I believe everyone yang suka berblog atau terjebak dalam dunia blogging ni mesti ada pencetusnya. Samaada korang memang minat menulis dan open a blog on your own (like me), tak pun terpengaruh dengan some of the well known bloggers in Malaysia. Biar apa pun alasan korang, blogging sekarang ni dah jadi macam medium tersendiri untuk kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih luas di alam maya. Kecanggihan teknologi internet sekarang ni tiada batasan. Ada internet, berblogginglah korang kat mana2 jer. Yang penting ada tools. Ala..korang nyer Iphone, Ipad, Sony tablet, windows phone ..smart phone tu sumer hah. Berblogginglah anda di mana2. Janji, time nak menulis dalam blog, behave. Kang tak pasal2 ada yang kena tahan dok bagi komen emosi. Nah..just kidding. Sekarang ni kan ada blog adalah lifestyle. Yela..mana tau kalau blog best leh jadi cam the next Hanis Zalikha ke, Maria Elena ke, Yuyu Zulaikha ke, Mr K ke..who knows right? Glamer wei, siap jadi cover majalah, model, personaliti tv dan etc..janji muka kena lawa..
Dalam banyak2 blog kat Malaysia ni, aku rasa korang mesti ada fav blogger jugak kan? Tipu la kalau ko cakap tak ada. Takkan la tak pernah walk blogging nama2 besau dalam dunia blog ni. It's good at least kita walk blogging all these big names in blogging arena in Malaysia, setidak2nya kita tau kenapa diorang ni banyak followers. And, these are my top 10 bloggers yang ussually aku akan walk blogging..stalking their blogs...and the list goes..
Honestly. Aku dulu cuma suka walk blogging. But things change when I stumble upon his blog. Seriously, sempoi giler dan spontan. Lawak giler dok baca Mr K ni ngutuk gegirls but at the same time praise them cute. Not just that, entry dia tentang politik, agama, culture, Orang Melayu, Gadget dan macam2 lagi la menunjukkan dia ni memang otai bab2 blogging nih. Tag blog Mr K ni sempoi tapi memang lekat dalam kepala aku " Honestly? This blog will make you hate & love me at the same time". Totally correct. kalau korang baca entry dalam blog dia seriously samada korang akan tersengih2 sengsorang macam kerang busuk ataupun korang end up rasa nak kasi pelempang sekali kat Mr K ni. Kira blog aku ni sebenarnya agak dipengaruhi oleh style ala2 Mr K. But, slowly, aku cuba untuk adapt style aku sendiri. ye la, mana boleh lawan otai ma...blog aku kecik dan biasa2 jer. Kira syukur la ada orang gak datang baca. Identiti Mr K ni remain as mystery sebab dia tak pernah post gambar diri sendiri. Kengkadang aku nak tau jugak Mr K ni macam mana orangnya. Heh. Tapi, blog mamat ni dah lama tak berupdate..biasalah..remaja nak membesau...;p
Senyum sokmo! |
Hah...blog dia ni aku suka baca masa time aku muda2 dulu dok sibuk google macam mana nak uruskan cash flow. So, baca blog ni pun secara tak sengaja jugak. Tapi tak dinafikan even blog Pakdi ni lebih kepada investment dan financial planning, style penulisan Pakdi sangat santai, senang difahami dan boleh dikaitkan dengan isu2 semasa. Tapi, dalam dok puji2 of course la dia pun buat sale gak situ. Kalau korang nak belajar tentang cashflow contohnya, boleh download e-book dia yang berharga RM30+. Ye la..sambil menyelam, minum air. Heh.
Iklan Colgate ! |
Ariff Shah ni hensem orangnya. Tapi..tak sehensem husband aku. Hahhaha. Blog mamat ni boleh tahan gak la entry dia. But sometimes aku terasa ayat yang dia selalu guna ada sedikit "skema" di dalamnya, but still, boleh layan la. Entry fav aku bila time dia kahwin. Sempoi giler majlis dia. Maybe sebab blogger lelaki ni tak suka nak letak gambar kahwin banyak2 sangat (cuba blogger pompuan..sumer nak letak..macam aku) so, gambar dalam blog dia pun takde la banyak mana, tapi, biarpun gambar tak byk tapi sweet sgt a few pictures yang dipost dalam entry tuh. Papepun, kira aku leh layan gak la entry mamat nih.
Actually aku tak kenal sapa admin blog ni. Yang aku tau, entry dia memang best dan sangat berinformasi. Banyak kisah2 yang aku rasa sangat best untuk dibaca yang berkaitan agama, politik dan jugak pengetahuan am. Antara entry yang menarik seperti Konspirasi MH370, kebijaksanaan Dr Mahathir, informasi tentang Dajjal dan banyak lagi. nak tau lebih lanjut..sila terjah website ni alrite?
Bukan Sekadar Rupa! Ko hader?? |
Compared to the rest of the blog above, blog ni paling santai. Ussually kalau aku maleh nak baca benda2 yang terlalu berat ataupun nak baca something yang lebih santai. Aku suka walk blgging blog ni. Entry dia macam2. Variety la katakan. Informasi ada, hiburan ada, santai pun ada juga. Kalau otak aku tengah jam mahupun tension, aku terus usha blog ni.
Beauty with brain! |
Honestly...dulu aku anti giler sket dengan keknis ni. Biasalah..tak kenal maka tak cinta. Dulu aku pikir kalau orang lawa of course la ramai orang suka follow kan. But actually it's not true. She's a real beauty with brain. First time aku terjah blog dia dan baca post2 dia yang lama2, aku semakin tertarik dengan gaya penulisan dan personaliti Hanis Zalikha ni. Entry dia memang buat aku macam rasa gini.."Wow..camner dia leh ada idea nak tulis macam ni ek?". Kira ada wow factor la kan..dan..sampai sekarang..aku suka follow blog dia.. :p.
An apple a day makes your day! |
Kalau korang suka makan epal korang mesti kenal dengan blogger yang lebih dikenali sebagai Cik Epal. Blog cik Epal ni ala2 blog Mr K la jugak. lawak yang amat. Tak tahan dia dok canang dalam blog dia.."tang celah hazebedah mana" yang sekarang aku suka dok quote jugak berkali2 depan husband aku. Entry dalam blog dia ni lebih berunsurkan promosi kepada sesuatu produk mahupun event. But, uniknya blog Cik Epal ni adalah cara dia sampaikan mesej dan info tentang sesuatu produk tu. Funny, but at the same informative. Plus..she's an ex-UIA student. Heh.
Kembar Lisa Surihani! |
Antara nama besar jugak dalam dunia blog. Lawa orangnya. Manis pulak tu. Sekali tengok ala2 Lisa Surihani pun ada.. Entry dalam blog dia ni kebanyakannya berkisar tentang kehidupan dia, dari zaman dia kahwin, ada husband dan dah ada anak. It's kinda enjoy baca pengalaman wanita2 yang dah kawin ni ha. Ye la..aku pun dah berkahwin, dan bersuami ..tinggal nak dapat baby je ha..(Insya Allah). So, bila baca tentang semua pengalaman ni, agak teruja dan enjoy jugak la baca sambil relaks2 tak buat hapo bondo pun...Plus, she's an ex-UIA student. Heh.
Muslimah next top model! |
Blogger kecik molek dari Langkawi ni sweet sungguh orangnya. Masa aku tengok video kahwin dia, lembut je orangnya. Cakap pun lembut tak macam aku yang kalau cakap kuat bebenor hoh. Bak kata husband, bingit telinga dibuatnye. Aisey, you're so sweet bebeh. Pape pun biarpun orangnyer kecik molek, blognyer boleh tahan besau followers nye. Entry dia pun kira aku leh layan la. Same like Namee Roslan, entry lebih banyak berkisar tentang everyday's life dan juga aktiviti tuan empunya diri sendiri yang juga seorang model.Kelas kau! Plus..she's an ex -UIA student.
Fashion is my "STYLE" |
Like the rest, you guys sure knows this stylo lady who just got married recently and her wedding were on air a few weeks back on Astro, in Raikan Cinta. Anyway, dalam kesemua blog yang aku nyatakan, hanya blog dia sahaja yang berbahasa Inggeris sepenuhnya. Tak macam blog aku yang rojak sana sini ok. First time aku baca blog dia, hati aku terdetik, untungnya minah ni sebab melalui blog dia, i know she got $$$$$ and have a good family. Ye la, kalau korang sempat tgk Raikan Cinta tempoh hari, betapa grand giler wedding minah ni. And, if you read her blog, she will story in detail tentang every single moment on her wedding journey. And, aku notice jugak minah ni ada haters. Entahlah..But to me, in my humble opinion, she should keep some privacy and not telling people every single things about it. I mean come on, even blog tu adalah blog kita sendiri tapi tak bermaksud kita boleh terlalu open dengan life sendiri. These crazy world we are living, anything could happen, don't you think? Kalau dia terbaca blog aku ni (maybe not), no offence ok..just my two cents...
Dan...jeng jeng jeng..apakah persamaan aku di antara 5 blogger wanita di atas?? We are all UIA student!
Till then peeps!
P/s: Pendapat hanya luahan peribadi penulis semata-mata. Sumber gambar google. Utk Mr K & Blog Bisu.com..gambar tidak dapat dikesan XD!
No comments:
Post a Comment