Nuffnang Ads

Tuesday, 6 December 2016

Melancong Ke Jepun - つたち- じゅいちがつ なのか 2016/ 7th Nov 2016 - Day 1 - Part 1

ゆめ みたい です ね 、 やっとにほん え いきました!!

Untuk sesiapa yang maybe pernah  terbaca blog aku yang tak famous ni mesti akan cakap..

"Ei..minah ni sewel apa? Blog campur2 macam rojak! Sekejap BM, sekejap BI, pastu Bahasa Jepun! Tulis bahasa  Jepun dahlah takde sari kata...tsk..tsk...!"

Atenye...aku ni baru je balik dari short trip ke Jepun awal November 2016  hari tu..tu pasal la dok jakun jap pakai bahasa Jepun ni..


Ok...berbalik pada trip ke Jepun ni. Actually..ni memang trip yang aku last minute plan, setelah beberapa kali nak ditangguhkan gara2 laki aku dok busy memanjang. Mulanya plan nak gi seorang tapi in the end dia nak ikut jugak sbb dia takut aku sesat dan takde bantal peluk so oklah fine..pergilah berdua. So, kitaorang decide pergi awal bulan November hari itu. Kebetulan plak tambang Airasia murah tak murah jugak la even last minute (Murah ke?) Tapi total flight ticket ke Haneda jer dalam RM2000++ even aku tak book seat, insurans dan makanan atas flight. But anyway, nama pun last minute. So..ko hadap je la.. Nak pegi Jepun sangat kan??


*Moral of the story - cuba elakkan decide travel last minute like me..ya?


Day 1:

Biasalah.. Of course ko kena pegi airport. (KLIA2). Flight departure kitaorang kul 2.40 pm. Tapi kitaorang sampai awal sebab nak amik wifi device rental kat Samurai Wifi.(recommended sbb line dia awesome!). Husband aku dah check in awal so kitaorang terus ke kaunter nak check in luggage pulak.

Hah...disinilah bermulanya ralat! Start dari point of queing sampailah nak check in luggage. Sebab kaunter dahlah 1 jer yang bukak pastu system AA down pulak ari tu. Aiyaa...Yang nak check in ramai tapi disebabkan masalah teknikal maka benda ni jadi dragging la. Rasanya lepas kitaorang amik wifi device tu hampir dekat 1 jam setengah juga beratur nak check in luggage. Tapi Alhamdulilah...semua settled. Actually time tu husband aku yg tunggu beratur kat situ sebab dia suruh aku pergi makan dulu. Takut tak sempat.


Oklah...dah habis check in luggage, husband aku join tapau lunch set aku..dah..ada announcement cakap penerbangan ke Jepun kena bergegas pergi departure Hall. Sebab dah lambat. Padahal yg problem...hmmm..tau kan sapa?

Anyway...despite all that...Alhamdulilah...kitaorang selamat juga berlepas..

Muka cuak first time pegi overseas!



Baru lepas hujan..before took off

Pemandangan sekitar 30,000 kaki di udara! Masya Allah...cantik giler!

Ok,..maybe pengalaman orang yang jarang naik kapal terbang ni berbeza2 tapi for me, even ini baru 2nd time aku merasa naik kapal terbang, (First masa honeymoon di Langkawi) aku boleh kata jenis enjoy la naik flight ni. Especially time dia berlepas. Entah kenapa tah..tapi aku mmg enjoy momentum dia nak berlepas. Rasa cam naik roller coaster tapi bezanya kita makin tinggi...in the end kita berada betul2 berpuluh ribu kaki di awangan. Amazing isn'it ? 

*FYI - Dalam flight nanti cabin crew akan bagi "Customs declaration form" utk korang isi dan hantar masa dekat immigration nanti. 

*Isikan details korang macam nama,/Alamat hotel/tempat tinggal/flight no/tujuan ke Jepun/tempoh berada di Jepun dan declare mana2 yang sepatutnya seperti dlm form tu. Ini apa yang aku ingat la.

*Dapat jer borang tu isi je terus. Isikan dgn betul dan clear. Jangan dah nak lepas imigresen baru nak isi. Trust me..imigresen Jepun ni sangat efisien. Bagi la pjg mana pun line beratur tu. Kejap je settle. 


Dan....setelah hampir almost 7 jam jugak la dok dlm kapal terbang..syukur sebab selamat mendarat di Haneda airport...

Muka cuak dah takde..muka excited plak muncul di riak wajah masing2!!



Sempat lagi snap gambar flight kitaorang!
Kitaorang sampai kat Haneda dalam kul 10.30 ke 10.45 malam macam tu jugak la. So..by the time nak berjalan ke arrival hall dan beratur panjang utk lepas imigresen, semua selesai dalam kul 11.30 malam (waktu Jepun).

*FYI - Imigresen Jepun ni mmg tip top. Super efisien dan diorang ni takde la " menyeramkan" macam aku ada baca kat few blogs..mungkin lain orang lain kot pengalamannya. Sebab tu kena explore sendiri. Bagi jer Passport dgn form yg korang isi tu sambil cakap "Konbanwa" (Selamat Malam), pandang kamera bila dia suruh pastu scan kedua2 jari telunjuk anda..Settle! 

*Mind your language. Maksud aku, selain menggunakan Bahasa Inggeris, cuba belajar sikit2 bahasa Jepun mana2 yang senang dan boleh membantu korang. Trust me...it helps! 

* Satu lagi sebelum fly off pegi Jepun ni aku risau dengan luggage kitaorang yang bawak makanan. Masa aku research sebelum pegi Jepun dulu ada yang cakap kena declare tapi masa kat imigresen ari tu,...takde plak diorang suruh declare atau ada apa2 isu. 


Lepas jer imigresen..malam tu aku dan husband tidur kat airport je, kat area Observation deck kat tingkat 4 sana... dah malam..penat..jetlag pun tak habis lagi. Nak gi hotel dah cam tak larat sebab kitaorang check in esoknya.

*Make sure dapatkan Tokyo Subway Map kat Tourist Information Centre. Sangat berguna masa nak pergi hotspot attraction place nanti. Especially kalau korang gamble travel sendiri macam aku dgn husband. 

First time tidur kat airport...jauh dari rumah dan negara sendiri...huhuhu

にほん え よ こ そ

To be continued....

















Wednesday, 30 November 2016

Long Hiatus~~~~~


credit google


Phew....dah berhabuk..lapuk dan berkulapuk blog aku ni agaknya. Last post dari tahun lepas bulan Disember, baru sekarang ada hati nak sambung balik..ahahahha...well..better late than never folks! :)


Oklah..ini kira post ice breaking aku bersemangat nak berblog balik la kiranya. It's been a busy, surprising, unexpected, adventure and risk taking year i would say. But..still I'm alive and still surviving in life like all of us did. Despite so many challenges, pressure, stress that I have to take. Pape pun..itulah maknanya jadi dewasa kan?

Anyway...insya-Allah aku akan lebih "rajin" untuk blogging lepas ni..^__^

まもなく ぽすとで お まち ください
(Mamonaku post de o machi kudasai!!)


Tunggu...!!!




Tuesday, 8 December 2015

Why we should hire you??

 Baru2 ni aku ada attend dua interview. Dua2 dari syarikat yang memang established dan agak terkenal . In fact, aku tak pernah mimpi pun nak diinterview oleh dua syarikat ni. Alhamdulilah rezeki, dipanggil untuk hadir ke temuduga. 



So, First interview yang aku pergi, timingnyer jer pun dah buat aku letih. Sebab interview selepas waktu kerja. Mula2 aku negotiate jugak la nak mintak reschedule interview tapi menurut orang yang panggil aku untuk datang interview tu, sebab interviewernyer bakal bercuti panjang, so ikut jer la schedule yang diorang dah arranged tu. Actually tak best sebenarnya datang interview selepas waktu kerja. Yela ..pagi dah busy..rush sana sini time kerja, balik kerja pulak terus datang interview. So, for me, I dont really prefer pergi selepas waktu kerja.

Sampai2 jer, aku kena buat assesment dalam setengah jam macam tu. Assesment ni biasa la..selalu interviewer nak tengok personaliti kita macam mana..bla..bla..bla.. Habis jer, aku terus call person in charge pastu dalam 5- 10 minit, tunggu sementara nak dipanggil interview.

Masuk2 jer dalam bilik interview ni, aku diinterview oleh dua orang wanita. Seorang Melayu ,seorang Cina. And, they way they look at me like..huh?? so called underestimate look gitu. Biasalah..aku ni dari luaran memang nampak macam tak meyakinkan sikit, but I know myself well. 

Antara soalan2 yang pastinya ditanya:

        Tell me about yourself

         What is your greatest weakness?

         What is greatest achievement?

         Do You have any favorite sports?

         What would you be in the next 5 years?

         Tell me about your current job..


Ni antara soalan2 yang masih aku ingat lagi la. Dan aku admit, aku memang boleh jawab soalan2 di atas tapi bila aku pikir balik, ianya bukanlah jawapan yang terbaik yang boleh menggambarkan personaliti dan kredibiliti aku sendiri.

Mungkin jugak sebab interviewer nya body language, cara percakapan  kedengaran tak begitu berminat dengan apa yang cakap sebab they become quite passive and not really asking the right question that I thought they would ask. SO, my interview ended quite short. Less than 45 minutes.

Dan bila aku keluar jer dari bilik interview tu..I know my interview sucks. Whatever..


Then, the next week, I got another call. Also an invitation to attend an interview.

Aku accept. And this time. Aku lebih bersedia untuk jadi diri sendiri.

Tapi masa interview, aku lambat 10 minit gara2 recruitment agency ni blur giler pastu tak reti nak arrange interview betul2. Serius aku pissed off giler tapi aku relax jer la. Takkan nak marah2 pulak kan? Benda dah jadi. Tengah panas pun buat2 cool sudeh.

Alhamdulilah, mungkin dah rezeki, dapat jugak attend interview tu. Kali ni interviewer dia lebih baik berbanding interview yang aku datang sebelum ni. Yang interview aku hari tu lelaki. Berketurunan cina.


Masuk2 jer..dia tanya serba sedikit pasal diri aku. Tell me about yourself tu of course la. Well, kali ni, aku cuba untuk relaks dan jawab sebaik mungkin. 

Tapi, interview yang ni..tak pun bertanya tentang what you will be within the nex 5- 10 years..what is your hobby/greatest achievement..bla2..strictly job related dan aku jawab berdasarkan pengalaman dan teknikal skill yang aku dah pernah experienced sebelum ni.


Berbanding interview aku sebelum ni, this inteview was way much better. Aku lebih yakin dan bersedia. Titik.


So, in summary, sometimes dalam interview ni..macam2 boleh berlaku. Macam kes aku, bila di pikirkan balik, aku sebenarnya tak boleh nak expect apa sebenarnya interviewer nak sebab lain company, lain ragamnya. So, benda yang paling penting adalah, kita sebagai calon temuduga perlulah sentiasa bersedia. Tak kisah lah korang nak jawab, redah interview macam mana sekalipun, yang penting, get ready and be prepared. Sebab kalau tak prepared, rugilah..mana tau kot2 leh dapat kerja baru ke apa ke..

Dan, one more thing, kalau kita masih bekerja, soalan favourate diorang, why do you want to leave your current job? Why we should hire you?

Kalau korang macam mana korang nak jawab??


p/s: pendapat hanya luahan berdasarkan pengalaman penulis. Sumber gambar Google.









Saturday, 14 November 2015

Port Dickson & Grand Lexis Part II

Hah..ni sambungan dari part 1..

Sampai Grand Lexis dah nak pukul 5 ptg..orang plak makin ramai, mostly family. So lepas jer check in terus laju jer nak gi villa. 

Nak pergi Villa dia..ada option, samada nak jalan kaki takpun ambil buggy service diorang, bergantung pada betapa jauhnya villa korang dan berapa banyak beg korang bawak. Macam kitaorang haritu, tak bawak barang byk sgt, so ok la..Masa first time nak gi Villa je naik buggy, lepas dari tu, aku dgn husband jalan kaki jer. Lagi senang.

First time impression bila sampai kat villa..

Pergh...mewah dan private giler..

Ni kira bhgn pantry la..siap ada microwave tu..

Hallway masuk nak ke swimming pool

Ni katil ler!

Pandangan atas katil

Villa kitaorang ni..betul2 kawasan tepi laut..boleh nampak air laut lagi

Pandangan dari dalam ke bhgn luar swimming pool

Swimming pool


Hah..swimming pool ni la part paling excited buat aku dan husband:

Bahagian atas 

Pandangan sisi

Siap ada katak pancut air lagi!

Safety first..sebelum masuk ke swimming pool ni..bawak2 la baca rules dia dulu  yer!


Swimming pool dia memang best la. Kedalaman pool ni dalam 4 kaki ker. So takdela dalam sangat. Best sangat lepak kat sini sebab sangat privasi dan takde orang kacau. 


Husband aku pulak..sampai2 jer..dia testing "tongkang" dulu:






Suke ler tu dapat main tongkang dia tu..selalu main kat Tasik Shah Alam tu segan2 dia nak main hah pasal bot tak laju..hah..kat Grand Lexis ni..main ler sampai dah tak leh nak jalan dah bot ni..Hua3. 


Berbaloi la bayar mahal sikit untuk hotel ni tapi sangat puas hati. Service, makanan pastu villa memang terbaik! Ni baru betul hotel 5 bintang. Kiranya kat sini Avani Sepang dah kalah la. Hua3. Insya Allah..ada rezeki lebih aku nak dtg sini lagi bawak family.

This is the 2nd hotel best after Langkapuri Inn.! :)

Till the next post.

Bubye XD




















Port Dickson & Grand Lexis Part 1

Hai!
Lepas minggu konvo husband aku..kitaorang amik cuti la plak minggu lepas. Sebab Deepavali kan hari Selasa, so sambung cuti sampai hari Selasa ari tu..

Cuti pun short vacation jer, ingat nak gi Port Dickson ..sebab dah booked villa kat Grand Lexis. Ala hotel yang ada swimming pool private tuh.. Boleh kata dah lama la jugak aku tak datang PD ni..Kali terakhir masa umur aku dalam 11- 12 tahun  macam tu..sebelum kitaorang pindah dari Klang ke Perak..

Selfie dulu!

Masa kitaorang sampai..panas terik. Tapi ramai orang la. Pergh..memang terkezuut gak aku. Dah lain benau dah pantai Teluk Kemang ni..Pantai pun dan cantik. Memang best ar.




Cuba teka gambar ni diorang lukis kat mane? hehehehe..


Kitaorang lepak kat Teluk Kemang ni pun tak lama..ada la dalam 45 minit macam tu. Sementara nak tggu masa check -in kat Grand Lexis. Overall, next time memang kitaorang nak pergi lagi. Sebab nak mandi laut hari tu macam panas terik sangat la pulak..pastu terlalu ramai orang. 

Next time kalau nak pergi, pergi awal2 pagi. Orang tak ramai..suasana pun sejuk jer.

Ok..sambung citer pasal Grand Lexis plak dalam Part 2.

Bubye!!  :)









Friday, 13 November 2015

Majlis Istiadat Konvokesyen UITM ke 83

Dah nak dekat dua minggu baru nak update..ceh buruk perangai sungguh!

Finally husband aku dah menamatkan pengajiannya dan akhirnya kita beroleh....kemenangan!! 
Eh salah..Beliau memperoleh Diploma. Bila ditanya nak sambung Ijazah ke..jawapannya..
'Urmm..tak tau lah.."  

Actually, dah lama gak aku tak jejak kaki kat Universiti ni..grad pun dah lama..tahun 2007..ni 2015 baru nak jejak  balik..rasa nostalgia jap.. tetiba rindu balik zaman belajar kat UIA dulu. Kengkawan ramai, pastu suka buat keje pelik2 time universiti, kerje part time..lepak dengan kengkawan yang kaki Jpop & Kpop..Adui..bestnyer.

Sekarang..sumer bawak haluan masing2..sorang demi sorang dah takde...lost contact terus..cari kat Fesbuk pun tak jumpa..tapi harapnya sumer kengkawan aku success dunia akhirat. Amin...

First time aku attend Convo ni jadi penonton. Seriusly..tak tau nak buat apa dlm tempoh 3 jam berada dalam dewan tuh. Aku pergi dengan mak mertua aku so kitarorang sembang2 kejap..pastu dah tak tau nak sembang apa dah. Ngantuk giler... 

Habis konvo jer of course la sesi paling famous, glamour ...candid time! Aku pun tak ketinggalan jugak..
Tangkap gambar tu haruslah berdua suami isteri!



Lagi gambar berdua!


Husband aku dan gengnyer!
Candid pics
Say cheese!
Adeh muka boolat..!


Kesimpulannya..boleh kata majlis Istiadat UITM ni agak happening la jugak! 

Penat memang penat..tapi happy dan relax jer time ni! 

P/S: Entry ni pendek jer.. hehehe
















Thursday, 29 October 2015

The only thing that holding me is because he is a Muslim!

Semalam saje2 la usik sorang colleaque aku yang suka fling2 dengan lelaki melayu ni.. 

sumber gambar google


Alkisahnya minah ni ada minat sorang mamat Melayu ni la, Kira boleh tahan handsome la jugak. (Although aku tak tau hensem dia tang mana). Pada aku mamat ni ok la, cuma dia ni jenis pendiam. Tapi bukan pendiam kosong ok, sebab aku pernah gak deal dgn mamat ni a few times. Sekali dia bukak mulut, semua orang sentap ok. 

Nak dijadikan cerita kitaorang saja la tanya dia kenapa dia suka kat mamat ni. So, obviously dia akan cakap mamat ni cute, bla..bla bla...

Tapi, yang tak bestnya..bila dia "nak" jugak cakap, 

"The only thing that holding me is because he is a Muslim". 

Time dia cakap macam tu I was like...

What?? What's wrong of him being a Muslim?? And, another colleaque of mine which is also a free thinker seconds her opinion. Ikutkan hati aku memang aku nak sekolahkan je minah ni tapi disebabkan aku masih lagi waras dan aku taknak menyentuh soal sensitif seperti agama macam ni di pejabat yang membuatkan aku just reply"Lantak ko la" terus diam minah dan all of us back to work.

Seriously, minah ni nak cakap apa sebenarnya? Teruk sangat ke kalau jadi orang Islam ni? 

See? betapa hipokritnya diorang ni!! Sumber gambar google


Aku masih ingat minah ni pernah cakap kat aku yang kalau masuk Islam ni kena banyak berkorban.

Berkorban? Ko nak korban apa jer? Pada aku kalau ada saudara baru ni yang memeluk Islam aku tak akan cakap dia berkorban atau apa jer, aku lebih suka anggap dia "berhijrah" pada agama yang benar, syumul. Kerana saudara baru ni nampak dan syukur Alhamdulilah mendapat hidayah dari Allah SWT. Tiada paksaan pun dalam Islam ni.

Senang macam ni jer, hentikanlah segala perasaan fling2 tu kalau rasa2 tak sanggup dan buta hati nak memeluk Islam. Tak perlu nak keluar statement racist agama dengan  "rakan sekerja" lain beragama Islam. Nak cari gaduh ke hape? Aku pun boleh gak keluarkan "hujah" racist agama ni kalau aku nak tapi sebab aku ni beragama Islam dan dalam agama Islam sendiri kita  ditegah dari menghina agama lain so sebab tu aku diam dan cuba relaks dari membalas kata2 minah ni.  

Aku rasa Islamophobia ni bukan setakat kat luar negara, dalam Malaysia sendiri ni pun banyak. Antara kita perasan dan tak perasan jer.


Tapi sekarang ni macam dah banyak yang perasan jer..kan? korang rasa?


P/S: True story of a friend of mine, He is a non-muslim and couple with a non-muslim female as well. In the end they break up because of the female likes cheating him. In the end, he just follow what destiny have for him and now he is married with a Muslim woman.And they live happily ever after. Sweet kan? Alhamdulilah. Syukur pada Allah. :)

*Pendapat hanya luahan peribadi penulis.