Nuffnang Ads

Tuesday 16 July 2013

Heart Ramblings...

Today is a hectic life..-_-. I know...Bulan puasa..lagi byk cabaran. Cabaran yg byk mencabar keimanan dan kemarahan. Heh.

Pagi tadi aku dok google2 kat internet. Terbaca la satu artikel yg agak inspiring. And then, terdetik kat hati aku, aku just nk tulis tentang hala tuju, matlamat hidup semasa kita masih diberikan peluang utk hidup kat dunia ni. Apa kejayaan kita..dimana kita 5 tahun akan datang..etc..etc..

Masa kecik pernah tak korang berangan nak jadi apa? Doktor? Magistrate? Lawyer? Manager? Mesti ramai yg berangan macam ni kan, termasuk aku. Tapi, hakikatnya skrg, kita bukanlah Doktor, magistrate, Lawyer mahupun manager. Paling jauh pun..loyar buruk je la..heh. Realiti vs Mimpi. Sentiasa realiti yg akan menang. Ini pandangan aku. Biasanya org yg suka berangan ni selalu tak dpt apa yg dimpikan. Termasuklah aku. Ngee... Tapi, berangan itu lebih baik dari tiada angan2 langsung. Maksud aku, ko hidup, tapi sbnrnya ko mati. Hati jadi hati kering. Takde impian, mimpi..Sedih bagi org2 macam ni. Hidup..tapi, tidak tahu setiap nafas dia tu utk apa.

Life is to short..to be little. Yes. True enough. Hidup manusia ni hanya sekali. Jgn sia-siakan. Dont live  a meaningless life. Ad sbb kenapa kita masih hidup dan ada tujuannya kehidupan kita di bumi Allah ni. Tinggal kita nak cari jer.

Aku masa kecik mmg suka berangan. Favourate la kiranya. Aku slalu berangan nak kawin dgn org kaya, hensem, jadi kaya, byk duit, tinggal rumah besar..kiranya bila time aku sedih atau tak tau nk wat per, suke berangan mcm tu. Entahlah..mengong agaknya aku ni. Tapi, nama pun kita ni muda..of course la slalu berangan something yg meaningless. Makin aku besar..meningkat usia, i found that berangan tak ke mana tanpa usaha. Iyer, betul..angan2 tu mungkin membuatkan kita lupa utk seketika tapi, that's it. Kepuasan yg hanya sekejap jer. Tak balik modal pun. SO, rather than aku ni asyik berangan jer, aku cuba utk merealitikan aku yg aku angan2kan tuh..even sampai skrg pun tak kaya2 lagi..kah3.

Jgn salah anggap..what i meant is that, kaya tak semestinya ko kena ada rumah besar, kete ferrari, duit byk apa sumer tuh, terpulang kepada definisi masing2. Dalam kes aku, aku berjaya dpt kehidupan yg lebih baik dari family aku sblm umur aku genap 30. Dan..semuanya adalah hasil angan2 aku. Memang aku tak kaya, tp, cukup makan pakai apa sumer, aku tak pernah kebulur lagi spt masa aku baru2 grade dulu. Duit xde..gaji kecik, maggi yg paling sadis, belah 2 semata2 nk budget. Makan pagi dan malam sbb takde duit. Siang malam asyik kira kalendar bila hari gaji. Cheh. What a life. Seriously, i was damn pathetic! Family aku tak tau hidup aku kat KL mcm mana. No one is helping me. And, berangan adalah satu cara aku salurkan hala tuju aku ke arah yg lebih baik. Aku, pada masa tu, hanya berharap satu hari nanti aku takkan sekat makan sampai macam ni punya teruk lagi. And, i work to it. Keje keras, cari byk pengalaman dan bertukar kerja utk hidup yg lebih baik. And then, here comes the sacrifices. Nak duit byk, keje pun kena setimpal dgn apa yg dibuat. Aku nak sesuatu, dan aku kena korbankan sesuatu. Aku nak hidup yg lebih baik, maka aku kena berkerja lebih. Tu yg sampai asyik demam teruk jer. Not so good as well, but i have a plan for that.

Bila aku tgk kehidupan aku sedikit sebanyak berubah..aku tau aku sedang menuju ke hadapan, dan bukannya ke belakang atau statik. Kalau aku rasa hidup aku statik jer, then i told myself, do better than this. Aku jenis tak bersaing dgn org lain, aku bersaing dgn diri aku sendiri, sbb aku ni jenis suka keadaan comfort zone, that is something which i wont tolerate, but i tell myself, if you want more then you have to do more! So i did it. Tapi, ini semua takkan boleh aku buat jika aku takde motivasi pada diri aku sendiri. Bila aku dah set mind pada something, i'll do it. Takde org paksa pun.

Pada akulah..aku suka letak ISO mcm SIRIM tu kat diri aku. Aku ni bukannya baik sgt..nakal tu adalah, dan jahat tu pun ada..but, that is how human works..if you dont have all this then your heart were made of ice. That is the beauty of being human. jgn letak pressure sgt kat diri sendiri demi nk jadi macam org lain. Be unique, in your own way. Sbb, bukan org lain yg jaga hidup kau..kau kena jaga diri kau sendiri. Aku selfish..tapi bertempat. Pada aku, even kalau nak buat jahat sekalipun, ada limit dia. Dont go beyond the border, you'll regret.

So, tanya diri kita sendiri kejayaan kita dah di tahap mana. Apakah masih di takuk lama, baru, terbaru dan dah diupdate ke facebook masing2? Normal org slalu gunakan Facebook atau other social media utk update status hidup masing2. Yelah..byk kwn kan..but trust me, not all your Facebook friends are friends at all. True friends are real in the real world. Kalau di takuk lama, barukan. Sikit pun jadi la..Kalau masih baru jgn biar suam2 kuku. Kalau terbaru buat inovasi terbaru...baru adventure. Aku cakap mcm ni macam la aku ni bgs sgt kan..No. Hell no. I am not. I am a person with weird attitude and way of thinking. Im twisted. Org susah nk phm aku dan aku susah nk phm org. Sbb tu aku anti sosial. Heh.

Aku harap dlm tempoh 5 tahun akan dtg, aku akan lebih baik dari skrg..better position in financial & works. I was thinking whether i can have my own business as well. Penat mkn gaji dgn org ni. Terasa gak nk jadi boss. Asyik kita je dok mengkayakan org lain,...diri sendiri tak kaya2 gak..


Ok..chow.

No comments:

Post a Comment