Aku grade dari universiti tahun 2007. Padahal start masuk matrik UIA dari tahun 2000. See? Berapa lama masa yang aku habiskan hanya untuk mendapatkan segulung ijazah. Almost 7 years. Actually aku pun tak pernah expect dapat masuk universiti. Sebab semua orang cakap result SPM aku so so aje. 50 -50. Even masa nak mintak CTC (Certificate True Copy) kat sekolah, siap ex-headmistress aku perli lagi.
"Anak saudara saya yang dapat 3A pun tak dapat masuk U, awak ni yang takde A langsung dapat masuk!"
Actually, time tu aku jenis tak reti nak melawan mahupun membalas secara sarkastik, so aku diam je la. Tapi aku tau ex- pengetua aku tu pandang rendah kat aku. Siap pesan lagi;
"Kat UIA tu semua course dalam Bahasa Inggeris, bukan semua orang boleh bawak"
Me? So what? Ok jer sepanjang aku kat UIA tu. Hidup jer. Dah grade dah pun.
Biasalah..bila kita selalu dipandang sebelah mata, by the time dapat rezeki yang tak disangka2, semua orang dok pikir negatif, macam mana la aku yang tak berapa pandai dan berbakat ni dapat masuk U.
Even family aku pun terkejut bila aku dapat offer masuk universiti. Hmmm..
But then, tu kisah berapa tahun lepas. Aku pun dah tak berapa nak ingat sangat dah. Now, let's face the real world.
Degree aku dalam Political Science. Honestly, bila dah grade, baru kita tau apakah degree kita tu berguna masa nak cari kerja. To be honest, my degree? I just don't know how to "sell" it. Seriously.Sebab time aku masa tu, zaman orang still lagi pandang pada degree budak law, accounting, doktor, engineer dan sebagainya. Setakat Political Science ni apalah sangat. Orang tak pandang pun.
Nilah dilema aku bila aku officially grad awal tahun 2007. Boleh kata berapa banyak resume yang aku dah hantar, gov,..ke..tak gov ke..swasta ke..management trainee apa sumer, sumerlah aku campak resume banyak2. In the end, langsung tak dapat apa.
So, aku cakap tak boleh jadi ni. Ditambah pulak dengan mentaliti parents aku yang lebih suka aku apply keje govt, lagi la susah nak cari keje. Haduyai..tension makcik. >__<
Masuk bulan keenam aku menganggur, aku dah tak tahan. Aku try contact kengkawan yang boleh dipercayai. Terpaksa, desperate punya pasal. Dah tak tahan dah asyik kena bebel dgn parents sebab ada degree pun susah nak dapat kerja. Baik keje kilang jer. Kalau 7 tahun lepas aku keje kilang mungkin aku dah mampu beli rumah terus dah time tu.
Alhamdulilah, kawan aku cakap ada keje kosong. Tapi contract je la. Aku cakap aku ok jer, janji, at least aku dapat pengalaman. Kasi cantek sikit resume. Kalau tak, takdela resume aku lemau dgn experience keje kat legal firm yang dapat bos gatal giler nak mampus, asyik nak berpoligami je kejenya, pastu gaji tak dibayar. Hurmph...
Tapi, just because of this one small step, syukur Alhamdulilah. Biarpun aku tak kaya, biasa2 jer, aku dah ada kerjaya, berkahwin, ada kereta dan dalam proses pembelian rumah. Banyak yang aku lalui, hidup susah, pernah merasa tak cukup makan, hidup kat kota besar dalam KL ni tanpa bantuan parents. Aku ada adik beradik kat KL ni, Abang aku dan adik lelaki aku yang masih belajar kat U masa tu, tapi aku opt untuk tidak mintak bantuan diorang sebab aku tau diorang pun ada tanggungjawab masing2.
Kalau orang cakap belakang, hina korang guna kabel masa nak carik keje, pi lantak diorang la. Sebab bukan diorang yang akan bagi kita makan pakai apa sumer. In fact sedara pun tak mengaku sedara. Sebab bila kita dah dewasa, dah boleh berdikari, makan pakai semuanya automatik self support.
Tunggu je la bila korang dah berduit sikit, tetiba ada yang mengaku sedara. Masa time susah tunjuk muka pun payah.
Surprisingly bila dah besar ni, bila melawat balik rumah sedara mara, masa aku kecik, diorang tak peduli langsung, tapi bila dah besar ni, sedara mara yang tak pernah jenguk kitaorang tetiba pandai pulak nak call nak mintak tolong carik kerja.
Nak tolong boleh, tapi, biarlah kena pada caranya dan tak boleh harap kalau pakai kabel ni confirm dapat. Tu dah salah mind set tu.