Nuffnang Ads

Tuesday 2 December 2014

How I meet him....

Ada la satu hari ni aku naik ke level lain dalam dept aku. Kebetulan time tu aku terserempak la dengan sorang budak kecik ni ha. Dari jauh dok tersengih2 pandang aku. Aku dalam hati terdetik macam ni;

    "Ele budak ni.. muka jambu lagi..ada hati nak ngorat aku. tolak troli je pun." 

Berlagak giler s*** aku dulu. Tu dulu. Aku pun time tu just angkat kening je la. Sebab aku bukannya kenal budak jambu ni sapa. Heh. Tak main la budak2 muda ni. Entah ada duit ke idak. Ahaks..


Babak ke dua:

Aku baru kuar dari satu dept ni yang namanya Fullfilment Officer. Tetiba terserempak lagi dengan mamat jambu ni:

"Ala...mamat ni lagi..apasal la asyik terserempak je kejenya dengan dia ni". Hati aku terdetik.

Anyway, control ayu je la. Tapi tak jadi sebab:

"Kak Pah!" wei ko dari mana Kak Pah!" Tetiba budak jambu ni jerit  nama "timangan" aku.

Aku punya bengang, tak jadi nak keluar , patah balik aku balas kat mamat ni. Pantang betul orang panggil aku Kak Pah!

"Wei ko apa hal panggil aku Kak Pah?? Nama aku  ****** la!" Aku cam bengang je dengan mamat ni. Besar kecik besar kecik je aku tengok dia ni. Sambil tangan aku ringan je dok pukul2 mamat jambu ni.


Babak ke tiga:

Still dalam dept yang sama gak. tetiba ada budak2 dalam tu suwey betul jerit2 macam ni:

"Woi..***** ..tu kakak tu..Awek ko datang wei!!!" Sorak sorang budak dalam dept tu. Pastu sumer dok menyahut. Aku panas je. Tapi aku buat bodo je la. Mamat tu pun diam kot. Malu agaknya. Ye la..sesuka hati je bebudak ni dok couplekan aku dengan mamat jambu tuh! 


Itu antara a few "moments" buat pertama kali la aku kenal mamat ni. On & Off..sometimes ok..sometimes tak ok.. Tapi slowly aku memang kengkadang  teringat jugak pasal mamat ni cuma tak serious sangat la sebab time tu aku masih lagi dalam komitmen yang tinggal suam2 kuku jer. Tinggal nak berakhir je la.


Honestly..tak dinafikan yang mamat jambu tu boleh tahan hensem gak la orangnya. Sebab bila aku tengok gambar dia kat Facebook, muka not bad, fotogenik gak. Ececece.. Tapi ye la. Aku ni kan ego orangnya. At the same time, gaduh2 pun mamat ni sebenarnya baik budaknya. Rajin kerja, tak pernah buat hal pastu sense of humour dia memang kinda taste aku jugak la. Pastu..aku suka gak tengok dia ni sebab dia tinggi. 

Hinggalah ....mungkin nak dikatakan jodoh, aku mintak tolong dia ajar aku satu benda. Bawak kereta. First time dia ajar aku tu aku macam..wow bagus giler mamat ni. Sebab dia tak pressure aku time ajar nak bawak kereta. Dari situ jugak aku kenal perangai mamat jambu ni lebih kurang aku jer. Tetiba rasa cam ada chemistry gak. Hahaha.

And then...kitaorang pun started to get close jugakla. By the time mamat ni masuk dalam hidup aku..aku  putuskan relationship aku yang sebelum ni tinggal retak menanti belah jer. The best thing is.. Aku langsung tak sedih. In fact ..rasa lega sebab dapat lepaskan diri dari masalah. Sebab terlalu banyak sangat drama dalam relationship tu.

Aku gembira dengan keputusan aku. At the same time, mamat jambu tu layan aku jauh lebih baik berbanding relationship aku yang dulu2 tu. A few months later..terbukak hati aku nak terima mamat jambu ni as someone special dalam hidup aku. Even jarak usia kitarorang dalam 7 tahun, aku 28, dia masa tu 21 tahun.

Ramai orang cakap kalau perempuan lebih tua dari lelaki banyak masalah timbul. Ye ke? entah..itu aku tak tau tapi sepanjang aku dengan mamat ni together, takde pulak masalah macam tu. Pape pun terpulang pada diri masing2 la. Yang penting...tolerate dan respect space masing2 wajib ada.

Aku pernah couple dengan orang yang lebih tua, sebaya, sedikit muda..tapi mamat jambu ni yang paling muda. Dan perkara yang banyak membuatkan aku wow pasal mamat ni sebab even dia muda, fikiran dia jauh beza dengan kebanyakan orang muda yang aku kenal. Lebih matang dari orang yang lebih tua sendiri. Itu one of the wow factor yang aku macam respek giler kat mamat ni. Banyak lagi karektor dia yang aku suka tapi lebih baik biar aku je yang tau kan...

Kitaorang tak amik banyak masa pun nak berkenalan antara satu sama lain. Tahun 2012 couple, awal tahun 2013 tunang..akhir tahun 2013..nikah...

Sampai la sekarang...cepat betul masa berlalu . Dah setahun mamat jambu ni jadi suami aku yang sah...dan semalam,  1hb Disember 2014, adalah anniversary kitaorang yang pertama!


Dan kitaorang pun potong kek dibawah ni dan makan bersama2 pak dan mak mertua. XD

my first anniversary cakes!!


Happy anniversary  Abang! my Oo-kun..my rillakumma... banyak yang kitaorang tempuh sebelum jadi husband and wife and so does after. That's why..aku really appreciate  dan saranghae sangat2! kat mamat jambu sorang ni!! Kitaorang ni punya kekurangan masing2 tapi..kitaorang belajar untuk terima diri masing2 seadanya. Syukur Alhamdulilah..!


P/S: Chantilly by Cake Sense! Serious sedap giler!





No comments:

Post a Comment