Nuffnang Ads

Wednesday, 17 June 2015

Esok Kita Puasa!!

Pejam celik pejam celik..kejap jer dah nak masuk bulan Ramadhan. Esok, semua umat Islam akan berpuasa. Alhamdulilah, syukur aku masih diberi peluang untuk menyambut Ramadhan pada tahun ni. :)

Sempena nak masuk bulan yang baik dan penuh barakah ni, aku ingin megucapkan selamat menjalani ibadah puasa, andai dalam post2 aku sebelum ni aku ada mengguris hati dan perasaan sesiapa saja yang baca, terbaca dan mahu membaca post2 merapu aku sebelum ni, harap dimaafkan. Aku ni kengkadang teremosi gak kadang2 bila buat new entry..:P

Mudah-mudahan  segala ibadat kita di bulan Ramadhan ni diberkati dan diterima Allah SWT.

Insya Allah...


\


Dalam bulan yang mulia ni..ada "makhluk" yang meninggalkan kita :




Dan jangan buat2 lupa untuk bayar zakat..kalau tidak !!!





Aku sesaja jer spam gambar2 di atas sebab rasa comel sangat. Ahaks!


p/s: sumber gambar google.

Saturday, 6 June 2015

Tanda tanda korang seorang tomboy!

Aku ex tomboy. Aku tak malu nak mengaku aku dulu memang ganas, kasar, langsung takde ciri2 keayuan seperti perempuan lain. Hakikatnya, cara hidup, didikan dan persekitaran aku yang banyak dipengaruhi lelaki mungkin punca aku lebih kepada ciri2 tomboy. Pada aku sifat ala2 tomboy ni cuma satu fasa dalam hidup aku. Tapi in the end, ex tomboy macam aku kawin jugak kan? kan? kan?

Ex tomboy happy nak kawin! Ni gambar masa make up untuk majlis bertandang.


Korang adalah seorang tomboy andai:




1- perangai ala2 ganas sikit. Cakap pun takdenye nak cakap perlahan mahupun lembut. Mesti tone suara tu meninggi sikit. 



2- pakaian lebih kepada t-shirt dan jeans. Pendek kata..baju kurung pun sekali sekala je la pakai. Tu pun time raya. Kalau tak haram. Apatah lagi kain batik. Ikat kain batik pun fail haiyaa..



3-Ada masalah berkawan dengan perempuan. Lebih selesa hang out, lepak dan berkawan dgn lelaki. 



4- Korang prefer main bola sepak dari bola jaring. LOL.



5- Kalau bergaduh takdenya nak tarik rambut, swing terus! I mean..bertumbuk..lasak dan tahan kena pukul.



6- Parents korang selalu bebel kat korang perangai mengalahkan jantan. Selalu mak bapak warning nanti takde sapa nak kawin dengan korang Tapi, bebelan tu macam angin lalu jer. Ribut jap, reda. Settle.



7- Make up? Fesyen? Apa tu? Fashion sense bagi korang, selagi selesa dan tak menyusahkan diri, cool enough!



9- Korang pernah ditegur kawan lelaki korang yang korang ni cute, dan disuruh supaya mellow down a bit, tapi korang tak pernah amik pot pasal korang ingat diorang ni cuba nak ejek korang.



10- Beza tomboy dan pengkid, tomboy is straight. Tomboy tidak sepenuhnya berpewatakan seperti lelaki. Tomboy did not hide their boobs!



11- Biarpun tomboy ni nampak mcm tough, tapi masih seorang perempuan.  Keras hati sekalipun, lama2 lembut jugak. Terutamanya bila menyukai seseorang lelaki.



12- Bila seorang tomboy berubah, perubahannya adalah kerana mahu menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ataupun, mungkin Sebab meminati seseorang lelaki, maka dia membuat keputusan mahu berubah.



13- By the time tomboy becomes a true women, guys will wow them for good. Remember Bella from Twilight? Edward just can't take his eyes off her! 



14- Pretty girls never a good friend for a tomboy or an ex tomboy. Enemy till the end. True story from experience.



15- Last but not least, tomboy is just a character or a phase, it doesn't really change who you are anyway.  Nothing to be ashamed off. Be yourself.




 And again, ni cuma pendapat aku je la. 



Till then peeps!


Wednesday, 3 June 2015

TV series best yang korang patut tengok dan follow

Aku suka tengok tv. Tengok tv adalah salah satu cara aku release stress selain jogging, main game, makan dan todi..oops tido. Tapi..aku tak tgk citer macam  Rindu awak 200%, Isteri separuh masa, Suamiku memang sotong..bla..bla..tu semua. Not interested. Entah kenapa dont ask me why.


Mungkin dah sebab dasar suka tengok citer luar, sebab tu bila tengok citer macam yang tersebut di atas tu..rasa janggal. Hmmm.

Anyway, kalau korang kaki tv jugak macam aku. Boleh lah try tengok a few recommendation di bawah:




1- The Mentalist - Channel FOX HD 724

Tajuk yang mental semental pelakonnya. Actually aku start follow citer ni dari season 2, sebab season 4 baru jer on last week. Citer ni pada aku kalau takde Patrick Jane (Simon Baker) , hanyalah sebuah citer penyiasatan tipikal biasa. Citer ni best sebab ada watak ni. Patrick Jane, seorang konsultan yang memiliki kelebihan menginterpretasikan minda dan kelakuan pesalah untuk pihak CBI, California Bureau Investigation yang membantu dalam banyak kes bunuh. Sebelum dia jadi konsultan untuk pihak CBI, dia adalah seorang "con man" (Penipu) yang sangat berjaya. Hidup Patrick Jane berubah bila dia menolong polis dalam satu profile penjenayah yang dinamakan "Red John", yang akhirnya memakan diri Patrick Jane sendiri bila isteri dan anak perempuannya mati dibunuh. Sejak tu, dia menjadi konsultan bagi pihak CBI dengan satu tujuan juga, menjejaki Red John demi membalas dendam.

Kenapa aku recommended citer ni? Sebab Patrick Jane ni pak lawak giler2. Pastu kengkadang tak sure apa yang dia pikirkan. Semua tindakan dia sometimes orang tak perasan dan sentiasa one step ahead. Dan dia juga seorang yang sinis, sarkastik dan pandai memanipulasi orang lain mengikut kehendaknya. That's amazing dont you think?


2- The Constantine - Channel Fox HD 724

Constantine version movie dah ada. Ala yang Keanu Reeves berlakon tuh.  Rasanya, yang tu lama dulu.. Yang ni pulak tv series dia. Ni siri baru. Baru season 1. Even aku tau citer ni sangat mengarut. But then, not bad. still enjoyable. Tengok jer. Jangan pikir. Kalau pikir memang akan rasa macam citer ni dah sesat sangat. Citer ni mengisahkan John Constantine , seorang "demon hunter" yang menggunakan kelebihan yang dimiliki tentang  dunia syaitan, cuba menghalang dari kuasa2 jahat dari cuba bangkit dan menghancurkan umat manusia.

Storyline sounds a little bit cheezy, but still enjoyable to watch. Effect CGI was good an a fast pace type of series. Takdenye nak buang masa tgk adegan yg tak perlu.


3- NCIS 12 - Channel Fox HD - 724

Ala2 CSI. Tapi yang ni lawak sikit. Sebab ada Mcgee & Dinozzo. Mangkuk hayun kengkadang aku tengok dua ekor ni. Suka buat lawak tak bertempat pastu kantoi dengan Gibss. Ahahha. Citer pasal NCIS team yang penuh dengan propaganda US dan selalu bangkitkan isu pengganas. Asal pengganas jer orang Islam, Russia, bla,.bla....Hmph..hampeh. But anyway, tengok sekadar suka2 jer bolehlah.

Tengok boleh. Percaya jangan. Sebab motif citer ni pun propaganda lebih.


4-A birth of a Beauty - Channel ONE HD - 393

Ala2 citer 200 pound Beauty. Mengisahkan tentang Sa Geum Ran yang dahulunya gemuk membuat pembedahan plastik demi mencantikkan dirinya bagi membalas dendam terhadap suami dan keluarga mertuanya. Geum Ran yang ketika hidup lamanya dibenci dan tidak disukai keluarga mertuanya. Mertua Geum Ran menganggap dirinya memalukan kerana bentuk fizikalnya walaupun Geum Ran bijak dan rajin menguruskan rumah tangga. Penentu hidup Geum Ran sampai ke kemuncak apabila dia mengetahui yang suaminya cuba membunuh dirinya bila mereka bertengkar kerana Geum Ran mengetahui suaminya curang.

Akibat peristiwa itu, Geum Ran membuat pembedahan plastik dengan pertolongan seorang doktor pakar dalam plastic surgery, Han Tae Hee, Bagaikan mendapat azam baru, Geum Ran mengubah namanya kepada Sa Ra, demi membalas segala perbuatan suaminya sebelum ini. Macam2 benda pelik2 dan kelakar yang dua ekor ni buat bagi menjayakan rancangan mereka. Dan tanpa disedari..Han Tae Hee slowly jatuh cintan kat "Ahjumma" yang dicantikkan dirinya sendiri.

Chemistry yg mantap dari dua lead. And, they look so cute together. XD


5- 3 Meals a day - Fishing village - Channel M 395 -

Memula masa aku tengok rancangan ni, aku dok pikir, citer pasal apa ni? Nampak macam tak best jer. Tapi aku layan je la. Tau2 dah habis. Nampak tajuk macam boring, tapi best sebenarnya.

Dalam rancangan ni, korang cuma akan nampak 3 orang lelaki, tinggal dalam 1 rumah kecil di sebuah pulau nelayan kecil di Korea. Kerja sehari2 , sorang tangkap ikan, sorang masak, sorang kemas rumah. Tapi yang paling menarik perhatian adalah Cha Seung Won. He can really cooked i tell you! Siap boleh buat fresh tomato sos lagi, kau hader?? Bagi la apa pun..mamat ni memang terror giler masak!

Aku rasa siri ni best sebab value dalam citer ni. Sebab ianya real. Katakanlah kalau sorang mamat ni tak dpt pancing ikan, maka tak makanlah diorg malam tu. So kena la si "chajumma" ni masak jer apa yang ada.

Aku suka tengok sebab siri ni mcm dekat dgn realiti sebenar kehidupan. Something yang kita boleh kaitkan, right?


6- What shall we eat today - Channel M 395

First time aku tgk program ni aku confuse jap. Ni rancangan masakan ke rancangan makan2? Sebab dua org hos dia sambil masak sambil makan...tengah2 dok gaul...amik sikit2 makan makanan yg dia tgh masak tu. I was like..huh?

But, program ni lain dari rancangan masakan yg biasa kita tgk. It's fun, funny . Sebab sorang hos ni cool giler.Apa jer yg dia masak menjadi. Sorang lagi pak lawak. Masak ikut suka hati dia. Sometimes jadi, sometimes tak.

Dan..lepas diorang habis je masak. It's time to dig in. Seronok tgk diorang makan. Serius memang makan betul. Sampai aku pn dok telan air liur jgk tgk diorg ni makan.XD

Lagi apa ek...hmm..tak dpt difikirkan lagi buat masa sekarang. XD
.

p/s: Sumber gambar google.