Nuffnang Ads

Wednesday, 3 September 2014

Berebut kicap punya pasal maka jadilah Good Daughter Hana!

       Masa dulu2 time aku still lagi kasar, asyik dok pakai t-shirt besau dengan jeans, taknak pakai kain, baju kurung apa sumer, ramai dok confuse aku ni lelaki ke perempuan. Muka pun tak nampak macam perempuan sangat sebab ramai kawan lelaki aku cakap aku ni muka garang. Perangai pun tak serupa perempuan dah. Asyik nak bergaduh..pernah kena panggil dengan cikgu disiplin sebab aku pernah "swing" (tumbuk) muka kawan lelaki sekelas aku sebab dia tak henti2 ejek aku hodoh!  Puas rasa dapat bagi sebijik dekat mamat ni. Biarpun tangan aku pijar, sakit kena rotan dengan papan pembaris yg tebal tu beberapa kali, aku tak rasa menyesal pun dengan apa yang aku buat. Mulut mamat tu busuk sangat! And he deserves it!




Eh...terover plak mukadimah aku ni. Aisey, benda tu berlaku kat masa aku sekolah rendah. Citer lama dah pun. Cuma bila aku tengok satu citer Korea yang tengah hot ditayangkan kat ONE HD sekarang ni, aku teringat kisah dulu2. Hehe.

Good Daughter Hana. Korang tengok tak citer ni? Aku memang tengah follow citer ni sekarang. Everyday dari hari Isnin sampai Jumaat tak miss tengok citer ni. Walaupun sometimes citer ni boleh dikatakan meleret2 la jugak tapi aku still nak tengok sebab best. Sometimes, adegan diorang nak berbincang pasal pewaris je pun dah dekat 10 - 15 minit. Bezanya kenapa aku masih lagi boleh layan tang diorang dok borak apa sumer tu adalah perbincangan diorang tak la mengarut sangat. Macam biasa, kalau dah namanya drama, of course banyak giler drama dan tipikal citer korea confirm ada dalam drama ni.

Alkisahnya citer ni pasal cucu2 chef diraja keluarga Jang yang selama 400 tahun yang menghasilkan kicap bertahan dalam dunia perniagaan Korea. Tapi, citer ni lebih berkisarkan hidup Jang Ha Na aka Jang Eun Seoung, seorang cucu perempuan yang paling bongsu menyamar sebagai lelaki pada mulanya atas idea ibunya yang mahukan kehidupan Jang Eun Seoung lebih terjamin. Macam2 yang Jang Ha Na ni dah lalui tapi dia tetap tak nak mengaku kalah demi membuktikan kebolehannya setanding cucu lelaki yang secara tradisinya mewarisi perniagaan keluarga.

 As usual, cheezy korean dramas.Contoh, lead lelaki suka tolong heroin diam2, ada sorang lagi lead lelaki tanpa disedari dah nak terjatuh cintan kat lead heroin.Ala2 cinta tiga segi la gamaknya. Heh. Adegan benci membenci, busuk hati, dan macam2 lagi la so called drama dalam citer ni. Tapi sumer adegan tu seronok ditonton sebab lakonan masing2 yang memang real dan nampak kebencian antara satu sama lain. 

Tapi, dalam best2 jugak citer ni, entahlah, maybe it's just me. Time mak tiri dan nenek tiri nak buat jahat, macam ada je tak logik dia. Pastu, sumer orang tak nak bagitau atuk dia keadaan yang sebenar. Yang aku geram tu, sumer pembantu dan orang gaji atuk dia baik2, kenapa still lagi buta tuli ikut jer arahan mak tiri dan nenek tiri  lead heroin? Boleh jer dok bantu lead heroin diam2. Ahaks. 

Part nak busuk hati dan benci membenci pulak, eii,, memang menaikkan darah aku la. Aku yg tengok pun rasa geram. Orang kata kalau kita dah dok menyampah dengan lakonan seseorang artis tu maknanya lakonan dia berjaya la. Dengan memek muka tak sedar diri masing2. 

Seronok tengok citer ni sebab personally aku memang suka karektor lead heroin. She's calm, rational,tough but at the same time she's a well raised daughter with a big heart. Jang Eun Seoung aka Jang Ha Na. Kengkadang aku pun konfius tengok minah ni. Sukar nak dipastikan jantinanya hahaha.  Part yang paling aku suka bila Jang Ha Na ni gi bantai abang tiri dia. Daebak habis!  Dan...Part yang paling kelakar bila adik perempuan lead lelaki kedua jatuh hati kat lead heroin. Siap nampak bersinar2 jer muka Jang Ha Na ni..Ahaks. Lawak giler. Aduyai.XD.

Papepun...citer ni memang best utk di layan. 

p/s; Sumber gambar google.






Tuesday, 2 September 2014

Awek selfie tengah jalan...Kalau cantik ..buat apa pun cantik!!

Kenal dengan minah kat bawah ni? Kalau takde orang post kat facebook aku pasal awek lawa sorang ni...aku pun tak kenal dan tak tau pasal dia ni..




Ni sumer gara2 gambar dia yang diupload ke laman sosial oleh tuan empunya badan sendiri ketika minah ni tengah dok sibuk berselfie di tengah kesesakan jalan raya.


Bila aku nampak gambar ni for the first time...aku dok pikir..apa motif minah ni selfie kat tengah panas masa jalan tengah jem giler...dia ni wartawan nk cover pasal kesesakan trafik ke ..atau saja nk melawan arus amik gambar yg orang lain tak pernah buat...ataupun nk tunjuk muka kiut dia tu ha?


Aku bukan apa...nak dengki jauh sekali. Kalau ye pun nak kreatif..agak2 la. Dibuatnya malang tak berbau teraccident ke walaupun tengah jem..kena ragut ke....hape ke...sapa yg susah? Mike dan keluarga mike ler...ate sape lagi?


Tapi...orang Malaysia ni kan "suka benda2 macam ni. Aku tgk gambar dan cerita pasal minah ni byk dishare kat facebook. Rata2 ramai yg suka dan anggap perlakuan minah ni "comel". Comel ke? Bila dah jadi ala2 viral share kat facebook..of course ramai nk tau sapa minah hot ni kan? Selidik punya selidik...rupanya awek sorang ni anak kepada komposer terkenal Malaysia satu masa dulu..Fauzi Marzuki. Nama minah ni..Nadia Fawzi. Well...you can Google if you want.


Cuba kalau yg buat aksi sebegini mukanya tak seberapa ataupun biasa2 jer... Aku rasa mesti ramai yg kritik giler2. Silap haribulan ada orang buat facebook anti perlakuan sebegini. Ahaks.


Nak buat macam mana...cantik menghalalkan cara. Kalau muka lawa, hensem.....buatlah apa pun..semua orang suka. Benda ni normal.. kat mana2 pun sama jer. Untungla jadi org cantik atau hensem. Ye dak?


P/s: tak paham dengan benda2 macam ni. Sumber gambar google.

Wednesday, 27 August 2014

Perempuan memang suka pandang-pandang kan?


Aku dari kecik memang takde kawan perempuan. Sangat. Entah kenapa aku tak tau..maybe sebab latar belakang aku yang anak perempuan tunggal dalam family kot..that's why tak biasa ada kawan perempuan. And..that's why end up as tomboy..oops..ex- tomboy. 



Bila selalu kawan dengan budak lelaki..bila masuk sekolah rasa kekok nak kawan dengan kawan perempuan. Bukan apa sebab zahirnya buat kawan dengan lelaki jauh lebih senang dari kawan dengan budak perempuan sendiri. Aku bukan nak judge kaum sejenis aku tapi berdasarkan pengalaman aku yang dah 30 tahun ni hah...boleh kira dengan jari la berapa ramai kawan perempuan yang aku ada.

Lelaki bila berkawan tak memilih. Tegur2 sikit dah boleh buat kawan dah...sometimes aku jelous jugak dengan husband aku..sangat senang berkawan dengan semua orang..sekarang ni sumer kawan husband aku ibarat kawan aku jugak sebab diorang memang jenis sempoi bab2 kawan nih..

Why I end up writing this entry sebab aku perasan, perempuan memang suka pandang aku dari atas sampai bawah pastu bagi jelingan, renungan yang pada aku entah apa2. Sebab aku kalau aku tak nak tengok seseorang atau aku rasa apa yg aku nampak tu macam aku maleh nak tengok, aku just buat bodoh atau aku tak pandang langsung pun orang tu. Apakah aku ni kategori yang huduh sangat sampai ko nak jeling2 aku tak bertempat? aku bukannya buat salah dengan kau pun! yang nak jeling tak tentu pasai tu wat per?

Dah nak masuk 30 tahun, benda ni still tak berubah. Aku tak cakap semua perempuan akan jeling macam tu but ada certain2 klik yang memang suka dok pandang2 orang as if diorang ni high & mighty giler2. Nak contoh? Hah baca kat bawah ni:

1- Sorry to say, I really dont want to say this tapi majoriti yang suka dok jeling2 orang ni adalah dari kategori perempuan bertudung. Jenis tipikal Malay. These are the ones. Dahlah pandang orang semacam, pastu dok gelak2 dengan kawan dia..bisik2..soksek..pastu senyum simpul kat kita as if kita ni hina sangat. 

2- Perempuan perasan cantik. Ko ingat ko dok hias, mekap muka ko, pakai baju ala2 fashionista akhir zaman ni  ko bagus sangat? Pastu bila kita yang biasa2 tak mekap sangat, tak pakai baju macam pokok krismas like them tu mula lah dok pandang kita sebelah mata. Konon tak sama level ngan kita la tu. Pui!

3-Girls2 muda2 yg baru nak up. Serious group ni memang annoying giler. Hah..ni mesti kes perasan muda, lawa, cantik dan ngetop macam group kedua di atas. Bila pandang kita yang dah tua ni..serius hormat pun idak. Adakah ni remaja2 yg bakal mewarisi Malaysia? Hmmmm.

Contoh kat atas ni adalah some of the few examples yg aku boleh enlistkan setakat ni. Sebab girls like them are too obvious. It's not I have something against them. It's just them I was wondering if other people did encounter such behavior as well. Harap tak ada yang terasa dengan entry ni sebab ini hanya pendapat peribadi aku jer.

or is it just me? Nah.

P/S: perempuan cantik memang takkan pandang perempuan cantik. dan takkan mengaku antara satu sama lain yang salah seorang cantik. Mengaku sekarang!. Gambar google.



Saturday, 16 August 2014

Krisis Menteri Besar Selangor: Biar Khalid buat kerja dia..

Aku tak tahu kebelakangan ni apa nak jadi dengan politik Malaysia. Lebih banyak berpolitik dari buat kerja. So, bila negara lain makin kehadapan jangan dok bangga dengan apa yang kita capai kata kita setanding dengan negara2 membangun yang lain. Sedarlah sebab Indonesia dah makin maju dari kita..sedarlah Vietnam..dah makin naik dari kita. Dan sentiasalah bukak mata melihat negara2 jiran kita yang lain, apa yang mereka capai dan apa yang kita makin ketinggalan.



Aku bukan orang politik. Cuma aku belajar pasal politik. Sebab tu aku cepat bengang dan rasa cam nak kasi pelempang free dengan orang2 yang suka cakap politik kedai kopi. Suka burukkan kerajaan. Suka lebihkan pembangkang. Berpihak hanya pada satu pihak. Cakap pakai emosi bukan akal fikiran. Memang kita negara demokrasi, tapi itu tak bermakna kita boleh sesuka hati buat apa yang kita rasa nak buat.

Negara kita ada undang2. Memang undang2 tak perfect dan sometimes ada loop hole tapi at least setidak2nya kita ada ukuran untuk menghentikan kita dari step out from the line. Ada batasan.

So inilah yang terjadi bila sometimes kita lupa apa tujuan asal kita berpolitik. Adakah berkhidmat untuk rakyat? sebab duit? nak hidup senang? atau untuk kepentingan agenda sendiri semata2? Aku cuma bercakap dari kaca mata seorang rakyat biasa yang miskin dan tiada apa2 kepentingan mahupun kuasa. Aku tidak menyebelahi mana2 pihak cuma hanya meluahkan pendapat sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara sendiri dan berharap negara kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Krisis kemelut menteri besar Selangor ni kadang kala aku rasakan ada agenda tersendiri dari orang2 tertentu. Dan mereka memerlukan "Black Sheep" untuk itu. Seseorang yang boleh dipersalahkan untuk kepentingan pihak2 tertentu.

Jangan kacau orang yang lebih banyak bekerja dari berpolitik! Sekarang ramai orang suka berpolitik tapi kerja tak buat. Sebab apa Sultan Selangor masih mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor? Sebab Khalid buat kerja dia.Rakyat Selangor tahu Khalid buat kerja dia. So krisis sapa yang patut dilantik jadi menteri besar ni  patutnya tak perlu dipertikai pun. So why bother?

Baguslah Khalid dah jadi ADUN Bebas. Tak ada siapa akan control lagi. Pihak Istana dah bagi green light. Inilah untungnya kalau kita hidup di negara yang masih mengamalkan sistem monarki.

Berpolitik sangat pun kalau merugikan rakyat buat per?So bila dah jadi kemelut macam ni sapa sebenarnya yang paling rugi?

Rakyat.

Rakyat.

Rakyat.

Rakyat adalah pihak yang paling rugi sekiranya kemelut macam ni berterusan.

Kami sebagai rakyat tak mintak banyak pun. Cukuplah kalau segala hak dan kebajikan kami sebagai rakyat dijaga. Jangan jaga time nak pilihanraya jer. Tak ikhlas tu.


p/s: pendapat hanya luahan peribadi semata2.Sumber gambar dari facebook aku.




Wednesday, 13 August 2014

For those who love online shopping !!

Sekarang ni kan macam2 style kalau nak bershopping. Tak payah dah susah2 nak pegi shopping mall apa sumer..pikir ada parking ke tak sebab alternatif lain kalau nak bershopping, kita beli online je la. Tak susah mana pun. Kuasa di hujung jari anda...chewah. Ahaks.

Personally, shopping online memang convenient. Dan satu lagi aku rasa barang yang dijual online lebih cantik, murah dan eksklusif berbanding kalau kita shopping kat shopping mall. Tapi, tengok jugak la online shopping tu macam mana. Aku dah berkecimpung (ecece..) dalam bab2 shopping online ni banyak kali dah. setakat ni so far tiada lagi pengalaman yang kurang menyenangkan except ada sekali tu barang aku sampai lambat. Poyo kemain online shop tu suruh aku masukkan duit hari tu jugak tapi dah dekat seminggu parcel aku tak sampai2. Bila check, ghupenya barang yang aku order takde stok. Aik, sebelum ni online shop tu cakap parcel aku akan dihantar keesokkan harinya (aku order hari jumaat, payment petang) hari Sabtu diorang akan hantar tup2 lain pulak jadi. Dah lah tu, customer service memang lahanat! Time payment memang cepat ko kan...bila dah bayar pulak buat2 tak tahu plak. Nak kena email, whatsapp banyak kali baru sampai! Cilanat sungguh! Nasib barang dapat, kalau tak memang aku "fire" je online shop tu...

Ok..panjang jugak aku membebel kan...takpe...kat bawah ni senarai online shop yang memang aku suka usha dan shopping...




Zalora memang online shop yang memang terbaik setakat ni. Apa yang aku cakap ni adalah based dari pengalaman aku sendiri, beberapa kali shopping online kat Zalora ni. They have lots of stuff available in range of clothes, shoes, bag, accesories,beauty stuffs, and also Muslimah wear. Antara brand popular seperti, Ezra by Zalora, Mango, Vincci, Nose, dan banyak lagi.  Aku memang selalu rambang mata dengan barang yang aku nak beli online kat Zalora ni. Nak2 pulak aku ni memang suka tengok baju Jovian Mandagie. Baju kurung moden dia..seriously memang eksklusif dan nampak elegan wei.. In fact harga pun berpatutan jugak. Delivery memang cepat, hari ni order, esok mesti dah sampai. Cara pembayaran pun sangat mudah dan no hassle. 



Actually kan, aku nak letak Fashionvalet.com ni no 1 tapi, bila mengenangkan aku ada masalah everytime bila aku nak bayar via credit card, so that's why online shop yang ni jatuh tempat kedua. But actually, compared to Zalora, Fashionvalet clothes memang lagi byk yang lawa2 dan cantik2..tapi..tu la..dah nama pun online shop untuk designer label, so harga pun memang "cantik" gak. You got to spend more but then the quality, design, memang berbaloi dengan apa yang dibayar. Cuma ye la,..takleh nak shopping sangat la kat online shop ni sebab barang dia agak mahal la jugak pada aku. Kalau korang memang "suckers" untuk branded stuffs mahupun designers label, this is the place. Designer such as Nurita Harith, Alia Bastamam, Rico Rinaldi..sumer ada. Tapi aku..shopping ikut kemampuan, sebab budget ciput.Ahaks.




Siapa tak kenal label ni memangla...aku suka gak shopping online kat Poplook ni. Even baju raya aku tahun ni pun aku beli kat sini jer. Harga yang sangat berpatutan, mampu milik dan kualiti memang best. Aku suka design maxi dress dan tudung yang ada kat Poplook ...memang sgt2 Poplook la ! XD



This is the most cheapest online shop yang aku tau setakat ni. Kalau ko ada RM50, ko dah boleh beli macam2 item. Serious, murah giler. But, honestly, kualiti kureng. Aku tak tahu pada orang lain, tapi, bila first time aku try beli barang hari tu...memang kualiti "out". Aksesories nampak macam pakai besi. Besi pun lawa lagi kot. Aku perasan ramai blogger dok gebang pasal Nile.com ni tapi..lain orang maybe lain kot pendapat dia...


p/s: Hanya shopping online di website yang dipercayai. Sumber gambar google.


Saturday, 9 August 2014

Bencinta - Enough is Enough

Raya ke 13. Still lagi dalam mood hari raya. Tapi..disebabkan husband aku ada kelas maka aku dok lepak je kat rumah sementara nak tunggu husband aku balik gi open house. Aku ni tak tau la kenapa..excited sangat raya tahun ni nak gi segala bagai open house..dah ting tong agaknya..hyper terlebih sikit lepas dah jadi wife orang ni...hihihihi...



Entry yang ni berkenaan hari ni. Tak tau la korang tengok Astro Ria ke Prima pagi tadi dalam kul 9 pagi gitu..ada ulang tayang cerita "Bencinta". Ala...lakonan Nora Danish dan Farid Kamil tu hah. Actually aku memang nak tengok citer ni pun dulu tapi tak berkesempatan, so , since pagi tadi takde benda nak buat so aku pun layan la citer ni sambil makan Mee Goreng dan Coco Collagen. (Dei..perlu ke nak sebut semua yang ko buat?? -__-). Ahaha. 

Nampak dalam gazette macam best jer citer ni. Tapi tu la...kalau tengok previu gazette, yang tak best pun boleh jadi best. Yela, mesti diorang edit part mana yang best je kan. Maka , aku pun tertipu la gamaknya.

One word. Enough. Memang citer copy paste dari filem 'Enough" Lakonan Jennifer Lopez. Maybe bukan overall 100% yang pengarah dia "copy paste" dari filem Hollywood tu tapi aku boleh cakap dalam 80% citer ni menggarap line story dari filem original, "Enough". Aku tengok pun naik segan. Nak tau kenapa, sebab watak Jennifer Lopez dalam filem Enough tu pun Waitress jugak. Dan scene Farid kamil dok ngorat Nora Danish tu pun sebijik sama. Ish. Dan sorry to say la, nampak macam director malas nak berkarya.

Actually citer Bencinta ni takdelah not bad sangat, cuma bila diorang ni obviously "copy paste" sangat cuma "DiMalaysiakan" sahaja, seriously mood nak menonton tu dah jadi macam cepat boring. Ditambah pulak dengan jalan cerita yang boleh diagak dan  dialog adegan percintaan yang..err...lack of emotion dan semuanya ikut skrip! Ada beza kalau kita tgk citer "Pretty Woman" Lakonan Richard Gere & Julia Roberts. Full with emotions and we who watch the movie feels the mood. 

Tak pun citer "Never Been Kissed" lakonan Drew Barrymore. Aku suke giler citer ni. Mungkin tak ramai kot yang ingat citer2 lama yang lebih berkualiti dan evergreen. Ok. Enough about that. 






Dari segi lakonan, aku enjoy tengok Farid Kamil & Nora Danish ni jadi husband & wife. Ada chemistry. But the rest of the cast except that cute litte girl yang jadi anak Farid & Nora dalam citer ni semuanye tidak meninggalkan kesan. Ibarat kalau takde pun takpe kot. Nora Danish really can act & fight well. Kudos to her. Tak ramai artis perempuan Malaysia yang boleh bergasak, bertumbuk masa berlakon. Nampak tak kaku. Tapi favourate aku still Kak Yong...(Yana Shamsudin) XD.

Aku bukan nak condemn citer yang orang kita buat, tapi aku tak salahkan orang lain kenapa depa tak tengok Filem Melayu kalau kualiti lagu ni. Aku tengok pun sebab cuba nak sokong filem tempatan kita sendiri, takdelah orang asyik cakap kita asyik dok khayal tengok Drama Korea ke..tele novela ke..cerita cina ke...filem barat ke..sebab level dan mentaliti kita buat filem seriously stranded. Bukan untuk 'tontonan umum". If you understand what I'm saying....kalau nak buat filem, buatlah elok2, jangan biar orang terasa as if tangkap muat jer. Tak rock ar.. Kita ni dah masuk tahun ke berapa tapi filem kita..takat tu gak. Aisey. 

Aku personally like filem Enough. That's why bila aku tengok adaptasi macam ni aku rasa nak nangis jer. You have Farid Kamil & Nora Danish. Malaysia's A grade top actor & actress. Why ruining their capabilities with such stories? 

Bila aku tengok citer ni, I wish they put more twisted story line. Contoh, watak Nora Danish lebih bijak bila dapat tau husband dia main kayu tiga. Pura2 macam nothing happened dulu..pastu pasang strategi dalam diam. Show the audience how smart, patience & strong her character is, then she will become more lovable. I dunno...just my two cents.


Rating. 2 out of 5. 

p/s: Maybe blogger lain dah ada kot yang review pasal filem ni, tapi aku baru nak review. Ahahahaha.  Sumber gambar google




Tuesday, 5 August 2014

First Raya as a Wife..

Pergh berhabuk blog kecik dan tak famous aku ni ha...almaklumlah pemilik blog ni still lagi dalam mood raya yang ke-9 ...hinggalah tamat Syawal yang mulia ni...-_-.  Still lagi tengah berhempas pulas kat ofis menyettlekan apa patut. Keje berlambak2 takde orang nak tolong buat atau offer untuk buatkan sebab keje aku sangat complicated. Heh.

So, dikesempatan ni aku curik2 jugak buat entry baru time lunch hour. HAHAHA. 

Tahun ni..aku dah tak raya sengsorang lagi. Balik kampung pun bukan seorang, sebab sekarang dah berdua..ada teman nak balik kampung raya...mih3. Sapa lagi kalau bukan hero filem tamil aku yang sorang ni...husband aku daa!!! 

Pape pun raya tahun ni boleh kata banyak pembaharuan  jugak la dalam erti Raya seumur hidup aku. Tak pernah tempoh jem every time balik raya, tahun ni...amik ko! 8 jam redah jem semata2 nak balik kampung aku yang selalunya amik masa 2 jam je nak sampai. Ipoh je pun. Bukannya balik Kelantan ke...Terengganu ke... Siap husband aku leh cuci dashboard lagi.. Tengok! Punya la dasyat jem tahun ni...




Kesian aku tgk husband aku bawak kete dengan puasa dia..penat dia...tak sihat lagi...aku nak tolong tak dapat sebab aku ni bukan reti bawak kete pun. Entah. Aku memang takut bawak kereta. Tak tau kenapa. Dahlah dia puasa aku pulak...hihihi...tak pose! (biasalah...time bulan2 kan). Sian je aku tengok.. Siap sampai husband aku leh cuci dashboard lagi time tengah jem tu. 

Rasa best Raya tahun ni beraya ada orang tersayang. Rajin husband aku dok kemas rumah bapak mertua dia yang comey ni hah. Tu yang teroverdose Raya pertama demam..tak sihat. Pastu kena beraya jauh plak tu sampai ke Tanjung Malim sana haa..Seronok dapat husband berdikari macam ni. XD

Time pagi Raya plak...lain pulak ceritanya, kitaorang dok gaduh2 manja pulak. Alkisahnya husband aku nak pakai sampin, masalahnya aku ni bodoh biang tak pernah nak pakaikan sampin untuk lelaki ni ha. Adik beradik lelaki termasuk ayah aku mana nak pakai sampin sangat, panas katanya. So, yang husband aku ni lak, rajin dok pakai serba lengkap time raya. Dah aku ni tak reti nak buat macam mana. Nasib baik gak adik laki aku yang ajar, so, bila dah tau ni senang je la aku nak menyiapkan husband aku. Takdelah susah mana nak pakaikan sampin husband ni ha. So, bila kita dah kawin ni sebenarnya banyak benda jugak kena amik tau ek? Aku bab2 pakai sampin, pakaikan tie untuk lelaki sumer out. Sian husband aku dapat wife yang ex-tomboy lagu ni. Takpe...tak tau boleh belajar kome.


Time nak mintak maaf di pagi Hari Raya plak, aku takde nyer nak cakap:

'Abang...maafkan ayang dari hujung rambut sampai hujung kaki, halalkan makan minum ayang apa sumer..bla..bla..."

Ni yang aku cakap:

'Abang..ayang mintak maaf kalau ada buat silap, mengada2, suka marah2, suka gedik2 dengan abang setakat kita kawin ni, sebab maybe lepas ni ayang buat lagi..hihihi.. selamat hari raya abang"


Takyah nak kosong2 sangat. Sebab memang tipikal, kita time raya la nak mintak ampun maaf semua. Pastu..buat balik. Baik tak yah. Yang kosong2 tu apa ke bendanya? Ingat main badminton ke nak 0-0? Choy!

Pape pun...Selamat Hari Raya! Enjoy gi Open house lepas ni  alrite!!! 






P/s: Baju Raya tahun ni sebab malas beli kat Poplook  je. Cantik jugak. Baju Melayu Husband aku, hantaran kawin last year. XD