Kenal Kareena Kapor dan Saif Ali Khan? Of course sapa yang suka sangat banget tonton cerita hindustan..bolly the melly wood kenal dengan mamat dan minah ni kan..Actually aku bukanlah nak cerita betapa hensem dan machonya si Saif ALi Khan mahupun lawa ke si Kareena Kapor tuh..cuma statement diorang yang aku terbaca yang membuatkan aku tergerak hati nak tulis pasal ni. Mungkin post aku ni dah agak outdated la sebab pasangan ni dah kawin tahun 2012 lagi tapi since aku ni bab2 dunia artis Bollywood tak amik pot sgt tu yang baru sekarang terhegeh2 nak buat. Heh.
Kalau peminat kedua2 aktor dan aktress ni mesti tau yang diorang ni dah kawin. Dalam gebang2 nak kawin tu mulalah isu ni plak timbul, yelah kalau dah nama Saif Ali Khan of course la secara common sense nya orang tau dia Islam, dan kalau Kareena Kapor plak sah sahlah Hindu. So, yang kontroversinya kat sini adalah isu agama. Sebab Kareena tidak akan convert Islam demi untuk mengahwini kekasihnya si Saif Ali Khan ni. Petikan dari sebuah blog:
"Kareena dikhabarkan tidak akan masuk Islam dan juga tidak akan mengubah namanya untuk menikahi kekasihnya, Saif Ali Khan.
Saif sendiri mengatakan pada email:
" Aku tidak ingin dia (Karena) untuk mengubah agamanya. Itulah masalah dengan agama yang benar2 sangat sensitif. Mereka mengharapkan konversi. Saya tidak membeli atau percaya itu. Saya fikir itu baik bahawa pemerintah juga memiliki aturan kecuali saya salah informasi tentang hukum yang diubah untuk memasukkannya dalam UU perkahwinan khusus jika dan ketika kita menikah tidak ada yang harus mengubah agamanya sendiri".
Petikan dari blog ini ; AKAK DI SEBALIK PINTU
Alahai mamat sorang ni..mazhab mana yang dirujuknya aku pun tak tau.Jawapan yang diberikan pun nampak sangat si Saif Ali Khan ni macam orang tak beriman. Tapi inilah realiti nya sekarang. Aku tak berapa pandai nak cakap pasal agama ni tapi sedikit sebanyak tau la sikit sikit. Apa pun, benda ni normal jer kat India mahupun Indonesia.. Bila kahwin dengan orang Islam tak perlu nak convert masuk Islam. Cuba buat macam ni kat Malaysia..conform tak selamat dunia akhirat la jawabnya pasangan tu.
Bila terbaca artikel ni..aku teringat cakap seorang colleague aku yang India. Dia suka dengan lelaki Melayu tapi taknak convert Islam.
"I suka dengan lelaki Melayu tapi I tak nak convert. Sebab bila dah masuk Islam banyak sangat nak kena berkorban."
Aku hanya senyum kambing jer sambil pandang minah tu dan buat buat tak layan. Dalam hati aku cakap nak berkorban apanya? bukannya suruh berkorban nyawa mahupun harta. Bukannya suruh dia pergi berperang ke..apa ke. Just sekadar menukar agama dan pegangan itu jer. Islam tak suruh pun bila convert kena berkorban macam macam. Suruh putus hubungan dengan family apa sumer. Memeluk Islam tak bermaksud kena jadi Melayu. Aduyai..masalah bila orang tak paham konsep dan yang lebih penting..hidayah tak sampai. Aku hanya mampu berdoa agar moga moga Allah SWT gerakkan la hati colleague aku ni dalam mengenal Islam.
Pape pun untuk pasangan Saif Ali Khan dan Kareena aka Bebo...semoga "selamat" lah hendaknya. Nak tau sapa lagi keturunan Khan yang fail?
SHAH RUKH KHAN DAN SALMAN KHAN..
Dua2 out. Chow.
P/S: Gambar sumber Google. Aku tak amik kredit untuk petikan di atas. Kredit all goes to the mentioned blog above. Petikan hanya sebagai sumber rujukan semata2.
p/s: Pendapat hanya luahan peribadi semata2.