Nuffnang Ads

Tuesday 24 February 2015

Tips kalau korang terasa seperti black sheep in the family..

Aku anak kedua. Satu2nya anak perempuan kat rumah aku. Dari kecik memang pendiam, dan suka buat hal sendiri. Degil. Memang kepala batu. Bak kata encik husband. Pastu..perangai pulak pelik, Baran. suka buat benda yang bukan sumer anak perempuan lain akan buat. Tumbuk budak lelaki, bergaduh dengan budak lelaki. Ponteng sekolah..pendek kata, aku bukan anak perempuan mithali ler. 

Ingat jadi anak tunggal perempuan ni seronok sebab ye la..kitakan satu2nya anak perempuan dalam family. In the end, adeh. Kena buli lagi adalah. Dan jadi maid tak bergaji. Tapi, takpelah.,.sebab benda tu sumer dah membuatkan aku train diri aku lebih berdikari. Tak bergantung pada family sangat. kebanyakan benda aku akan usahakan sendiri. Walaupun aku ni takdelah pandai mana. Buat setakat yang boleh je la..

Makin aku meningkat dewasa, makin aku perasan aku ni ada 2nd child Syndrome. Segala sifat dan perangai aku seperti di atas memang kena . Dan aku perasan, aku bukanlah 'favourate" sangat dalam family aku sendiri. But then, This is me. Maybe sebab aku ni jenis yang suka 'langgar" peraturan /tak ikut cakap  mak bapak sangat. Tapi, even aku langgar sekalipun, bukanlah benda yang buruk. Contoh, family aku nak aku carik kerja kerajaan, aku carik keje swasta. Suruh cari menantu yang menepati ciri2 yang parents aku nak..aku pilih pilihan aku sendiri. Ada sebab dan alasan kenapa aku opt untuk tidak ikut apa yang parents aku nak. 

So, kalau korang terasa macam "kambing hitam" dalam keluarga, tak payah sedih, tak payah nak rasa terasing ke apa..buat bodoh jer dan layankan family anda seperti biasa. Hakikatnya, mungkin korang rasa sedih, terkilan, even aku sendiri kengkadang rasa macam tu, but, bear in mind, pikirlah dengan matang, Mereka masih mak ayah yang jaga dan besarkan korang. Buruk ke..baik ke..still diorang adalah mak ayah kita. Aku selalu buat macam ni jer..:






1- Mungkin akan nampak parents kita macam lebihkan adik beradik kita yang lain. Don't be sad. Buat something yang akan membuatkan mereka nampak kita  satu hari nanti. Dalam kes aku, aku lebihkan tolong mak bapak dari segi buat keje rumah , kemas apa yang patut..bla..bla..walaupun diorang tak suruh, tapi aku buat.

2- Selalunya bila family kita dlm kesusahan, baru tahu sapa sebenarnya yang amik berat tentang family. For some reason, bila time family aku perlukan pertolongan, semua orang akan carik aku. Pelik, but Im fine with that. 

3- Bila balik, aku selalu akan buat shopping stok kat rumah family aku. Cukupkan mana yang tak cukup. Dan kalau ada yg mintak duit, aku bagi jer. Sebab aku jarang balik. Tapi sebab ni jugak  org amik kesempatan. Sebab aku tak pernah menolak. Takpe..tolong jer. 


4- Bersikap ramah jer dengan adik beradik korang even diorang ni berat mulut dan asyik dengan handphone jer dari  nak tegur korang. Tak luak pun. Adik beradik sendiri jugak. 


5- Even parents aku kurang communicate dengan aku, aku still layan diorang macam biasa. Hormat sebagai seorang anak kepada mak ayah. 


Although sometimes aku terasa aku tak dapat support yang aku nak dari family aku, still, aku cuma ambil pendekatan bersabar. Itu yang aku buat dari kecik. Tahan..dan tahan. Tipulah kalau aku cakap aku tak terasa, but..hidup memang macam tu. Dugaan hidup masing2 berbeza. Dan, in this case, inilah dugaan aku.


Don't be sad if you are the black sheep in the family. Because if you did, black sheep will always be black. And again, just my two cents.


P/S: Sumber gambar google. Pendapat hanya luahan peribadi penulis.










No comments:

Post a Comment