke..sebab korang boleh google jer. Banyak info korang boleh dapat. Aku cuma akan review dari pengalaman aku sendiri dok pakai lotion ni , but, make sure korang pilih produk Hada Labo lotion yang betul dan sesuai dengan kulit muka. Macam aku sebab kulit jenis berminyak, aku guna Hada Labo Light Lotion. Produk ni ada kategori untuk jenis kulit masing2.
Aku dah start pakai produk ni start masa bulan puasa dulu. And here goes my review:
1- Produk ni tiada alkohol. So very gentle to my face. Bila korang pakai memang takkan ada bau fermentasi ke..hape ke..Just ..lotion. Memang takkan ada bau apa2. Sebab ianya Hyaluranic Acid.
2- Cukup pakai 3 ke 4 titik dari produk lotion ni. Letakkan di tapak tangan pastu gosok kasi rata kat telapak tangan dan tepuk 2 sekata ke wajah. Kebarangkalian untuk ada irritation tu...takde kot. Zero.Serious. First time aku pakai produk yang memang takde effect nak purging bagai sangat ke hape ke.. Tapi..ni pun bergantung kulit wajah jugak.
3- Tepuk hingga korang rasa macam muka korang melekit, dan perasan telapak tangan korang macam sticky melekat2 skit kat kulit muka. Hah..tu tandanya lotion ni cepat menyerap dalam kulit. Effect dia memang cepat. Pastu kulit muka korang akan rasa lebih lembut.
4-Aku selalu pakai lotion ni dimuka, leher dan lebihan lotion ni aku gosok kat tangan hingga ke siku. Hasilnya, kulit tangan aku yang dulunya nampak kering sekarang nampak lebih lembap dan lembut.
5- Kalau first time pakai, maybe effect bergantung kulit wajah kita macam mana. Macam aku, first time pakai, takde rasa apa sangat, tapi bila dah nak masuk seminggu macam tu, baru aku perasan muka aku macam lain sikit. Nampak minyak muka dah makin berkurangan dan kalau keluar dating dengan husband aku tak mekap pun ok. Kulit muka nampak sekata.
6- Selalu aku pakai Hada Labo ni sebelum tidur dan kalau hujung minggu baru akan pakai time lepas mandi. Kalau sebelum tidur, aku cuma akan pakai lotion ni jer, tanpa pelembap. Sebab jenis kulit muka aku berminyak, since Hada Labo ni rich with moisture, tak perlu pelembap dah. Sebab aku perasan, kalau pakai sekali dengan pelembap, besoknya bangun tido muka dah macam minyak masak. Dan kecenderungan jerawat2 kecil tu akan muncul. Cis..tak bestnya.
7- Dan, aku tak pakai lotion ni setiap hari. Cukup la dalam seminggu aku pakai 4 hingga ke 5 kali. Kenapa? Saja. XD.
8- Lotion ni serious jimat. Since dari aku pakai time bulan puasa tempoh hari sampai sekarang, tak luak pun.nak cecah setengah pun payah.
9- Harga Hada Labo Lotion ni dalam RM50+ jer. Tahan sampai expiry date. Dan senang sangat nak beli, Pergi je kat Watson, Guardian Pharmacy. Confirm ada.
10- Sangat friendly purse . Murah dan actually..lagi daebak kot dari SKII.
Selamat mencuba. :)
p/s: Ini bukan entry berbayar. Aku cuma suka share dengan orang benda best2 macam ni. XD