Nuffnang Ads
Thursday, 29 January 2015
Wednesday, 28 January 2015
Tips beli Hantaran buat pasangan budget!!
Masa aku nak kahwin dulu, bab2 beli hantaran ni aku dan husband settle sendiri. Takde orang yang tolong mahupun hulur nak beli barang2. Bertuahlah badan bakal pengantin andai banyak sponsor itu dan ini, mak bapak..adik beradik banyak tolong.
SO, sebab aku ni sedar diri tak berduit sangat dan perlu kawal cash flow, aku dan husband aku cuba seboleh mungkin untuk beli barang2 sendiri. Kat bawah ni antara perkara yang kitaorang buat dan beli untuk hantaran.
Hantaran masa aku kahwin dulu, 5 dulang berbalas 7, tapi dlm entry aku yang ni, terlebih la pulak jadinya. Tetiba last minute terpaksa buat dulang lebih sebab ada orang bagi..so, by that time, dah tak kisah la berapa banyak pun dulang yg dibagi.Hihihi..
1- Siapkan listing dan bincang dengan pasangan barangan apa yang diperlukan, boleh diguna pakai dan tahan lama selepas berkahwin. Kalau korang pasangan budget. jangan mintak bakal suami atau bakal isteri belikan hantaran berdasarkan minat korang ataupun korang pikir time ni la nak "pau" pasangan masing2. Parah tu. Orang sekarang kalau hantaran memang gempak. Bagi laptop, kamera DSLR, Ipad, Iphone, gitar elektrik la , apa la...Dan yang paling penting, tak yah nak terpengaruh dengan "Raikan Cinta" punya program. Sebab kebanyakan pasangan pengantin dalam program ni sumernya berkemampuan. Memang nampak cantik dlm TV. Tapi poket nanti lagi sakit.
Time ni kena banyak bertolak ansur dan paham situasi kewangan pasangan masing2. Nak kawin kan?
2- Beli barangan at least satu atau dua barang setiap bulan. Aku dulu, habis jer merisik, sebab kitaorang takde tunang, Next month jer dah terus beli barang sikit2. Guna duit gaji untuk mana yang mampu.
3- Actually kalau nak lagi budget, bagi hantaran dalam bentuk makanan jer. Serious jimat. Bagilah Tat Nenas ke..Almond London ke..kek buah ke..buah-buahan..coklat, manisan2 tradisional tu hah. Memang jimat. Aku terbaca dalam a few random blogs yang Ustaz Don pun buat macam ni. Sempoi jer.
4- Dan kalau nak lagi budget, buat hantaran display. Maksud aku, masa aku kahwin dulu, aku nak bagi jam tapi husband aku cakap tak yah beli sebab dia ada jam mahal dapat sebagai hadiah, tapi tak pernah pakai. So, jam tu nampak eksklusif giler, Jenama Skagen. Hadiah2 pun..nilai jam tu dalam RM600++ . See..dah boleh jadi "calon" hantaran dah. Settle satu dulang. Tak yah kuar "ka ching" pun.
5- Guna kad kredit. Kenapa aku cakap kad kredit? kat sini korang nak limitkan penggunaan cash dan beli barang secara bulk shopping. Kalau cash, memang kita akan nampak cepat sangat cash flow keluar sebab banyak sangat membeli barang, Tapi, make sure kad kredit tu takde outstanding balance. Dan lebih baik, limitkan penggunaan. Kebetulan dulu masa aku nak kawin, Swiss Polo ada buat sale giler2 kat IOI Mall, Puchong. So, most of hantaran untuk husband aku , kasut, belt, wallet beli kat situ jer. termasuk a few hantaran belah aku. Nampak macam banyak barang , tapi bila bayar..baru habis dalam RM300++ . Untung tak?*wink* wink*
Dan of course,. make sure bayar balik on time sebelum interest naik!
6- Beli time SALE!! Macam point #5, Beli time sale tersangatlah untung.
7- Aku tak paham kenapa, bila orang nak kawin jer, mesti atau wajib beli kat SOGO! Padahal tu la tempat yang aku paling anti dalam KL ni. Serious..barang sama yang SOGO tu jual, boleh dapat lagi murah kat tempat lain. Nak lagi best, barang yang diorang jual tu untuk clearance stok jer. KLCC lagi murah bila sale dari kat SOGO to hoh. Serious, tak paham!
Cuba luaskan tempat untuk beli barang hantaran ni sebab banyak je tempat best yang lain, yang lebih baik. murah dari SOGO.
8-Dalam seronok, excited nak beli barang hantaran ni, cuba letak satu jumlah yang realistik nak beli barang hantaran ni. Kalau kita takde kredit kad dan pakai cash, limitkan penggunaan cash bwh RM1000 ke, apa ke..bergantung pada kemampuan.
Kalau ada credit card, dan nak jimatkan penggunaan cash, limitkan jugak amount yang kita nak pakai. Contoh, kalau limit kad kredit ko RM13000, guna je bwah RM1000 macam tu. Still, kena control sebab taknak dicharge interest yang tinggi.
9-Jangan ikut orang lain. Kalau orang lain bagi hantaran grand, glam, mahal, biarlah..itu rezeki dia. Ini perkahwinan kita, cara kita, budget kita. Ukur baju di badan sendiri.
10- Cincin kahwin kalau nak budget, belilah white gold. Kalau suka emas, beli jer yang 916 punya. Nak lagi murah, cari Bausch K. Harga sangat berpatutan dan design memang smart. Bausch K memang jual cincin untuk couples. Dlm RM300++ (Bergantung design) , korang boleh dapat design yang modern dalam harga mampu milik. Sebab, ianya stainless steel. Aku belikan cincin kahwin husband aku kat sini. Ada dua outlet, satu kat Mid Valley, satu kat jalan nak menghala The Curve kat IKEA tu hah. Aku beli kat The Curve.
11- Sirih Junjung? Pada aku sebenarnya tak perlu kot sebab ini lebih kepada adat. Even time aku pun sirih tu layu cam tu jer. Padahal nak menggubah dia still kena bayar upah sewa barang2. Ada ke orang dok makan sirih lagi? Yang ni terpulang pada budi bicara keluarga masing2. Kalu still nak bagi buat tanda..up to you guys.
11- Sirih Junjung? Pada aku sebenarnya tak perlu kot sebab ini lebih kepada adat. Even time aku pun sirih tu layu cam tu jer. Padahal nak menggubah dia still kena bayar upah sewa barang2. Ada ke orang dok makan sirih lagi? Yang ni terpulang pada budi bicara keluarga masing2. Kalu still nak bagi buat tanda..up to you guys.
12- Sebelum semua tips diatas boleh dipraktikkan, cubalah menyimpan dan beringat utk masa hadapan. Sebab hantaran ni, lepas kahwin, belum tentu lagi akan diguna pakai lepas kahwin.
Tips kat atas ni just for sharing based from my experience. And again, nothing is perfect, so kalau ada salah ke..tak sesuai ke...tak boleh digunakan pakai ke...apa2 je la..terpulang. Sebab lain orang, lain pengalamannya.
Happy shopping! :)
P/S: Sumber gambar google.
Saturday, 24 January 2015
Throwback: Biodata diri masa kecik kecik!!
Aku ni dah jadi old timer. Belia zaman awal 80-an. Tak tau la dengan budak zaman sekarang tapi kalau masa time aku sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah..ramai di kalangan kawan sekolah aku ada satu buku yang unik, cantik mahupun cute untuk tulis biodata diri ala2 diari. Siap ada tandatangan okey!! Kalau ada secret admirer pun..digalakkan sangatlah tulis biodata diri dalam diari tu. Time tu mana ada Facebook apa sumer. Yang ada pun masa tu kalau nak glamer sikit, Friendster. Sekarang rasanya tak wujud dah kot.
Termasuk la aku. Selalu dalam biodata diri ni kita selalu letak banyak perkara berkenaan dengan diri kita. Maklumlah budak baru nak up. Masa tu masih lagi mencari identiti diri. Masih muda dan suka pada benda2 yang entah..pelik kot. Hahahha. Tapi bila aku imbas balik, rasa macam seronok pun ada. ibarat kita ceritakan tentang diri kita tapi dalam bentuk point.
Selalu..biodata diri ni mesti ada point2 macam kat bawah ni:
Nama: ****** ***** (Bukan nama sebenar)
Umur: 31(kasik umur aku sekarang lor)
Cita2: Saintis, Doktor, Cikgu..(Hakikatnya..cakap lebih senang dari mencapai cita2. Masa kecik bukannya paham pun benda2 ni sumer. Asal cita2 tu rasa tinggi, tu la yg dipakai. In the end..kerja bidang yg tak langsung berkaitan dengan cita2. Kahkahkah)
Makanan kegemaran: Nasi campur. Tak pun nasi putih dengan telur mata letak kicap. The best in the world!!
Minuman kegemaran: San Francisco coffee, low fat milk, green tea , Teh tarik!
Pelakon lelaki fav: Lee Byung Hun, Ian Somerhalder (Damon Salvatore yang gila2 dalam citer Vampire Diaries tu hah. AKA Dante. Muka lebih kurang..hahaha), Lee Jong Suk (Pinocchio, Doctor Stranger), Lee Min Ho (muka je jambu tapi bila bergasak..pergh, dahsyat mamat ni!), Johnny Depp.
Pelakon wanita fav: None.
Status: Berkahwin. (Yes..i am married. so what?)
Anak: Belum ada rezeki lagi. Kalau tension ramai sangat orang tanya bila nak ada anak. aku akan sound.."ko tau ke ko nak mati bila?". Kasar kan? Ni cuma option terakhir kalau ko boring nk cakap belum ada rezeki. Tak digalakkan menggunakan ayat ni kerana bakal merosakkan silaturrahim. (Actually aku dah terfikir nak jawab macam ni bila tension balik kg selalu kena soal dengan sedara mara bila nak kawin..bila nak kawin..kalau nak pakai jugak,use it at your own risk, ya?"
Pekerjaan: HR - Specialize in payroll and expatriate management. (Serious sakit otak, jiwa dan raga keje ni..tapi..experience..priceless!)
Perkara yang tidak disukai: Tin kosong. Bising je lebih tapi keje tak jalan. Office Politics. Hate Opression, Pengkid, gay people dan yang seangkatan dengannnya. Sorry, not cool.
Suka/Hobi: Die hard fans for Devil May Cry game series (Baru habis main DMC:Reboot aka DMC 5), King of Fighters fans..(dulu2), makan, jogging, tidur. Ahaks. DMC ni lebih kepada release stress.
Filem kegemaran: V for Vendetta, Rurouni Kenshin - Live Action, Never been kissed, LOTR Series.
Lelaki pujaan: Of coz la husband aku! *blushed*
Sifat: Straightforward, independent, weird, short temper, high level of jealousy, tapi..cepat sedih bila tengok cerita korea. Hua3.
Hmm..apa lagi ke? anyway, contoh kat atas ni adalah antara benda2 yang kita akan tulis dalam biodata kita. Actually, it is another way of how we interpret ourselves. Biodata secara tidak langsung mencerminkan kecenderungan diri kita kat mana. Mahupun personaliti kita di tahap yang macam mana.
To me, biodata ala2 diari ni lebih kepada suka2. Saja2 mengisi masa senggang time kecik. Pape pun..memang ada sentimental value jugak la kat aku.
Biodata korang macam mana pulak ek?
P/S: Pendapat hanya idea spontan penulis semata2.
Sunday, 18 January 2015
Food: Magnum Cafe Malaysia
Akhirnya dapat jugak aku merasa makan Magnum high class *rolls eye* kat Mid Valley tu hah hari ni...setelah berminggu2 tunggu nak makan kat situ..Excited ? Yeah!!
Magnum cafe KL |
Hari ni macam biasa..orang cuti aku "part time" buat keje dari pagi sampai ke petang. So..balik keje tadi aku terus dok ajak husband aku singgah Mid Valley sat. Ye lah dah alang2 area Bangsar dan kebetulan hari ni kat Mid Valley tak sesak.
Sampai je...pergh...tak pernah tak kena beratur kalau nak merasa makan Magnum kat sini..punya la ramai orang..
Aduyai..jauh lagi daa... |
Dah masuk kat dalam ni ...lagi la kena beratur..alahai...
Kat sini kalau nak makan, either kita makan yang take away ataupun boleh dine in kat situ. Tapi..for starters, aku dengan husband aku decide utk take away. So..kita boleh pilih samada nak perisa vanilla ataupun coklat. Aku dengan husband pilih perisa vanilla. So, once korang dah pilih aiskrim mana yang korang nak..sila pilih 3 jenis toppings yang berbeza pulak..
RM20.00! |
Magnum 1 - Rose petals, gold nugget & chopped almond Magnum 2 - chopped almond,pistachio & Oreo |
Aku - dip in milk chocolate, topping, rose petals, gold nugget dan chopped almond. Pastu disira pulak dengan milik chocolate.
Husband- dip in milk chocolate, toppings, chopped almond, chopped pistachio dan Oreo. Inilah rupanya.
Waiter2 kat sini memang ramah2 belaka. Semuanya senyum je hoh don't worry..memang diorang treat kita like a real guest!..macam akak ni..
Cara2 membuat toppings Magnum |
Ok..sekarang meh kitaorang testing makan pulak!!
Actually rasa dia memang macam rasa Magnum yang biasa kita beli kat shopping mall takpun kat mana2 kedai runcit mahupun 7-Eleven tu hah.. bezanya ..bila kita makan version yg ada toppings ni rasanya sedap dan unik la..apalagi kalau korang pilih toppings letak chili flakes..manis dan pedas...macam mana rasa dia ek??
So far..boleh tahan la..untuk ais krim toppings yang berharga RM9.90 gitu. Macam toppings aku, rasa sedap la jugak, cuma bila termakan rose petals tu ada rasa cam liat2 sikit. Pastu kalau nak makan benda ni..pastikan kengkawan, BFF, boyfriend, girlfriend mahupun laki bini korang sporting habis. Sebab ...makan benda ni confirm comot. Dah tak comel jap. Selalu2 lah tanya diorang ni..ada benda tersekat kat gigi ke...bibir berselumuih ke...comot ke..hape ke..jangan berat mulut ek. Nanti kang ada kesan2 yg tak diingini. Hihihi..
Reason being aku nak gi try jugak rasa Magnum kat cafe ni just for experience. Ok la jugak. Even lenguh, jenuh dan boring beratur panjang giler. Sebab aku memang suka benda2 baru macam ni. Sekali sekala boleh la kalau nak sesaja makan snek *high class* macam ni kan...And..another thing..dapat spend quality time dengan husband aku.. :)
Magnum..ko memang sedap..tapi..kitaorang kebulur ni hoh..so peace yeah..Wong Solo next!! |
Tapi..in the end...kitaorang tetap singgah makan kat Wong Solo..sebab..even Magnum memang sedap...rasanya..makan ayam penyet Wong Solo lagi sedap dan kenyang kot...XD
P/S: Pendapat hanya luahan penulis semata2.
Monday, 12 January 2015
Gadis melayu bertudung dipeluk artis Kpop?
Mesti dari semalam dok viral pasal gambar beberapa orang gadis Melayu yg dipeluk artis Kpop yang apa ke nama tah nama kumpulan tuh, B1A4? Nama pun susah nak ingat. Muka jambu macam ni yang orang kita gila-gilakan sangat??
Aduyai dik..minat tak menghalalkan cara ok. Nak minat tu boleh..tapi, ingatlah kita ni orang Melayu ada adat, budaya dan agama yang perlu dijaga. Ye..aku tau diorang ni hensem2 tapi..hensem2 pun bukannya leh buat apa...bukannya leh bawak jadi material husband pon..dahlah tak S****!! HAHAHA.
Seriously, apa nak jadi dengan orang Melayu sekarang. Perlu ke nak jadi stok memperbodohkan diri sendiri. Dah tu..siap bertudung lagi. Habis tercalar reputasi orang yang bertudung. Tudung tak salah..orang yang pakai tudung tu yang salah sebenarnya.
Dan lagi satu, aku rasa kumpulan kpop ni pun tak profesional jugak. Kalau ye pun nak "beramah mesra" dengan peminat. Amik tau la sikit budaya negara yang dilawati tu macam mana. Rasanya..artis kpop lain yg pernah datang Malaysia pun takde la pulak kontroversi macam ni, Tengok macam Running Man, ok jer.
Aku pun minat artis Korea ni jugak..tapi taklah sampai nak pegi peluk2 diorang ni. Kalau perempuan tak pe la lagi. Kalau ye pun excited diorang ni datang Malaysia tak perlu sampai nak merendahkan diri sebagai remaja bertudung. Dah terang2 peluk cium tu patutnya korang tolak. Tak pun cakap "No!"
Tak kesian kat mak bapak ke? Remuk hati mak bapak kalau dok tengok anak dara dia dipeluk cium bangsa kulit pucat ni ha..
Kengkadang aku tak paham dengan orang Melayu kita ni. Punya la banyak lelaki kat Malaysia ni, kenapalah suka sangat pilih bangsa luar? Tu belum masuk bab yang dok couple dengan orang asing yang lain2 tu ha..like Awang Hitam..Indon..Nepal dan yang seangkatan dengannya.
Adik manis..adik manis..abang bai ada sayang juga sama adik manis!! Sayang? Sayang menjerat diri namanya tu wei..
Aku terbaca komen Khairy Jamaluddin ni kat Wanista.:
“Banyak dikatakan tentang Kpop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark dan handsome,bukan pale, skinny dan pretty. Itu bukan lelaki sejati.”
Yeah. Setuju 200%.
p/s: Sumber gambar dari wanista
Saturday, 10 January 2015
Profesionalism, Office Politics and Relationship
Baru2 ni aku baru sahaja habis buat KPI appraisal dengan boss aku. Honestly speaking, sepanjang aku keje company aku yang sekarang ni aku tak tau la appraisal style lagu mana. Nak kata salah..tak jugak. Nak kata tak salah pun. tak boleh jugak.See..tersepit kat tengah2.
Kalau yang memang keje swasta ni, of course dah terbiasa dengan term KPI (Key performance Indicator) masa nak buat appraisal kan. So..memang akan masuk la bab2 profesionalism la ..relationship kita dengan rakan sekerja la...macam mana kerja kita..achieve KPI atau tidak dan lain2 isu berkaitan kerja yg berkaitan.
Actually, professionalism is good. Sebab kalau kita boleh tunjukkan kita ni profesional, kita akan dipandang tinggi oleh orang lain. Even office mate kita pun confirm senang nak keje dengan kita. Tapi..aku rasa mungkin sesetengah orang yang "tertindas" sebab profesionalism. Biasanya boss akan selalu cakap atau gebang kat kita suruh maintain profesionalism so orang sekeliling akan pandang tinggi kat kita. Tapi bukan semua orang boleh maintain level profesionalism yang sama. Sometimes boss kita sendiri tak profesional kat staff dia. Bila ada hal urgent, kita terpaksa minta signature dia, tarik muka..buat muka masam..tinggikan suara la..Selalu buat body gesture yang menunjukkan boss tak nak berinteraksi dengan staff. Cuba kalau staff pulak yang buat benda macam tu. Orang sekeliling dok menyibuk , bagi feedback kat boss cakap kita ni tak professional la ..tak matured la...negative mind la...apa la...Dan..in the end, appraisal kita jadi mangsa. Mana keadilannya kat situ? Sebab boss kita sendiri pun tak profesional kat staff sendiri. Orang tak nampak pulak? Ye..aku tau..boss kan . Apa yg boss buat semuanya betul.
Lagi satu yang aku perasan. Ni pendapat aku je la. Profesionalism dan emosi takkan klik! Cuba bayangkan ko tengah banyak keje, email masuk macam banjir at the same time plak rakan sekerja ko tanya soalan yang macam lahanat, padahal dah diberitahu banyak kali..siap ajar lagi, lagi nak tanya kita soalan "bodoh" tu. Tak rasa ke macam ei...nak bagi back flip sekali kat colleaque ko tuh? Sebab benda2 macam ni memang banyak giler terjadi kat aku. Apa perasaan dan emosi aku time tuh? Tak stabil. Macam mana nak maintain profesionalism sepanjang masa? Kalau ko bukan setakat buat keje ko jer, ko kena assist boss ko, manager ko and at the same time lagi colleaque ko. This is all about emotions, attitude and respect as a human being. Aku macam menyampah dengar kebanyakan orang kat office aku yang cakap pasal profesionalism tapi diri sendiri tak profesional langsung!
Tu baru bab profesionalism, meh cakap pasal office politics pulak. Hah..yg ni..kat mana2 pun ada. Tak kisahlah samaada kerja swasta mahupun kerajaan. Confirm ada. Bezanya, macam mana ko nak handle.Tu jer. Sebab aku dah boleh dikatakan agak seasoned laa jugak keje kat company ni, aku dah tau dah segala taktik politik kat office aku ni. Tapi, yg sedihnya, sebab aku dicap tak profesional, maka aku dok terheret jugak dalam ofis politik ni. Tapi, so far i can handle it well. Tak kisah pun. Sebab aku tau, kat ofis aku ramai orang cakap buruk pasal aku tanpa mengenali siapa aku sebenarnya. Gossip, orang mengata apa sumer , cukup!. Tapi, in a positive side, aku ambil ni sebagai cabaran utk membuktikan yang aku perform based on work, bukan kaki kipas boss..nak jadi budak suruhan dia tak bertempat atau tanpa berfikir. Satu benda yg memang aku tak suka dari dulu. Tapi, nak buat macam mana..inilah realiti dunia kita sekarang.
Dan lagi satu culture kerja yang cukup buat aku really thinks that its pathetic, relationship. built rappo!. Benda yang paling aku menyampah. Honestly, really? seriously? Apa kaitan dengan relationship dan kerja kita? Time kerja buat cara kerja la.. Bukannya dok mengampu boss apa sumer. Nak lagi best, orang yg macam ni la suka amik kesempatan. Sebab dia "berpayung". Kita tak. Kita hanya "berpayung" pada kaki dan tulang empat kerat ni sendiri dan hanya tunjukkan "relationship" dari segi kerja sahaja. Tapi aku amat bersyukur sebab kalau bila aku deal dengan vendor luar, diorang sangat profesional. Kita berdiri atas kaki sendiri dan usaha atas kaki sendiri. Itu boss tak nampak. Dia hanya nampak bila kita buat silap..dia cuci tangan dulu. Kita ni la yang terseksa. See..is this the professionalism that they want?? Siapa yang tak profesional sebenarnya?
But then..sebelum appraisal aku habis..aku straight to the point cakap aku takkan lama pun kat company ni. Sebab..dah boring dah dengar alasan yg diberikan sebab apa aku tak dinaikkan pangkat.
"Because you are not professional!" Kata boss aku.
Aku dalam hati..
"Hell right! Time for plan B!
Kalau dengan menjadi "profesional" aku terpaksa menjadi hipokrit, forget it!!
P/S: Sumber gambar google.
Wednesday, 7 January 2015
Azam tahun baru..perlu ke??
Actually azam untuk tahun baru ni perlu ke? Sebab dulu pun every new year memang aku ada pasang azam jugak..tapi azam tu langsung tak pernah menjadi. Delay punya delay..punya delay..terus tak buat.
Tapi, bila aku tak berazam, jadi pulak! Misteri betul hidup aku ni hohoho..tapi ini bergantung la. Sebab azam ni sesuatu yang subjektif. Dan bergantung pada individu itu sendiri. Kalau korang jenis yang memang suka buat azam dan capai azam tersebut sebelum tahun tu berakhir, baguslah! Sebab korang memang positif dan berdisiplin.
Tapi kalau perangai macam aku ni hoh, suka buat keje last minute pastu buat benda sumer main spontan jer, kalau rasa2 nak buat, buatlah...kalau rasa2 tak nak buat..tak buatlah, baik tak payah nak berazam sangatlah. Azam lama2 jadi pekasam...meh..!
Having said that, tak bermakna aku ni tak berazam langsung. Actually ada a few things jugak la in my mind which I want to "achieve" lor kononnyer..Tapi jadi achieve atau tak itu masih lagi menjadi misteri, Ibarat MH370 yang tak dijumpai lagi tu hoh..pape pun..at least aku ni masih ada harapan lagi lor..Meh tengok listing kat bawah ni samaada jadi ke tak azam aku untuk tahun ni..
1- Tukar Kerja.
Rasanya..dah banyak entry kot sejak aku ada blog kecik dan tak famous aku ni dok citer pasal tukar kerja..resign..tukar kerja..resign..husband aku pun boring dok dengar aku citer pasal benda ni. Dah tau apa yg patut dibuat, lagi mau tanya.Aisey. Masalahnya, bukan aku taknak tukar kerja, tapi aku suka kerja aku cuma sekarang ni ibarat semua benda dah jatuh kat kepala aku. Baru2 ni pun time cuti aku terpaksa datang kerja on and off untuk siapkan parts of my job sebab orang lain tak tau apa nak buat. Pathetic giler aku cakap. Belum lagi kira time cuti macam aku tak cuti jer. Dari pagi dok menjawab call dan sms boss aku pasal hal kerja. Time aku tgh goreng ikan pun nak call?? Bayangkan sebelah tangan kiri ko jawab call, pastu tgn kanan ko tengah dok balik2 ikan tu takut hangus..Haisey..seksa wey. Mungkin dah sampai masa kot aku kena angkat kaki.
Aku ni bukan kaki suka lompat2 kerja. Sebab once aku dah ada kerja, aku akan kerja sampailah aku tak leh nak adapt lagi. Rasanya kali ni memang agak keterlaluan la. Sampai kerja orang lain pun aku kena handle padahal orang tu dok hire orang jer tapi yang lain sumer tak nak buat. Aduyai. Serius penat. Aku kena decide cepat la gamaknya.
Moral of the story: Work & life balance is very important. Aku taknak end up macam zombie. Serius! takde perasaan.
2- Belajar Bahasa Jepun - Official and not casual!
Aku suka tengok drama Jepun, anime dan yang seangkatan dengannya. In fact, aku pernah amik kelas bahasa Jepun. Satu masa di universiti dan satu lagi masa aku baru start kerja. Tapi..dua tiga kelas aku datang pastu aku drop sebab boring giler belajar benda basic yang aku dah tau. Masa aku nak register although aku cakap aku boleh bawa yang Intermediate skills for Japanese Language tu diorang tak bagi sebab takut ada benda yang aku tak belajar lagi.Aku pun..oklah..tapi bila masuk kelas, baru nak mengajar cakap Ogenki desuka? (Apa Khabar), Ohayo gozaimasu..(Selamat pagi)..bla..bla..bla..terus hilang mood nak belajar. So, aku drop je la. Semua ni ibarat just like casual study. Aku ada skill tu tapi takde apa2 documentation yang official mengatakan aku pernah belajar bahasa Jepun. Kebetulan tetiba tahun ni rasa cam rajin la plak nak belajar balik bahasa Jepun ni. Ingat nak amik kat UITM tapi kelas Bahasa Jepun dah penuh. Sayang sgt. So, aku decide utk tunggu pengambilan yg seterusnya la utk tahun ni,.Kalau dah amik..boleh try amik Japanese Language Proficiency Test plak. Mana tau pas ni leh jadi lecturer bahasa Jepun pulak ke..ahahahaha..
Moral of the story: Belajar jangan hangat2 taik ayam. Pfft...!!
3-Simpan duit nak beli rumah.
Sekarang takpe lagi sebab tinggal rumah mertua. Tapi..sampai bila? aku teringin jugak nak ada rumah sendiri. So..kena gigih lagi simpan duit sebagai persediaan nak beli rumah. Rumah sekarang makin lama makin mahal, tapi at least lebih baik ada rumah sendiri. Kan? Tak kisahlah samada kat KL ni ke..ataupun kat home town aku tak tau lagi. Kumpul duit dulu baru leh citer pasal hal ni, ye dak? No money..no talk!
Moral of the story: simpan duit vs shopping..takpe akan pastikan "simpan duit" itu menang! *rolls eye*.
Kejap..ada lagi ke azam aku untuk tahun ni? err...so far yang aku terpikir dan Insya Allah boleh buat takat ni dulu la. Banyak2 azam sangat kang tak terkejar aku dibuatnya.
p/s: pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar google.
Subscribe to:
Posts (Atom)