Kalau siapa yang pakai brand Ronasutra, mesti dah tau yang Ronasutra dah keluar mineral powder dia yang baru, dalam bentuk compact!
Kredit Ronasutra.com |
Seriously..aku dah lama berharap Ronasutra keluarkan produk dia dalam bentuk compact powder, Finnally..keluar jugak akhirnya.
Harga Ronasutra pressed Mineral Foundation ni dalam RM58. Beza RM10 dari Mineral foundation powder dia. Tapi, berbaloi untuk dibeli sebab lagi senang nak pakai dan tak leceh. Jangan risau..harga pressed powder ni dah termasuk dengan GST. Kalau nak beli beli cuba singgah kat diorang punya booth kat Plaza Masalam ataupun kat The Curve. Beli online pun boleh. Try google k..XD.
Kelebihan? Boleh refer gambar di atas. Berdasarkan pengalaman aku pakai pulak:
1- Coverage dia lebih tebal berbanding Ronasutra mineral powder foundation. Tak payah touch up banyak2 pun tak ape. Penggunaan digalakkan memakai sekali dengan mosturizer dan sedikit concealer, terutama pada bahagian mata sebab aku perasan kena letak concealer sikit baru menjadi efek pressed powder ni, dan kalau nak tahan lama, pakai make up Primer. Tak kisah lah brand ape sekalipun , janji korang cantik! Meh3
2- Tak payah susah2 lapik dengan kain, tisu bagai. Pakai dengan bangga sambil korang menepek pressed powder ni ke muka.
3- Pastikan pilih pressed powder yang serasi dengan warna kulit muka korang. Macam aku, kalau aku pakai mineral powder dia, aku pakai Cream Peach (Kod 01), So, untuk pressed powder ni, aku pakai kod PF01 (Warna sama seperti Cream Peach) . Takut nanti kang salah pilih, muka akan jadi terlebih putih.
4- Jimat masa untuk make up. Selalu aku make up dalam 10 minit, Sekarang dalam 5 minit pun aku boleh siap! Sebab aku bukannya makeup sangat pun. Cukup la dengan toner, mosturizer, concealer sikit, pastu pressed powder ni, diikuti dengan lip Ice dan maskara. Enough!
5- No skin breakout or anything! Feels the same like using its mineral powder but more thicker. And it last longer on skin compared to its mineral powder,
6-Seperti mineral powdernya, pressed powder ni pun hanya ada dalam 5-6 bahan sahaja, Tak banyak bahan kimia. Bagus untuk kulit.
Kekurangan? So far, aku pakai ok jer la. Nak kata takde langsung kekurang tu tak la..Macam biasa kalau dah lama sangat kat muka, kena touch up sikit2 . But kalau muka korang jenis berminyak, make sure, serap dulu segala minyak di muka dengan oil control film ke apa ker..takut bercapuk jer kalau tak buat dulu..
Rating yang boleh aku bagi 4 out of 5 . Kenapa 4? Sebab muka aku ni susah betul nak terima bedak/pressed powder yang lain. Salah pakai jer, break out.. Haish..tension den. So, dengan adanya pressed powder Ronasutra ni, memang aku akan beli yang ni je la..
p/s: Just for sharing based on experience. Ini bukan entry berbayar.