Nuffnang Ads

Tuesday, 15 September 2015

Cari kerja pakai kabel

Aku grade dari universiti tahun 2007. Padahal start masuk matrik UIA dari tahun 2000. See? Berapa lama masa yang aku habiskan hanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Almost 7 years. Actually aku pun tak pernah expect dapat masuk universiti. Sebab semua orang cakap result SPM aku so so aje. 50 -50. Even masa nak mintak CTC (Certificate True Copy) kat sekolah, siap ex-headmistress aku perli lagi. 

"Anak saudara saya yang dapat 3A pun tak dapat masuk U, awak ni yang takde A langsung dapat masuk!"

Actually, time tu aku jenis tak reti nak melawan mahupun membalas secara sarkastik, so aku diam je la. Tapi aku tau ex- pengetua aku tu pandang rendah kat aku. Siap pesan lagi;

"Kat UIA tu semua course dalam Bahasa Inggeris, bukan semua orang boleh bawak" 

Me? So what? Ok jer sepanjang aku kat UIA tu. Hidup jer. Dah grade dah pun.

Biasalah..bila kita selalu dipandang sebelah mata, by the time dapat rezeki yang tak disangka2, semua orang dok pikir negatif, macam mana la aku yang tak berapa pandai dan berbakat ni dapat masuk U. 

Even family aku pun terkejut bila aku dapat offer masuk universiti. Hmmm.. 




But then, tu kisah berapa tahun lepas. Aku pun dah tak berapa nak ingat sangat dah. Now, let's face the real world.

Degree aku dalam Political Science. Honestly, bila dah grade, baru kita tau apakah degree kita tu berguna masa nak cari kerja. To be honest, my degree? I just don't know how to "sell" it. Seriously.Sebab time aku masa tu, zaman orang still lagi pandang pada degree budak law, accounting, doktor, engineer dan sebagainya. Setakat Political Science ni apalah sangat. Orang tak pandang pun.

Nilah dilema aku bila aku officially grad awal tahun 2007. Boleh kata berapa banyak resume yang aku dah hantar, gov,..ke..tak gov ke..swasta ke..management trainee apa sumer, sumerlah aku campak resume banyak2. In the end, langsung tak dapat apa. 

So, aku cakap tak boleh jadi ni. Ditambah pulak dengan mentaliti parents aku yang lebih suka aku apply keje govt, lagi la susah nak cari keje. Haduyai..tension makcik. >__<

Masuk bulan keenam aku menganggur, aku dah tak tahan. Aku try contact kengkawan yang boleh dipercayai. Terpaksa, desperate punya pasal. Dah tak tahan dah asyik kena bebel dgn parents sebab ada degree pun susah nak dapat kerja. Baik keje kilang jer. Kalau 7 tahun lepas aku keje kilang mungkin aku dah mampu beli rumah terus dah time tu.


Alhamdulilah, kawan aku cakap ada keje kosong. Tapi contract je la. Aku cakap aku ok jer, janji, at least aku dapat pengalaman. Kasi cantek sikit resume. Kalau tak, takdela resume aku lemau dgn experience keje kat legal firm yang dapat bos gatal giler nak mampus, asyik nak berpoligami je kejenya, pastu gaji tak dibayar. Hurmph...


Tapi, just because of this one small step, syukur Alhamdulilah. Biarpun aku tak kaya, biasa2 jer, aku dah ada kerjaya, berkahwin, ada kereta dan dalam proses pembelian rumah. Banyak yang aku lalui, hidup susah, pernah merasa tak cukup makan, hidup kat kota besar dalam KL ni tanpa bantuan parents. Aku ada adik beradik kat KL ni, Abang aku dan adik lelaki aku yang masih belajar kat U masa tu, tapi aku opt untuk tidak mintak bantuan diorang sebab aku tau diorang pun ada tanggungjawab masing2.

Kalau orang cakap belakang, hina korang guna kabel masa nak carik keje, pi lantak diorang la. Sebab bukan diorang yang akan bagi kita makan pakai apa sumer. In fact sedara pun tak mengaku sedara. Sebab bila kita dah dewasa, dah boleh berdikari, makan pakai semuanya automatik self support. 

Tunggu je la bila korang dah berduit sikit, tetiba ada yang mengaku sedara. Masa time susah tunjuk muka pun payah.

Surprisingly bila dah besar ni, bila melawat balik rumah sedara mara, masa aku kecik, diorang tak peduli langsung, tapi bila dah besar ni, sedara mara yang tak pernah jenguk kitaorang tetiba pandai pulak nak call nak mintak tolong carik kerja. 

Nak tolong boleh, tapi, biarlah kena pada caranya dan tak boleh harap kalau pakai kabel ni confirm dapat. Tu dah salah mind set tu.







Wednesday, 9 September 2015

Kenapa dah lama tak buat entry baru?

Rasanya blog suam2 kuku aku ni  dah lemau xde entry baru. Naper? Mengapa? 



1- Busy. Hectic life. Work & Personal. Since dari bulan puasa lagi.


2- Actually busy pun sebab aku tengah dalam proses membeli rumah. Insya Allah bila semua dah settle nanti aku story kat blog.

2- Husband yang dulunya abang sado...jarang sakit..jatuh demam teruk...Ish2..hanya Allah jer yang tau betapa risaunya aku tengok dia ni sakit. Orang kalau dah jarang sakit, demam, sekali demam memang ambil masa nak baik. Dekat seminggu jugak la husband aku ni demam. 

Alhamdulilah..berkat isteri yang baik dan solehah  macam aku ni, dah makin beransur pulih. Tu pun nak kena garang2 manja dulu..baru rajin nak makan ubat. Husband aku ni memang maleh sikit nak makan ubat. Jumpa doktor...pergi hospital..apatah lagi..hai.. Laki sape? Laki mak jugak..sabar je la.. ;P


3- Kerja yang menimbun dan tak habis2 kat ofis. Settle satu, masuk lagi 5. Standard .Choi!!


4- Banyak berjalan, pergi negeri sana..pegi negeri sini..pergi rumah orang kawin and at the same time melancong sekali. Dah alang2 Ringgit kite pun tak berapa nak kuat kalau nak pegi overseas. Malaysia pun banyak tempat best apa?  Kena pandai survey ler..


5- Malas. Malas. Malas. Sometimes ada idea nak buat entry apa. Tapi bila masuk blogger ni, puff..idea hilang tah ke mana. Salahkan jugak diri sendiri sebab aku ni kaki tgk tv sikit..Haish..buruk perangai mak cik sorang ni..Alahai..



Wednesday, 5 August 2015

Part 1 - On the spot holiday...Lumut

Hari ni masuk hari ketiga aku bercuti. Bestnyer tak payah pikir pasal kerja dalam masa seminggu aku bercuti ni, tak payah rasa nak migrain sangat ke..hape ke time cuti ni..seronok jer bercuti masa still dalam bulan Syawal ni hah..

Dan..sempat jugak la kitaorang bercuti relaks sekejap kat Lumut, walaupun cuma 2 hari 1 malam tapi memang best. Sebab dah lama aku tak pergi bercuti berdua2 jer dengan husband sebab masing2 busy dengan kerja. 

So, last minute kitaorang decide nak pergi Lumut. Mula2 husband aku decide nak pergi Cherating, tapi aku ajak dia pergi Lumut sebab kat Cherating pun..ada apa jer? Entah...sebab aku tak pernah jejak pun negeri Pahang ni tapi bila tanya kat husband aku Cherating ni takde benda sangat pun nak buat that's why aku ajak jer dia pergi Lumut. In fact, dah lama jugak aku tak kesana. Kali terakhir masa aku still belajar. Agak lama jugak tak ke sana.

Ni masa dalam kereta on the way nak ke lumut!

Kitaorang gerak awal pagi macam tu. Sebab nak singgah ofis aku jap settlekan a few things pastu bawak laptop ofis balik rumah. Hadui...giler tak? mana ada orang pergi bercuti singgah dulu ofis hantar email pasal payroll bagai sumer??  >__<

Settle benda kat ofis, dalam setengah jam macam tu, aku dan husband singgah breakfast kat Mcd. Senang, lepas breakfast terus gerak ke Lumut. Sebab check in pukul 3 ptg.


Teluk Batik!!

Khusyuk huhahuha dengan husband aku sepanjang drive to Lumut ni..tak sedar, dalam pukul satu macam tu kitaorang dah sampai lumut. Sebab masa nak check in lambat lagi, kitaorang decide singgah dulu kat pantai Teluk Batik. Lama benau hoh dan tak datang sini.
Peace tu harus ada!!


Dah lama tak datang, rasanya Teluk Batik ni banyak dah berubah. Bukan berubah jadi cantik ke hape..lagi tak terjaga adalah. Masa time kitaorang datang tu, tak ramai orang sangat. Tak terasa sangat meriahnya tapi memang ketara sangat tempat ni tak terjaga. Banyak kedai ditutup, pastu banyak sangat"batu bersurat" pelik2 yang kitaorang jumpa. Hahhaha..Yang penuh, budak2 muda je la...
Disebabkan boring dan tak tau nk buat apa, kitaorang blah jer dari situ, menuju hotel terus.

This is the hotel!!

Well, ni lah hotelnya. Ni kira first time jugak la datang kat Swiss Garden ni. Hotel 4 bintang yang agak private pada aku. Jalan nak masuk hotel ni jugak macam nak masuk rumah hantu. Serius  kiri kanan hutan bakau jer, tapi, bila dah sampai..luas seluas-luasnya...





Kesemua view di atas aku ambil dari bilik hotel. Memang sejuk mata memandang. Hohoho.





Hah..view kat atas ni..masa kiatorang dekat lobi hotel. Lepas check in. Due benda je la yang aku nak complain pasal Swiss garden ni..

Banyak lalat. Serious banyak. Kesian pulak aku tgk reception dia check in kan kitaorang asyik lalat hurung jer.. XD 

Dan..apsal lobi dia lebih kurang macam Avani resort kat Morib tu hoh? Siapa tiru siapa?? XD 

Tapi, nak buat macam mana yer dak? dah namanya pun kawasan laut..confirm banyak lalat. Kat Avani resort dulu pun macam tu gak.




Ni bilik yang kitaorang book. Deluxe Garden View. Satu malam with breakfast total sumer dalam RM312. Termasuk GST.  Sempoi je kan? Tapi agak selesa la. Terlupa plak nak snap gambar bilik air time tu.  

Kemudahan yang ada dalam bilik ni termasuk la, mini bar, hair dryer, iron, pemanas air, complimentary coffea 3 in 1, TV kabel(Astro..tapi siaran alahai...i miss my Astro at home. Tapi..pergi bercuti ni bkn nak tgk TV sgt kan). 

OK lah..standard biasa yang hotel bagi.



Lepas rehat jap..kitaorang jalan2 sekitar hotel. Kat area tepi2 pantai tu hah. Even pantai kat Lumut ni takla sejernih air kat Langkawi, tapi still lagi bersih dari mandi laut kat Port Dickson.


Dalam pukul 4 macam tu..kitaorang keluar jalan2 dan terus makan malam kat area Manjung. Jarak hotel ni dari pekan dalam 17 KM macam tu... so, kalau nak keluar malam pun takut gelap sangat. bahaya la pulak kan..nasib baik pekan Manjung ada Jusco Sri Manjung yang besar giler..dan dalam Jusco ada Starbucks.. Mai pekena Americano grande satu...Hahahaha 

So, its a wrap for the first day. Nanti aku sambung lagi dalam Part 2 ya..


Thanks for reading. Domo Arigatou ! ^___^











Tuesday, 28 July 2015

Tak mampu pakai SKII ? Hada Labo pun ok!!

Wah...sekarang ni memang aku ni pemalas giler nak update blog. Bukan apa, busy dengan keje dan tengah memantau rapi masa hadapan.. Nah..just joking. Memang terlalu busy sekarang ni. Busy keje dan personal life. Ada je yang nak dibuat dan perlu disettlekan. Tu yang kengkadang terlupa aku ada blog kecik comey yg famous ni. HEH.


Dalam entry aku yang lepas aku ada story pasal betapa daebaknya SKII kan, Yes, memang SKII terbaik dalam regim penjagaan wajah tapi disebabkan produknya memang edisi kopak purse nak membelinya, so..aku terpikir dari aku menghabiskan duit beratus2 semata2 nak nampak kiut miut depan husband aku (almaklum dah terasa tua) baik aku cari alternatif lain yang boleh memberikan impak serupa ala2 SKII ni.

Dan tada.... HADA LABO Lotion is here come to the rescue. Aku pakai yang botol hijau tu.. Yes!! alternatif mudah lagi murah!! (Mcm Iklan tak?)


Hada labo ni memang produk hit kiranya la jugak kat Jepun. Bukan setakat hit..produk ni boleh dikatakan terjual lebih 4 botol setiap berapa saat tah. Aku dah lupa. Tapi, for those yang maybe tengah tercari2 alternatif produk wajah yang sesuai dan harga agak berpatutan, Hada Labo is a good choice. 

Rasanya aku takkan  cerita  Hada Labo ni dirumus dari formula apa ke hape ke..sebab korang boleh google jer. Banyak info korang boleh dapat. Aku cuma akan review dari pengalaman aku sendiri dok pakai lotion ni , but, make sure korang pilih produk Hada Labo lotion yang betul dan sesuai dengan kulit muka. Macam aku sebab kulit jenis berminyak, aku guna Hada Labo  Light Lotion. Produk ni ada kategori untuk jenis kulit masing2.

Aku dah start pakai produk ni start masa bulan puasa dulu. And here goes my review:


1- Produk ni tiada alkohol. So very gentle to my face. Bila korang pakai memang takkan ada bau fermentasi ke..hape ke..Just ..lotion. Memang takkan ada bau apa2. Sebab ianya Hyaluranic Acid.


2- Cukup pakai 3 ke 4 titik dari produk lotion ni. Letakkan di tapak tangan pastu gosok kasi rata kat telapak tangan dan tepuk 2 sekata ke wajah.  Kebarangkalian untuk ada irritation tu...takde kot.  Zero.Serious. First time aku pakai produk yang memang takde effect nak purging bagai sangat ke hape ke.. Tapi..ni pun bergantung kulit wajah jugak.

3- Tepuk hingga korang rasa macam muka korang melekit, dan perasan telapak tangan korang macam sticky melekat2 skit kat kulit muka. Hah..tu tandanya lotion ni  cepat menyerap dalam kulit. Effect dia memang cepat. Pastu kulit muka korang akan rasa lebih lembut.

4-Aku selalu pakai lotion ni dimuka, leher dan lebihan lotion ni aku gosok kat tangan hingga ke siku. Hasilnya, kulit tangan aku yang dulunya nampak kering sekarang nampak lebih lembap dan lembut.

5- Kalau first time pakai, maybe effect bergantung kulit wajah kita macam mana. Macam aku, first time pakai, takde rasa apa sangat, tapi bila dah nak masuk seminggu macam tu, baru aku perasan muka aku macam lain sikit. Nampak minyak muka dah makin berkurangan dan kalau keluar dating dengan husband aku tak mekap pun ok. Kulit muka nampak sekata.

6- Selalu aku pakai Hada Labo ni sebelum tidur dan kalau hujung  minggu baru akan pakai time lepas mandi. Kalau sebelum tidur, aku cuma akan pakai lotion ni jer, tanpa pelembap. Sebab jenis kulit muka aku berminyak, since Hada Labo ni rich with moisture, tak perlu pelembap dah. Sebab aku perasan, kalau pakai sekali dengan pelembap, besoknya bangun tido muka dah macam minyak masak. Dan kecenderungan jerawat2 kecil tu akan muncul. Cis..tak bestnya.

7- Dan, aku tak pakai lotion ni setiap hari. Cukup la dalam seminggu aku pakai 4 hingga ke 5 kali. Kenapa? Saja. XD. 


8- Lotion ni serious jimat. Since dari aku pakai time bulan puasa tempoh hari sampai sekarang, tak luak pun.nak cecah setengah pun payah. 

9- Harga Hada Labo Lotion ni dalam RM50+ jer. Tahan sampai expiry date. Dan senang sangat nak beli, Pergi je kat Watson, Guardian Pharmacy. Confirm ada.

10- Sangat friendly purse . Murah dan actually..lagi daebak kot dari SKII.


Selamat mencuba. :)


p/s: Ini bukan entry berbayar. Aku cuma suka share dengan orang benda best2 macam ni. XD 



Monday, 20 July 2015

Selamat Hari Raya!!

Lama benau kiranya aku tak update apa2 kat blog aku ni masa bulan pose hari tu. Bukan apa..takut aku termerepek yang bukan2 time bulan pose hari tu free2 jer dapat dosa. Baiklah aku tak yah nak update apa2. Hahahha.

Hari ni masuk raya keempat dan dengan sedihnya aku dah ada kat Shah Alam. Hua3. Husband aku pun start keje hari ni..aku je yg tak masuk2 keje lagi. Tengah mood beraya lagi ni.

Tahun ni kiranya tahun kedua aku beraya dengan husband tercinta dan tahun pertama jugak beraya dengan family mertua. Rasa sedih gak sebab takde kat family sendiri tapi bila dah kawin ni kenalah give & take..tolak ansur, tahun lepas giliran aku beraya dengan family, tahun ni turn husband pulak la..

Raya tahun ni biasa2 jer..sebab adik beradik belah husband semua balik beraya kat kampung isteri masing. Sorang kat Grik, sorang lagi Kedah nun sana hoh.. so, tinggal kakak husband aku dengan suami dia jer kat rumah mertua tahun ni..tapi..still rasa beraya jugak biarpun tak ramai. 

Dan..theme raya tahun ni..warna hijau. Rasanya ramai gak kengkawan aku yang pilih tema kaler hijau tahun ni..Baju raya pun aku beli online jer. Tapi, bukan kat Poplook. Design baju raya kat Poplook tahun ni macam pelik jer, Pastu tops dia harga lain, skirt dia lak harga lain..taknak aku. Mahal seh. so that's why aku decide beli kat Zalora. Harga pun tak mahal sangat. Raya tahun ni aku beli kurung moden yang simple dan sangat sempoi. Dan paling penting selesa. Dan sebab aku memang suka pakai color block type of style. 

Baju kurung yang aku beli dari Zalora tu adalah dari Luxe by Ethnic Chic. Serious kalau korang nak beli baju raya yang cantik2, beli awal2 jer kat Zalora, banyak choice dan murah.

Disebabkan kitaorg cuti singkat jer, so petang raya tu aku dan husband dah bersiap2 nak balik Ipoh. Balik Ipoh pun tak la jem sangat mcm tahun lepas, sampai lapan jam ko kat highway, nak balik Ipoh jer pun.. ni, kitarorang bertolak pukul 3 ptg, dalam pukul 5.30 macam tu dah sampai Ipoh dah..

Semalam petang kitaorang balik Shah Alam dah. Aisey, kejap betul rasanya raya tahun ni..rasa macam tak puas lepak kat rumah parents aku tu hoh..

Papepun..Insya Allah. tahun depan ada rezeki, umur panjang dapat la bercuti panjang kat Ipoh tu hoh..

Di kesempatan ni..rasanya tak terlambat kalau aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf andai ada post yang mengguris hati ke ..apa ke...dan terima kasih juga kepada yang sudi follow blog kecik dan tak glamer aku ni hoh..Tanpa anda takdelah traffic link blog kecik aku naik sikit2..


Selamat Hari Raya semua...XD

Selamat Hari Raya!!



Wednesday, 17 June 2015

Esok Kita Puasa!!

Pejam celik pejam celik..kejap jer dah nak masuk bulan Ramadhan. Esok, semua umat Islam akan berpuasa. Alhamdulilah, syukur aku masih diberi peluang untuk menyambut Ramadhan pada tahun ni. :)

Sempena nak masuk bulan yang baik dan penuh barakah ni, aku ingin megucapkan selamat menjalani ibadah puasa, andai dalam post2 aku sebelum ni aku ada mengguris hati dan perasaan sesiapa saja yang baca, terbaca dan mahu membaca post2 merapu aku sebelum ni, harap dimaafkan. Aku ni kengkadang teremosi gak kadang2 bila buat new entry..:P

Mudah-mudahan  segala ibadat kita di bulan Ramadhan ni diberkati dan diterima Allah SWT.

Insya Allah...


\


Dalam bulan yang mulia ni..ada "makhluk" yang meninggalkan kita :




Dan jangan buat2 lupa untuk bayar zakat..kalau tidak !!!





Aku sesaja jer spam gambar2 di atas sebab rasa comel sangat. Ahaks!


p/s: sumber gambar google.

Saturday, 6 June 2015

Tanda tanda korang seorang tomboy!

Aku ex tomboy. Aku tak malu nak mengaku aku dulu memang ganas, kasar, langsung takde ciri2 keayuan seperti perempuan lain. Hakikatnya, cara hidup, didikan dan persekitaran aku yang banyak dipengaruhi lelaki mungkin punca aku lebih kepada ciri2 tomboy. Pada aku sifat ala2 tomboy ni cuma satu fasa dalam hidup aku. Tapi in the end, ex tomboy macam aku kawin jugak kan? kan? kan?

Ex tomboy happy nak kawin! Ni gambar masa make up untuk majlis bertandang.


Korang adalah seorang tomboy andai:




1- perangai ala2 ganas sikit. Cakap pun takdenye nak cakap perlahan mahupun lembut. Mesti tone suara tu meninggi sikit. 



2- pakaian lebih kepada t-shirt dan jeans. Pendek kata..baju kurung pun sekali sekala je la pakai. Tu pun time raya. Kalau tak haram. Apatah lagi kain batik. Ikat kain batik pun fail haiyaa..



3-Ada masalah berkawan dengan perempuan. Lebih selesa hang out, lepak dan berkawan dgn lelaki. 



4- Korang prefer main bola sepak dari bola jaring. LOL.



5- Kalau bergaduh takdenya nak tarik rambut, swing terus! I mean..bertumbuk..lasak dan tahan kena pukul.



6- Parents korang selalu bebel kat korang perangai mengalahkan jantan. Selalu mak bapak warning nanti takde sapa nak kawin dengan korang Tapi, bebelan tu macam angin lalu jer. Ribut jap, reda. Settle.



7- Make up? Fesyen? Apa tu? Fashion sense bagi korang, selagi selesa dan tak menyusahkan diri, cool enough!



9- Korang pernah ditegur kawan lelaki korang yang korang ni cute, dan disuruh supaya mellow down a bit, tapi korang tak pernah amik pot pasal korang ingat diorang ni cuba nak ejek korang.



10- Beza tomboy dan pengkid, tomboy is straight. Tomboy tidak sepenuhnya berpewatakan seperti lelaki. Tomboy did not hide their boobs!



11- Biarpun tomboy ni nampak mcm tough, tapi masih seorang perempuan.  Keras hati sekalipun, lama2 lembut jugak. Terutamanya bila menyukai seseorang lelaki.



12- Bila seorang tomboy berubah, perubahannya adalah kerana mahu menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ataupun, mungkin Sebab meminati seseorang lelaki, maka dia membuat keputusan mahu berubah.



13- By the time tomboy becomes a true women, guys will wow them for good. Remember Bella from Twilight? Edward just can't take his eyes off her! 



14- Pretty girls never a good friend for a tomboy or an ex tomboy. Enemy till the end. True story from experience.



15- Last but not least, tomboy is just a character or a phase, it doesn't really change who you are anyway.  Nothing to be ashamed off. Be yourself.




 And again, ni cuma pendapat aku je la. 



Till then peeps!