Nuffnang Ads

Tuesday, 14 October 2014

Review: SK II yang sangat daebak!!

Semalam husband aku tegur.."Sayang, kulit ayang nampak macam lain la..licin jer abg tgk.. Ni sebab sayang pakai SKII tu ke? Walawei..lain benor hah nampak kalau letak skin care mahal kat muka ni hoh..!

Glamer tak kami??


Ok..aku tak tipu. kembang kempis jugak la hidung aku ni dok kena puji dengan laki aku ni hah...perasan Ayase Haruka jap..,.hihihihi..sapa tak suka kena puji  dengan laki sendiri, ye kak? 

Dalam entry  ini , aku ada tulis yang aku nak try pakai basic set SK II , so kiranya dah tercapai jugak la salah satu listing aku dalam entry tempoh hari. Time masa nak try pakai tu, cuak jugak sebab bukan semua orang boleh masuk dengan produk ni. Actually sebelum aku beli trail set ni aku macam buat research sikit, cara pemakaian, kesan dan efek penggunaan SKII ni berbeza2 mengikut individu. Ada yang ok, ada yang tak ok. Kalau ok baguslah..kalau tak ok, lebih baik berhenti pakai buat sementara dan dapatkan rawatan pakar. 

Masuk hari ni..dah boleh kata almost 10 days jugaklah aku pakai produk ni. SO far, Alhamdulilah, efek dia memang best dan aku personally suka dengan produk ni walaupun habis beratus jugak la semata2 nak beli trail set dia. Aku beli trial set online sahaja, dan bukan pergi ke kaunter, Actually kalau nak pakai set ni, better pergi kaunter dia jer buat checking facial apa sumer, nanti diorang akan terangkan situasi kulit muka macam mana etc. Macam aku ni pulak, sebab penyegan, aku amik risiko jer pakai benda ni. Mengado-gado! 

Kalau nak beli online, boleh singgah blog akak Zunita ni. :) 

Aku pakai set yang paling basic punya, which is Pitera Essence set, time aku beli, aku dapat, Facial treatment Gentle cleanser (20g), Facial Treatment Clear Lotion (30 ml), Facial Treatment Essence(Miracle water ni yang best) (30 ml) dan Stempower (15g). Aku tambah satu lagi produk which is Facial lift (30 g). 

So dah dapat barang jer..aku pun sangat excited la nak try produk ni. Almaklumlah ini adalah produk skin care paling mahal aku melabur demi nak melawa depan suami. Ececece. 

Ramai orang yang dah pakai SKII ni review dan bagitau, kalau kita ni SKII beginners, memang sesuai pakai yang Pitera Essence set ni. Sebab nak biar muka biasakan diri dengan produk ni. Kalau pakai banyak sangat produk maka tak effective sangatla essence dia jadinya.

So, nak dijadikan journey dengan SKII ni..*rolls eye*, aku start dengan cleanser. Cleanser dia serious gentle giler. Lepas cuci muka rasa lembut dan bersih je muka. Hanya letak sedikit kat tapak tangan, campur dengan air dan gosok hingga ianya berbuih, pastu..apa la..cuci muka ler..


Lepas dah cuci dan keringkan muka, Aku pakai Facial treatment lotion dia pulak, Dalam bahasa lain, toner. Basahkan kapas dan sapu dekat muka rata2. Actually ada cara nak sapu benda alah ni. Make sure jangan kena bahagian mata dan sapuan hendaklah dari dalam dan keluar. Untuk cara sapuan yang betul korang leh google jer.  Lepas aku sapu benda ni, aku selalu tepuk2  bahagian yang aku dah sapu untuk bagi lotion tu menyerap sepenuhnya ke dalam kulit. 

Then..followed by the Miracle water, which is Facial Treatment Essence. Seriously bau essence ni busuk. Macam bau basi pun ada gak. Aku tak tipu. Memang busuk. Essense ni warna dia jernih jer. Macam air. Tapi, bukan air sebenarnya. So, kalau korang beli online dan bau dia tak macam bau nasi basi, jangan pakai sebab kemungkinan itu SKII inspired atau nama lainnya..barang tipu doe!!

Cara pakai pulak sama macam pakai toner tadi, setengah orang letak kat tapak tangan pastu tepuk2 kat muka kan, tapi, aku lebih suka gunakan kapas. lebih rata. Pandai2 la agak essence tu supaya jangan terlebih tuang. Same afterwards, aku akan tepuk 2 kat muka dan leher lepas apply essence ni.

And that's it. Buat sementara, aku cuma pakai 3 benda ni jer dulu. Biar muka kasi adapt dengan essence tu. Stempower dan mosturizer akan akan pakai secara berperingkat, supaya kulit muka tak terkejut dan bagi "surprise" kat muka kita. Setengah orang yang pakai SKII mungkin akan berlaku "purging" atau "detoks" kat muka dia. Takpe..jangan takut..jangan gelabah dan buat assumption SKII tak sesuai, Biar je dulu dalam seminggu dua, sebab aku pun macam tu jugak 2 -3 hari pakai..tetiba muka naik jenjawat kecik2 comey lote..Cis..memang aku tak suka tapi..slowly dia akan hilang. Sebab essence tu nak keluarkan toksin kat muka kita. 

Tapi, kalau purging tu lama sangat..contoh hampir sebulan pakai purging tak berhenti, then kena stop pakai dulu,.mungkin kena consult dengan skincare consultant. Probably produk tak sesuai dengan kulit muka.

Dalam kes aku pulak, Alhamdulilah..seminggu pakai SKII ni..kulit dah tak detoks sangat dah. Nampak perubahan, kulit jadi lebih licin dan lembut. Dulu kulit aku kasar dan kusam..tapi sekarang lagi better. By the way, kulit aku jenis berminyak dan sangat sensitif. Tapi takde masalah jerawat.Alhamdulilah pakai SKII ni rasa ada keserasian. Sampai laki aku dok tenung je hah kulit muka aku ni..hihihi. Kembang jer rasa,.hihihi..siap ada rasa bunga2 cinta lagi..*sangatla kan*

Senyum sokmo..ni selfie baru lagi masa Raya Haji tu hah!
So memandangkan SKII ni agak memberikan kesan di muka aku..kira dah hampir 2 minggu jugak la pakai dan efek daebak jer..so, aku akan beli package yang lebih besar la lepas ni. Bukan apa,, trial set memang murah..tapi..botol comel2 jer..tak sampai 2 bulan..nak kena beli lagi. Lebih baiklah aku beli botol besar terus.

Tapi..yang tak bestnya..lepas aku pakai SKII ni la baru aku perasan Ronasutra ada keluar produk skincare sendiri..Aisey..sedey..lambt sangat jumpa..tak pe la..SKII pun ok hape?

p/s: Review adalah berdasarkan pengalaman penulis semata2. 








Thursday, 2 October 2014

Aplikasi Google Street View

Rasanya ramai yang tau aplikasi google street view yang baru ni dah kan? Aku dah try..serious dahsyat search map diorang yang baru ni ha..saja2 taip kat mana rumah aku pastu godek2 and then..wallah..jumpa terus. Clear pulak tu.

Aku amazed dengan benda ni, but at the same time rasa macam terlampau detail dan pas ni confirm macam takde privasi. Ye lah..ko taip je alamat rumah ko kat mana then..tup2 terus jumpa. Kira ada pro & cons la pasal benda ni. Yang pronye..pasni..takdelah meraban nak cari jalan ke apa ke..yang cons nyer..macam2 hal yang tak diingini boleh berlaku.

Katakan ada orang dah mark ko..tau alamat je..memang siap la. Pasni..confirm along2 sumer senang nak carik peminjam2 diorang yg tegar nak bayar hutang apa sumer..

Aku try gak explore tempat2 seprti kat bwah ni ha..

Cameron highlands! Tak pernah datang sini..datang dalam alam maya je la!

Kat Cameron Jugak!

Yang ni kat Langkawi..Nostalgia sikit tempat ni..sebab ni area Langkapuri Inn..tempat aku honeymoon dulu

Genting Highland! Aku dapat takat ni je la..

Yang ni paling dekat dan sumer orang tau..KLCC! My second home!

Amacam? best tak? korang boleh try apps ni kat sini

Google Street View

p/s: pasni merantau alam maya je la...huhuhu

Wednesday, 1 October 2014

Husband & Wife: Berdua lebih baik

Dah lama jugak aku tak tulis any entry pasal benda2 macam ni. Bukanlah nak menjaja hal personal sendiri tapi sekali sekala rasa macam just nak saja2 tulis dalam blog tak famous aku ni hah..






Dulu masa aku bujang..lifestyle aku sempoi je. Rutin pegi kerja, balik kerja, Malam rehat tengok tv ke..main game ke..tido ke..pastu esoknya keje balik. Hujung minggu pulak sama ada keluar sengsorang cari dvd , takpun tengok wayang ke..keluar sekali sekala dengan kawan (including ex bf) ..balik rumah abang ke..tak pun balik kampung. Then ..hujung bulan..dapat gaji shopping. Tu je la gamaknya.

See. Betapa bohsannya hidup aku dulu. Macam orang takde life pun ada gak kan? Seriously pathetic giler. Sometimes aku rasa macam  hidup aku kosong. Bukanla nak kata hidup aku ni mcm tak de matlamat it's just that all that I've been through when I was still single is just so routine. Tu yang lepas kawin ni selalu kena bahan dengan husband aku. Nama je lebih tua tapi experience hidup so so sajer. Ahaks. Dan husband aku selalu panggil aku budak kecik. Sabau je la.. hmmmm. 

Then now..after marriage my life was completely different. Lebih terurus, lebih interesting. much more happier dan merrier. Sebab aku dengan husband aku memang sekepala. Kita orang ni bongok2 sikit. Suka buat lawak cam sengal pastu suka tiru citer dalam tv. Ahahhahaha. Kalau ada citer yang best..mula lah dok berangan husband aku jadi watak ni..aku pulak merangkap heroin dia..gwahahahahaha. Serious tak boleh belah.

But then, this is what makes me happy. Aku ni banyak kekesalan dalam hidup tapi keputusan aku memilih untuk berkahwin adalah satu keputusan yang aku takkan menyesal sama sekali. Before marrige my life was completely normal, dan tak lupa jugak segala kesusahan yang selama ni aku pendam seorang. Aku settle sorang. No one knows.

Dulu pun balik keje malam2 buta..naik lrt pastu nak kena jalan kaki lagi nak sampai rumah. By the time aku sampai confirm kengkadang tak sempat nak mkn malam terus membute. Baju pun tak sempat salin. Solat Isyak pun kengkadang hangus. Pfft..Apa la nak jadi. 



Dah kawin ni ha..best sebab everyday husband aku jemput aku balik keje. Pastu dok citer hal kerja masing2. Borak2 apa semua. Rasa cam best jer. Kengkadang aku saja carik gaduh dengan husband aku gak. Time dia penat apa sumer aku ni menggada tanya benda yang dia tak mampu nk jawab. Pastu aku pun merajuk la..hahahaha. Tapi..sampai rumah baik dah. Setakat ni Alhamdulilah sebab kitaorang jenis gaduh jer cepat baik. Takdenyer nak masam muka sampai seminggu..berbulan2 ke apa ke.. 

Sapa kata tinggal rumah mertua tak best. Yang ni terpulang la kan, Sesetengah pasangan lepas kawin prefer utk tinggal sendiri tapi memandangkan aku kena tinggal dengan keluarga mertua dulu agak takut2 gak..yelah..byk sangat tengok drama melayu yang banyak menipu dan bagi fahaman melencong kengkadang. But then, bila aku sendiri kena tinggal dengan mertua, pada aku not bad la. Tinggal dengan mertua ni ibarat korang tinggal dengan mak bapak sendiri jugak. Syukur jugak aku dapat mertua yang sporting dan jenis tak kisah. Korang dah kawin pandai2 la nk manage hidup. Even tinggal dengan mertua sekalipun aku masih ada privacy utk diri sendiri dan husband. Syukur Alhamdulilah.

It's a good thing when you have someone who knows the real you. You can be yourself and no pressure. Sometimes kalau dengan orang lain kan kita kena macam cover2 sket..takleh nak lok lak sangat ke hape ke...kan?


And the best part is..husband aku ni..dulu aku bukannya pandang sangat pun. First time aku jumpa dia pun, he is still very young. Dan kitaorang memang suka gaduh dulu. Kelakar seh.

Tapi,,in the end, Allah tu lebih tau. Dia lah jodoh aku. 



He is my Brown. I'm his Cony. Not horny ok.



p/s: Sumber gambar.Google.






Wednesday, 24 September 2014

Review Filem: The Maze Runner

Rasanya agak lama jugak aku tak review pasal apa2 movie kebelakangan ni. Entah..bila ada mood masa pulak takde...bila ada masa takde mood nak menulis pulak..Ahaks.

Last week, aku sempat la tengok wayang dengan husband citer The Maze Runner ni.Actually..citer ni husband aku yang nak tengok sangat sebab bila tengok trailer macam best. Tapi..citer ni memang memang best pun!



Imagine kalau korang tetiba one fine day ni..dibawa ke satu tempat yang asing. Kau tak kenal..tak ingat pun nama korang sapa and then tup..tup..ada kat satu tempat ni ha..sumernye cowok2 (lelaki) belaka..takde sorang cewek pun kat sini..pastu sumer hidup ala2 zaman dulukala..rumah beratapkan pokok apa sumer..terpaksa bercucuk tanam sendiri..pendek kata ala2 survival la...dan the best part is..depan korang ada satu tembok besar ni yang dinamakan The Glade. The Glade ni ibarat tempat yang berbahaya bagi sekumpulan remaja yang ditempatkan di sini. Sebab apa dan kenapa diorang ditempatkan tu..tak ada siapa pun tau.

Ok..itu la summary yang aku boleh cakap pasal citer ni. Opening citer ni pada aku..sangat intense..citer baru start, semuanya gelap, aku ingatkan screen wayang tu rosak rupenya nak tunjukkan macam mana lead hero(Dylan O'Brien) dalam lif  aka Thomas si curious datang ke tempat tu in the first place.

Masa mula2 Thomas sampai jugak diceritakan kenapa tempat tu macam tu dan kenapa ada some of the guys dalam tempat tu jadi Maze Runner.Maze Runner ni macam batu loncatan la jugak buat kumpulan anak2 muda kat situ yg agak lama tinggal hampir 3 tahun. Setiap hari bila tembok The Glade dibuka, diorang akan masuk ke dalam cuba untuk cari jalan keluar. Tapi diorang kena keluar sebelum malam, or else...DIE. Si Thomas ni pun later dilantik jadi Maze Runner jugak.

The rest of the story..epic. Sangat fast paced..tak meleret2..takde adegan romantik yang mengada2..kiss kiss sumer takde (maybe sequel ada kot..kyaa~) dan jalan cerita straight to the point. Actually jantung aku dup dap dup dap bila tengok citer ni..Suspen seh..especially time si Thomas ni lari dari makhluk dalam maze tu, apa ke nama tah benda alah tu..hah..Grazier. (Ye ke? *rolls eye*). Ah ...bantai je lah. 

Dalam banyak2 watak dalam movie ni..aku paling suka watak Newt (Thomas Brodie-Sangster). He is calm, likes to smile, good leader dan always his opinion talks best about his personality. Dalam citer ni dia jugak banyak tolong dan support Thomas untuk keluar dari tembok tu.

Filem ni dah capai tahap box - office seluruh dunia masa release. Sebab ramai orang suka giler movie ni..so..next year in Sept 2015, 2nd sequel, The Maze Runner -The Scorch Trials akan menyusul.

Filem ni akan ada 2 sequel (including the The Scorch Trials) dan satu prequel. Definitely something that I wont miss! 


P/S: Filem ni ada unsur2 Hunger Games sikit..but hey, I dont mind. Sumber links dan gambar Google.




Sunday, 21 September 2014

Social party is not my thing!!

Bila kita dah selalu buat keje dan banyak menghabiskan masa sendiri kat ofis, completely orang akan cop kita lone ranger. Tak pun kera sumbang. Tak reti bergaul. Well, aku takkan backing diri aku sendiri. Yes, I admit aku memang suka buat hal sendiri. Selagi orang tak kacau aku, rest assured that I wont make a hell of your life as well. Itu aku. Tapi aku bukan kera sumbang. Aku still lagi boleh bersosial dan borak2 casual dengan rakan sekerja yang biasa aku bekerjasama mahupun sekali sekala buat kerja dengan diorang.Aku pendiam, yes, tapi bila orang tu dah biasa dengan aku, aku akan pok pek..pok.pek...sampai diorang pun tak leh tahan. Ahaks. 



Betul la apa orang cakap. Kita cuma akan jadi diri sendiri bila kita selesa dengan orang itu. Satu2nya orang yang paling mengenali aku adalah husband aku sendiri. Dia yang tau kebaikan, keburukan dan kenal aku macam mana. Kalau orang tu tak rapat mahupun kenal aku gitu2 jer..dia akan senang salah paham dengan aku. Although i mean no harm. Haish...

Baru2 ni aku berpeluang menghadiri majlis di company aku yang diadakan di satu resort terkenal ni. Siap ada theme lagi. Everyone is so happy, wearing dresses and shirts which follows the theme. Including myself. Along the occasion, lots of mouth watering, good foods were served during the evening. Kata hotel 5 bintang kan...makanan kenalah sedap2 ye dak. 

And, as ussual bila kita attend party macam ni..definitely memang kena mingle around kan? So everyone is mingling around termasuk aku. Tapi, aku tak la mingle sangat pun, sekadar tegur2 untuk berbasa basi jer. Tu jer.  



Seriously parti atau keramaian begini memang kelemahan aku yg sangat ketara. Especially when we are trying so hard to fit in. Memang takkan boleh menyesuaikan diri. Apa yang aku perhatikan, this is not only happening to me, but there was many more are having the same fate or could be feeling the same way as I do. Majority colleague only mingle around upon their team. Tapi,, tak begitu nak bercampur dengan team lain. Same goes to me. Everyone is so like pretending to be someone else. It's like although we are working in the same company, we don't share the same feelings. As for me, sebab aku ni back end people yang handle pasal gaji, no one really wants to get to know me. Sebab aku tau, I've been strict enough to them for all payroll matters. So, they are sort of to have this kind of impression that I am not cooperating well with them. These people does not have any idea on how much I've been helping them. Still, they look at me as a bad cop. IF this is the cost that I have to bear for just being myself and not trying to fit in, so be it. Like I care. *rolls eye*

Nak buat macam mana? Ofis aku ni memang company yang kecik je pun..baru nak naik tapi terlampau elit sangat. Masing2 dengan ego masing2. Bukan semua tapi aku boleh kata majoriti la.. Orang atasan belum tentu kenal dengan orang bawah dia macam mana. Satu perkara yg aku perhati sejak aku bekerja dalam syarikat ni adalah, they can praise you soooo much..but one fine day..they can fired you any time. Katakan korang cuba mencabar, mahupun demand melampau sangat  dan diorang nampak kau dah macam pain in the ass, then get ready to loose your job. Whatever contribution that you have done in the past, it does'nt matter anymore. None of it matters.

Oh yes, berbalik kepada majlis tu pulak, every year is the same thing, Same entertainer, same situation, same uneasy feelings. The only things that changed is the people. Masa majlis ni..boleh nampak la perangai masing2 macam mana. Yang jelak, bising, gedik dan kaki clubbing sumer kita boleh nampak. Dan yang lebih sedih, aku sendiri tengok orang Melayu kita macam mana. Sangat suka bersuka ria. Pastu bab dressing toksah cerita la. Belum masuk time menari lagi. Kalau siapa yg single nak cari bini atau laki, maybe bukan dari majlis2 macam ni kot.  Nak bersuka ria tu boleh..but if you did it with some integrity,..I can still respect them. Pastu..botol arak pulak dihidangkan kat setiap meja untuk toast!. Aku ni..dah bermacam jenis arak aku tengok. Dari jenis berwarna warni..berapi..etc..benda ni normal bila kita kerja kat company negara luar. Dah takde peliknya pun. 

Dan tak lupa jugak, banyak yang jadi clown semata2 nak bodek boss. Bila time bonus, walaupun orang2 ni tak banyak buat keje, inilah yang akan direward dengan sebaiknya, Yang bekerja berdasarkan kerja semata2 dan tak reti nak kipas boss apa sumer, ni lah yang di cakap takde profesionalism, tak reti buat keje, tak reti nak mingle around, tak reti nak adapt dengan company culture. Bila time increment dok perah otak pikir macam mana nak cakap kat orang2 jenis nombor 2 ni  kenapa increment dan bonus rendah to passify them. I say what??  



Nak bersosial sangat dalam party macam ni bukan style aku kot. Sebab tu..aku lebih concentrate makan, gelak2 tengok aksi sarkas dan gila2 masing2 dan tengok gelagat orang. Bila orang tegur..aku balas balik. Jadi diri sendiri. Enough.

Dan sebab tu jugak this year aku datang dengan husband aku. Maleh nak satu bilik dengan roommate balik bilik mabuk. Serious annoying giler. 



P/S: Pendapat hanya luahan penulis semata2. Sumber gambar google.















Friday, 12 September 2014

Bukan semua lelaki itu tidak charming...

Aku dari kecik memang suka "crush" tak tentu pasal dengan lelaki. Especially yang hensem gitu. Ahaks! Poyo je lebih minah ni. Haha. Tapi..masa tu kecik lagi kan. Kalau crush pun, bermusim. Kejap suka dengan mamat ni..kejap suka dengan class mate sendiri, kejap suka dengan abang senior. Biasalah kita masa zaman muda mudi dulu..(sekarang dah jadi mak cik dah)..ada je alasan kenapa nak suka seseorang tu ..tapi kengkadang sebab nak suka seseorang tu bukannya boleh justifiable sangat. Kan? Tu yang keluar term "Puppy love" atau dalam bahasa malaysianya, "cinta monyet"..beza betul ayat dari BI ke BM. Kalau direct translation, jadi "Monkey Love". Kelakar seh. 



Itu bila time aku mula nak kenal lelaki selain dari abah, abang mahupun adik lelaki aku. Ingat jadi anak tunggal perempuan dalam family ni senang ker? Selalu kena buli dan tiau ok! Bertumbuk terajang antara aku adik beradik perkara biasa. Tak charming langsung diorang nih.Tu pasal la aku pun terjebak sama. Kalau lembik sangat masak pulak aku kat rumah tu.Tapi..itu masa kitaorang kecik2.Sekarang dah besar masing2 ok jer.

Bila dah dari kecik banyak sangat latihan dari so called lelaki, even diorang ni kasar aku still nampak banyak benda yang boleh dikatakan "charming" dan menarik la pada spesies lelaki ni:

1- Even diorang ni kasar dan kepala otak sangat susah untuk difahami, dari segi friendship lagi bagus dari perempuan, Bukan nak bandingkan tapi memang betul.

2-Lelaki kalau betul2 baik, memang dia baik betul. SO, pikirlah not dua atau tiga but banyak kali kalau cuba nak permainkan perasaan dia.

3- Macam mana perempuan putus cinta, macam tu jugaklah lelaki. Beza? Lelaki lebih suka pendam dari bercerita kat orang,

4- Lelaki memang punyai sense of humour yang sangat tinggi. That's why I'm marrying my husband!hihihi.

5- Nakal atau flirt yg tidak keterlaluan sometimes buat lelaki nampak ada character. Bukan flirt yang macam celaka tu ek! tunjuk tanda lucah mahupun panggil kita macam anak kucing. That is not flirt. That is bad intention.

6-lelaki yang panjang akal sangat attractive.Dahlah aku ni cepat gelabah, so, bila lelaki ada sifat ni, rasa safe dan kita boleh harapkan dia.

7-Lelaki yg banyak kemahiran hidup, macam pandai bertukang, betulkan paip..ala benda basic2 yg selalu jadi kat rumah,..memang rasa macam wau!! pandainya dia buat sumer benda tuh.Ececece...

8- Lelaki yang pandai hormat mak bapak dan orang tua..serta parents future in law dia. Serious charming giler.

9-Lelaki ada kelebihan dari segi kekuatan. At least bila dengan dia rasa selamat. Bukanlah nak suruh dia bersilat macam Eman Manan tu..janji boleh defend diri sendiri dan kita..dah kira bagus..

10- lelaki yang ilmu agamanya bagus tapi maintain sempoi jer, Tak menunjuk dan tak berlagak.Cool giler.  


Entry ni bukan untuk perbandingan ke hape..just an opinion from what I've observed. 



P/S: pendapat hanya luahan peribadi penulis semata2. Sumber gambar.Google.










Monday, 8 September 2014

5 perkara yang aku nak buat dalam masa terdekat ni..

Macam apa2 je topik aku untuk entry ni...entah tetiba terasa nak menulis tapi idea tak datang2. Tu yang rasa nak dok merapu jap ni. Ahaks!.

Actually banyak benda yang aku tengah fikirkan sekarang. Rasa dah macam berselirat kepala urat dalam otak aku ni ha...tu yang cuba nak buat listing dalam blog gamaknya. Ada ke blogger lain buat listing benda yang diaorang nak buat dalam blog? Ada ke? Ada ke? Takde?

1- Tengah tunggu outfit untuk Annual Dinner:

Seriously, aku malas nak berhabis untuk annual dinner hanya untuk satu malam. Tapi disebabkan aku memang tak banyak baju untuk event macam ni, that's why kena kuar pulus sikit. Tapi takpelah, sebab budget aku pun tak banyak. Aku dah order online untuk outfit ni. Actually, order dah awal tapi disebabkan takde stok maka aku terpaksa reorder benda lain. Alang2 nak kena reorder, baik aku carik outfit yang aku nk pakai untuk Annual dinner ni nanti. So, carik punya carik..terjumpalah kat satu online shop ni, sally fashion. Serious aku cakap, baju dia serious lawa2 belaka. Dan murah. Tapi, aku tak leh nak cakap banyak pasal online shop ni lagi sebab aku tak dapat parcel lagi. Nanti aku akan cuba untuk review tentang online shop ni next2 entry aku. worait. 

I cadang nak pakai sempoi jer,Pakai blause lengan panjang pastu beli seluar 3/4 cut kat Uniqlo warna putih, sebab theme dinner utk tahun ni serba putih. En blacque katanya. Konon perasan angel ler tu. Apa2 je la. Tapi disebabkan annual dinner tahun ni husband aku ikut sekali that's why kena semenggah sikit pakai..selalu ada den kisah sangat bab2 ni? Yang aku care...Makan!!!!.

Dan inilah outfit dia... 




2-Nak cuba set trial SK-11

Honestly...penjagaan basic aku hanyalah cuci muka, pakai toner dan pelembap. Dan selang seminggu aku akan scrub muka.Simple. Salah satu sebab kenapa aku tak nak letak banyak2 sgt produk penjagaan muka ni sebab takut muka aku break out balik. Kalau korang baca entry aku pasal review cosmoderm produk tu, sampai sekarang aku still lagi pakai produk cosmoderm, tapi aku dah tukar pakai tea tree set punya. So far, Alhamdulilah, kulit aku maintain ok. Tapi...tapi...sebab aku pakai produk yg hanya utk satu masalah jer muka jer, tak boleh jugak sebab makin lama aku ni makin tua, muka nak kena gak jaga keanjalan kulit dia. Ai...kata kawin lelaki yg lebih muda., kenalah jaga muka dan bentuk tubuh jugak. 



Sebelum nak beli ni,,gigih gak aku dok google dan carik info pasal penggunaan "miracle water" ni ha. Ada orang yg ok, ada yg tak ok..bila baca review macam takut gak nak cuba tapi kalau tak cuba tak tau sesuai atau tidak dengan aku, ye dak? That's why aku nak try pakai set trial dia dulu. Kalau ok..then boleh proceed teruskan penggunaan. Hmmm


3- Diet

Berat badan aku naik tanpa belas kasihan sejak menjak kawin ni. Mana tak naik, exercisenyer kureng..makan lebih. Macam mana tak makan lebih, mak mertua aku memang suka dok masak sedap2 pastu suh aku makan. Aduyai..camner ni? kang tak jamah kang, kecik hati. Rezeki jangan ditolak.  Tapi..idak la naik giler2 terus 10 kg macam tu. Cuma untuk ketinggian aku dalam 160cm  ni.. Ada sedikit overweight juga..dalam 1 atau 2 kg. Takpe...aku tau nk handle macam mana. Ahaks!


4- Carik kerja lain

Lepas aku dapat apa yg sepatutnya aku dapat, dalam sebulan lagi aku akan terus update resume dan carik kerja lain. Sebenarnya aku taknak carik kerja lain..tapi, rasanya aku tak dibalas setimpal dengan apa yg aku buat which makes me so dissapointed. Boss aku asyik fokus utk kesalahan aku dan taknak tgk fully apa yg aku dah contribute selama ni membuatkan aku jadi menyampah dan malas nak argue lagi dah, Aku dah cakap apa yg aku rasa dan still diorang fikir aku tak performed, so what can I do? Redha je la. Asyik nak dengar cakap orang lain jer..tak nak backing staff sendiri so paham2 sendiri la ek. 

Bila dipikirkan balik..sampai bila nak kerja teruk macam ni. Pointless. Kalau aku kerja teruk gaji mantap takpe gak. ni bayar biasa2 jer nak expect aku cover keje untuk orang lain! Piirah!


5-Honeymoon

The truth is...hidup aku dan husband memang busy. dia busy keje dengan study..aku busy kerja. Siap kalau husband aku takde kelas kitaorang asyik dating kat ofis masing2 la jawabnya. Tak leh nak bercuti sangat. Kalau cuti confirm keje berlambak. Aku dan husband backend punya orang..memang susah nak amik cuti. Asal nak cuti kena plan boleh ke tidak...Aduyai..

Aku dah identified a few places..actually nak pergi overseas tapi sekarang ni kapal terbang byk sgt "drama" so cancel bercuti dalam semenanjung Malaysia je la...Huhuhu..