Nuffnang Ads

Wednesday 3 June 2015

TV series best yang korang patut tengok dan follow

Aku suka tengok tv. Tengok tv adalah salah satu cara aku release stress selain jogging, main game, makan dan todi..oops tido. Tapi..aku tak tgk citer macam  Rindu awak 200%, Isteri separuh masa, Suamiku memang sotong..bla..bla..tu semua. Not interested. Entah kenapa dont ask me why.


Mungkin dah sebab dasar suka tengok citer luar, sebab tu bila tengok citer macam yang tersebut di atas tu..rasa janggal. Hmmm.

Anyway, kalau korang kaki tv jugak macam aku. Boleh lah try tengok a few recommendation di bawah:




1- The Mentalist - Channel FOX HD 724

Tajuk yang mental semental pelakonnya. Actually aku start follow citer ni dari season 2, sebab season 4 baru jer on last week. Citer ni pada aku kalau takde Patrick Jane (Simon Baker) , hanyalah sebuah citer penyiasatan tipikal biasa. Citer ni best sebab ada watak ni. Patrick Jane, seorang konsultan yang memiliki kelebihan menginterpretasikan minda dan kelakuan pesalah untuk pihak CBI, California Bureau Investigation yang membantu dalam banyak kes bunuh. Sebelum dia jadi konsultan untuk pihak CBI, dia adalah seorang "con man" (Penipu) yang sangat berjaya. Hidup Patrick Jane berubah bila dia menolong polis dalam satu profile penjenayah yang dinamakan "Red John", yang akhirnya memakan diri Patrick Jane sendiri bila isteri dan anak perempuannya mati dibunuh. Sejak tu, dia menjadi konsultan bagi pihak CBI dengan satu tujuan juga, menjejaki Red John demi membalas dendam.

Kenapa aku recommended citer ni? Sebab Patrick Jane ni pak lawak giler2. Pastu kengkadang tak sure apa yang dia pikirkan. Semua tindakan dia sometimes orang tak perasan dan sentiasa one step ahead. Dan dia juga seorang yang sinis, sarkastik dan pandai memanipulasi orang lain mengikut kehendaknya. That's amazing dont you think?


2- The Constantine - Channel Fox HD 724

Constantine version movie dah ada. Ala yang Keanu Reeves berlakon tuh.  Rasanya, yang tu lama dulu.. Yang ni pulak tv series dia. Ni siri baru. Baru season 1. Even aku tau citer ni sangat mengarut. But then, not bad. still enjoyable. Tengok jer. Jangan pikir. Kalau pikir memang akan rasa macam citer ni dah sesat sangat. Citer ni mengisahkan John Constantine , seorang "demon hunter" yang menggunakan kelebihan yang dimiliki tentang  dunia syaitan, cuba menghalang dari kuasa2 jahat dari cuba bangkit dan menghancurkan umat manusia.

Storyline sounds a little bit cheezy, but still enjoyable to watch. Effect CGI was good an a fast pace type of series. Takdenye nak buang masa tgk adegan yg tak perlu.


3- NCIS 12 - Channel Fox HD - 724

Ala2 CSI. Tapi yang ni lawak sikit. Sebab ada Mcgee & Dinozzo. Mangkuk hayun kengkadang aku tengok dua ekor ni. Suka buat lawak tak bertempat pastu kantoi dengan Gibss. Ahahha. Citer pasal NCIS team yang penuh dengan propaganda US dan selalu bangkitkan isu pengganas. Asal pengganas jer orang Islam, Russia, bla,.bla....Hmph..hampeh. But anyway, tengok sekadar suka2 jer bolehlah.

Tengok boleh. Percaya jangan. Sebab motif citer ni pun propaganda lebih.


4-A birth of a Beauty - Channel ONE HD - 393

Ala2 citer 200 pound Beauty. Mengisahkan tentang Sa Geum Ran yang dahulunya gemuk membuat pembedahan plastik demi mencantikkan dirinya bagi membalas dendam terhadap suami dan keluarga mertuanya. Geum Ran yang ketika hidup lamanya dibenci dan tidak disukai keluarga mertuanya. Mertua Geum Ran menganggap dirinya memalukan kerana bentuk fizikalnya walaupun Geum Ran bijak dan rajin menguruskan rumah tangga. Penentu hidup Geum Ran sampai ke kemuncak apabila dia mengetahui yang suaminya cuba membunuh dirinya bila mereka bertengkar kerana Geum Ran mengetahui suaminya curang.

Akibat peristiwa itu, Geum Ran membuat pembedahan plastik dengan pertolongan seorang doktor pakar dalam plastic surgery, Han Tae Hee, Bagaikan mendapat azam baru, Geum Ran mengubah namanya kepada Sa Ra, demi membalas segala perbuatan suaminya sebelum ini. Macam2 benda pelik2 dan kelakar yang dua ekor ni buat bagi menjayakan rancangan mereka. Dan tanpa disedari..Han Tae Hee slowly jatuh cintan kat "Ahjumma" yang dicantikkan dirinya sendiri.

Chemistry yg mantap dari dua lead. And, they look so cute together. XD


5- 3 Meals a day - Fishing village - Channel M 395 -

Memula masa aku tengok rancangan ni, aku dok pikir, citer pasal apa ni? Nampak macam tak best jer. Tapi aku layan je la. Tau2 dah habis. Nampak tajuk macam boring, tapi best sebenarnya.

Dalam rancangan ni, korang cuma akan nampak 3 orang lelaki, tinggal dalam 1 rumah kecil di sebuah pulau nelayan kecil di Korea. Kerja sehari2 , sorang tangkap ikan, sorang masak, sorang kemas rumah. Tapi yang paling menarik perhatian adalah Cha Seung Won. He can really cooked i tell you! Siap boleh buat fresh tomato sos lagi, kau hader?? Bagi la apa pun..mamat ni memang terror giler masak!

Aku rasa siri ni best sebab value dalam citer ni. Sebab ianya real. Katakanlah kalau sorang mamat ni tak dpt pancing ikan, maka tak makanlah diorg malam tu. So kena la si "chajumma" ni masak jer apa yang ada.

Aku suka tengok sebab siri ni mcm dekat dgn realiti sebenar kehidupan. Something yang kita boleh kaitkan, right?


6- What shall we eat today - Channel M 395

First time aku tgk program ni aku confuse jap. Ni rancangan masakan ke rancangan makan2? Sebab dua org hos dia sambil masak sambil makan...tengah2 dok gaul...amik sikit2 makan makanan yg dia tgh masak tu. I was like..huh?

But, program ni lain dari rancangan masakan yg biasa kita tgk. It's fun, funny . Sebab sorang hos ni cool giler.Apa jer yg dia masak menjadi. Sorang lagi pak lawak. Masak ikut suka hati dia. Sometimes jadi, sometimes tak.

Dan..lepas diorang habis je masak. It's time to dig in. Seronok tgk diorang makan. Serius memang makan betul. Sampai aku pn dok telan air liur jgk tgk diorg ni makan.XD

Lagi apa ek...hmm..tak dpt difikirkan lagi buat masa sekarang. XD
.

p/s: Sumber gambar google.






No comments:

Post a Comment